:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Monday, December 29, 2008

bufday syed adam muqri...

















puyooo.. seksinyer adam... baju sume dah buang, kasut x nak tanggal lak..


hadiah bestday : mmy n dad mmy..


with tok, mak, aku n adam..


semangat toi dia nak potong kek tue


tgl la muka tu... abis comot..


ini la upenya, kek yg x dirancang tue..


dalam keta otw balik kg.... ala2 ustaz gitu... bufday dia kan... pipi mcm pipi tomato dah ehehhe

bufday adam ni, last minit buat... bukan apa, mulanya aku n hubby plan nak celebrate kat ipoh (rumah mertua aku) coz 25hb ada kenduri kawin.. aku dah apply cuti 22-30hb.. tp, masa meeting ari ahad lepas aku punya bos naik angin plak.. dia dah jatuhkan hukuman ( aku yg x bersalah pun kena sama)... sapa2 yg terlibat ngn kewangan, cuti dibekukan!!! uhuhuh sedih woooo...

ptg 23 baru beli kek kt adam... main amik jer coz nak antaq mak aku balik kg, esoknya pagi2 nak balik ipoh lak... (aku minta gak cuti 24hb tue)... celebrate pun ala kadar jer kat kg... nak wat cam na kan... sowi ye syg, next year kiter buat lain..
ni jer gambor yg ada dalam hp aku... byknyer dalam kamera, tapi usb kamera tue hilang lak... letak mana tah... eeeee

kesabaranku teruji...

Ya Allah, kuatkanlah semangat hambamu ini.. tunjukkanlah jalan yang benar, jalan yg Engkau redhai Ya Allah... berilah aku kekuatan dalam menempuh segala dugaan & cabaran dariMu. Sesungguhnya Engkau Maha Penyayang lagi Maha Mengetahui....

Aku bukannya apa, kekadang aku rasa cam aku x mampu nak pikul tangungjawab mcm skrg nie.. tanggungjawab sebagai isteri, ibu, anak, pekerja, pelajar, menantu dll. penat bangat rasanya.... aku cam x mampu nak puaskan hati semua org.. aku rasa masa yg ada ni, terhad sangat...

assignment ada lagi yg x siap.. lusa dah nk kena submit... mana nak kejor closing date lagi... aduss, sumenya nak segera.... ponat deh... cam na ek org yg sama byk tggjwb cam aku ni bahagiakan masa? korg x tensen ker? stress ooooo, tp, tu sume dugaan sementara.. ye la, bukan senang nak senang, bkan susah nak susah.... kan?

kurang motivasi kot aku ni.. kan? ehehe..

tolong la motivate aku... uwaaaaa... arghhhhh...

Sunday, December 28, 2008

hepi belated bufday

25 hb ritue kan.... bestday my son - syed adam muqri b syed hairil rushdi-

uii, cepat jer masa berlalu.... dah setahun rupanya... celebrated kecil2an je coz, lain yang dirancang lain yg jadi....

nanti la aku update...

'HEPI BESTDAY TO YOU DEAR'
Ibu doakan semoga adam menjadi anak yg soleh, semoga dipangjangkan umo, dimurahkan rezeki..

Monday, December 22, 2008

wang bukanlah segalanya...

korang rasa kan wang tu adalah segala-galanya ker?.. mgkn bagi sesetengah org ya, mungkin yg lain lak x.... apa yg pasti zaman skrg, ada duit jer sume jalan.... kan? kan?
tp, kalau ada duit hati x senang x guna jgk kan... cuba korg pikir tgk, apa yg aku tulis ni.. korg setuju ke x?...

Dengan wang kita hanya boleh membeli tilam yang tebal,Bukannya kenyenyakan tidur

Dengan wang kita hanya boleh membeli buku,Bukannya kebijaksanaan

Dengan wang kita hanya boleh membeli makanan,Bukannyau kepuasan selera

Dengan wang kita hanya boleh membeli ubat,Bukannya kesihatan

Dengan wang kita hanya boleh membeli rumah,Bukannya kekeluargaan

Dengan wang kita hanya boleh membeli tubuh badan,Bukannya cinta

Dengan wang kita hanya boleh membeli perhiasaan,Bukannya kecantikan

Dengan wang kita hanya boleh membeli pangkat,Bukannya kehormatan

Dengan wang kita hanya boleh membeli hiburan,Bukannya kegembiraan

Dengan wang kita hanya boleh membeli harta,Bukannya kebahagiaan

Dengan wang kita hanya boleh membeli populariti,Bukannya kaliber

Dengan wang kita hanya boleh membeli kekuasaan,Bukannya kebenaran

Dengan wang kita hanya boleh membeli agama,Bukannya keimanan

so, lu pikir la sendiri...

pengajaran..

Kepada sesiapa yang tak sayang anak tu,
belajar dari peristiwa beruk ni..
bergadai nyawa untuk menyelamatkan anaknya dari gangguan anjing liar... jgn pentingkan diri sendiri jer..

nak hilangkan stress..

Nak hilangkan stress, tengok gambar mr bean ni.....

dia cuba buat lawak bodo tu..gelak ler.


Wednesday, December 17, 2008

cian adam..

'syg tunggu sat, ibu nak siap... dah lewat ni, ibu nak p keja'.... disuatu pagi yg suram gitu, aku ckp ngn anak aku.... bkn apa, dia nak suruh aku dukung.... aku lak kalut coz dah lewat nak p keje.. bila aku wat x layan dia, terus dia merangkak masuk bilik mak aku... (merajuk la tue).. sebagai tanda protes, dia buka almari n buang sume baju dia... ehehe

tetiba aku dengar dia nangis.. kuat giler... mak aku lak jerit2 panggil aku... korg tau nape, jari adam tersepit kat pintu alamari... Ya Allah, kecut perut aku... takut pun dah... tp, tah dari mana datang kekuatan dalam diri aku bila tgk adam dalam keadaan cam tue.. aku terus tarik jari dia dari tersepit tue... kemek teruk jgk.. aku sendiri dah keluar air mata... timbul rasa nyesal dlm diri aku... kalau la, aku dukung dia tadi tentu x jadi macam nie.... tp, nasi dah jadi bubur kan... nyesal pun x der gunanya...

aku pun cepat2 balut jari adam ngn plaster....

jari ni la yang sakit tue ibu...

ni, dalam keta masa on the way ke klinik....

alhamdulillah... doc tue ckp, sket jer... nanti dia ok sendiri.. x yah kasi ubat pun.... lega aku dengar..

moral of the story : sibuk mana n kalut mana pun, layan anak tue dulu. dorg nak bermanja..

Tuesday, December 16, 2008

syukran...

akhirnya, hp aku dah ok.... Ribbon n keypad jer yg rosak... sumenya kene RM100.00... erm, ok la kan... dah rezeki cina tue agaknyer... pas ni kene beware la.... krg x pasal2 melayang lagi RM100.00...

Monday, December 15, 2008

terdelete....

uhuhuhuh...... adus, aku terdelete blog 'www.adammuqri.blogspot'.....
camna nie?? ala, mule nk delete blog yg 1st dolu2 tu..... tgn tergatai lak... terdelete yg lain...
adoiyai... ishk, penat jer...
sedih sedih sedih...

Sunday, December 14, 2008

based on true story



Dilihat dari usia beliau sudah tidak muda lagi, usia yang sudah senja bahkan sudah mendekati malam. Masa Pak Suyatno, 58 tahun ke sehariannya diisi dengan merawat isterinya yang sakit. isterinya juga sudah tua. Mereka berkahwin sudah lebih 32 tahun

Mereka dikurniakan 4 orang anak ....disinilah awal cubaan menerpa,
setelah isterinya melahirkan anak ke empat .....
tiba-tiba kakinya lumpuh dan tidak boleh digerakkan. Hal itu terjadi selama dua tahun.

Menginjak tahun ke tiga seluruh tubuhnya menjadi lemah bahkan terasa tidak bertulang lidahnyapun sudah tidak mampu digerakkan lagi.

Setiap hari pak suyatno memandikan, membersihkan kotoran, menyuapkan, dan mengangkat isterinya ke atas tempat tidur.
Sebelum berangkat ke tempat kerja dia meletakkan isterinya di hadapan TV supaya isterinya tidak berasa kesunyian.

Walau isterinya tidak dapat bercakap, tapi dia selalu melihat isterinya tersenyum, dan pak suyatno masih berasa beruntung kerana tempat kerjanya tidak begitu jauh dari rumahnya,
sehingga siang hari dia boleh pulang ke rumah untuk menyuapi isterinya makan. Petangnya dia pulang memandikan isterinya, mengganti pakaian,
dan selepas maghrib dia temankan isterinya menonton tv sambil bercerita apa sahaja yang dia alami seharian.

Walaupun isterinya hanya mampu memandang (tidak mampu memberikan respons ), pak suyatno sudah cukup senang bahkan dia selalu menggoda dan bergurau dengan isterinya setiap kali menjelang tidur.

Rutin ini dilakukan pak suyatno lebih kurang 25 tahun. Dengan sabar dia merawat isterinya bahkan sambil membesarkan ke empat buah hati mereka, sekarang anak-anak mereka sudah dewasa tinggal si bungsu yang masih kuliah.

Pada suatu hari ke empat anak suyatno berkumpul di rumah orang tua mereka sambil menjenguk ibunya. Kerana setelah menikah mereka tinggal dengan keluarga masing-masing.

Dan pak suyatno tetap merawat ibu kepada anak-anaknya, dan yang dia inginkan hanya satu: semua anaknya berjaya.

Dengan kalimat yang cukup hati2 anak yang sulung berkata : "Pak kami ingin sekali merawat ibu ... Semenjak kami kecil kami melihat bapak merawat ibu dan tidak ada sedikit pun keluhan keluar dari bibir bapak, bahkan bapak tidak izinkan kami menjaga ibu."

Dengan air mata berlinang anak itu melanjutkan kata-katanya .....

"Sudah yang kali keempat kami mengizinkan bapak menikah lagi, kami rasa ibupun akan mengizinkannya. Bila papak akan menikmati masa tua bapak dengan berkorban seperti ini ...
kami sudah tidak sampai hati melihat bapak begini... kami berjanji akan merawat ibu dengan sebaik-baiknya secara bergantian," ujar anaknya yang sulung merayu.

Pak Suyatno menjawab hal yang sama sekali
tidak diduga oleh anak-anaknya.

"Anak-anakku. .... jikalau hidup di dunia ini hanya untuk nafsu.... mungkin bapak akan berkahwin lagi.... tapi ketahuilah dengan adanya ibu kalian di sampingku... . itu sudah lebih dari cukup. Dia telah melahirkan kalian..."
S
ejenak kerongkongannya tersekat...
"Kalian yang selalu kurindukan hadir di dunia ini dengan penuh cinta
yang tidak dapat dinilai dengan apapun.
Cuba kalian tanya ibumu apakah dia menginginkan keadaannya seperti Ini ?

Kalian menginginkan bapak bahagia ....
Apakah batin bapak dapat bahagia meninggalkan ibumu dalam keadaannya seperti sekarang ?

Kalian menginginkan bapak yang masih diberi Allah kesihatan yang baik dirawat oleh orang lain .......
bagaimana dengan ibumu yg masih sakit ?

Sejenak meledaklah tangis anak-anak pak Suyatno...
Merekapun melihat butiran-butiran kecil jatuh di pelupuk mata ibunya... Dengan pilu ditatapnya mata suami yang sangat dicintainya itu...

Sampailah akhirnya pak Suyatno diundang oleh salah satu stesen TV swasta untuk menjadi panel jemputan acara Bimbingan Rohani Selepas subuh dan juru acara pun mengajukan pertanyaan kepada pak suyatno...

Kenapa bapak mampu bertahan selama 25 tahun merawat Isteri yang sudah tidak mampu berbuat apa-apa?

Ketika itu pak Suyatno pun menangis....
tamu yang hadir di studio yang kebanyakan kaum ibu pun tidak mampu menahan haru...

Disitulah pak suyatno bercerita...Jika manusia didunia ini mengagungkan sebuah cinta tapi dia tidak mencintai kerana
Allah maka semuanya akan luntur...

Saya memilih isteri saya menjadi pendamping hidup saya ....
Sewaktu dia sihat diapun dengan sabar merawat saya... Mencintai saya dengan sepenuh hati zahir dan batinnya bukan dengan mata kepala semata-mata. .. dan dia memberi saya 4 orang anak yang lucu dan baik-baik...

Sekarang dia sakit berkorban untuk saya kerana
Allah... Dan itu merupakan ujian bagi saya.

Sihat pun belum tentu saya mencari penggantinya. .. apalagi dia sakit ... Setiap malam saya bersujud dan menangis dan saya mengadu kepada
Allah di atas sajadah supaya meringankan penderitaan isteri saya.

Dan saya yakin
hanya kepada Allah tempat saya mengadukan rahsia dan segala kesukaran saya...kerana DIA maha Mendengar...

kenapa perlu minum byk air?

Tubuh terdiri drpd hampir 70 peratus cairan dan kita hanya blh bertahan selama kira-kira stu minggu hidup tanpa air. Tetapi mengapa air itu baik utk tubuh? Di sini disenarikan lima alsannya:

1.Air blh menyejukkan
Waktu tghari yg begitu panas kadangkala kita tdk sedar bahawa tubuh kita sdg berpeluh. Peluh blh mengingatkan kita utk segera minum air. Sbb jika tdk cukup air utk memproduksikan peluh, volume darah akan menurun sehingga sistem sirkulasi akan bermasalah. Kesannya antara lain, pening dan mengalami kesukaran bernafas.

2.Mengumpulkan zat2 makanan
Air membantu memindahkan zat-zat makanan melaui aliran darah ke pelbagai bahagian tubuh, mengikut keperluan bahagian itu sendri. Juga beberapa zat makanan yg larut dlm air sehingga diserap dgn air.

3.Mempermudah proses pembuangan
Jika seseorang itu kekurangan air dalam badan, maka akan mudah menjadi sembelit. Sembelit blh menyebabkan org sukar mebuang air besar kerana najis mengeras. Ia sekali gus menyebabkan anggota ter****t mengalami kesakitan.

4.Menjaga kulit tetap halus
Sel memang mengandungi air, krn itu bekalan yg cukup akan menjadikan kulit kite lebih halus dan sihat. Kekurangan air bukan sahaja membuat kulit menjadi kusam dan bersisik tetapi juga , seseorang itu cenderung kelihatan lesu dan jika terjadi cirit birit, mereka aklan kelihtan lebih uzur.

5.Bebas dari batu karang
Batu karang terjadi sewaktu sisa badan yg tdk terpakai atau komponen lain yg melalui ginjal atau buah pinggang bergabung dgn bahan buangan lain. Jika kekurangan air dalam tubuh, maka akan terbentuklah batu kecil seperti pasir dan tumbuh sebsar baru. Jika kita byk minum, batu-batu itu akan keluar di bawa oleh air.

Sesetengah org menunggu hingga betul-betul dahaga baru mereka minum segelas air sdgkan sebnarnya haus adalah petanda awal drpd dehidrasi kekurangan cairan dlm badan.

kelebihan mandi songsang

"Mandi songsang adalah satu kaedah terapi yang amat hebat dan menghasilkan kesan yang menakjubkan kepada pengamalnya."

Apakah itu mandi songsang?

Lazimnya pada masa sekarang ramai orang akan mandi dengan menjiruskan air bermula pada bahagian kepala. Situasi ini sebenarnya akan memberikan kesan yang buruk pada kesihatan diri.

Sistem saraf pendarahan otak akan mengecut kerana siraman air tersebut. Ini akan membuatkan sistem otak akan terjejas. Cara mandi biasa akan menyebabkan sistem pertahanan badan akan menjadi lemah. Seluruh sistem hormon dan kimiawi badan adalah diatur dan disettingkan di dalam kepala, maka cara mandi biasa lebih banyak akan memberikan impak yang buruk kepada sistem pertahanan badan.

jadi, apa itu mandi songsang?
Mandi songsang adalah amalan membasahkan tubuh badan bermula dari kaki dan beransur-ansur membasahi bahagian atas badan kemudian diakhiridengan kepala. (kecuali mandi hadas besar dimulakan dari siraman di kepala.)

KEBAIKAN DAN KELEBIHAN (INSYAALLAH)
1) Menjadikan pengamalnya awet muda dan fresh.
2) Mengembangkan salur darah otak-menjadikan sistem darah di bahagian otak jadi bertambah baik untuk berfungsi.
3) Menjadikan sistem pertahanan badan akan bertambah baik fungsinya seterusnya menjana sistem hormon badan dengan lebih hebat untuk tahap kesihatan yang maksimum.
4) Mengurangkan tekanan (stress) yang telah dihasilkan oleh otak.
5) Melancarkan perjalanan darah.
6) Menjadikan pengamal semakin pintar.
7) Meninggikan daya ingatan.
8) Mengelakkan atau mengurangkan sakit kepala.
9) Menjadikan state mood yang tenang dan ceria.
10) Menjadikan jiwa sentiasa bersemangat.
11) Memiliki daya ketahanan mental.
12) Menambahkan semangat berani.
13) Menguatkan gusi dan gigi dan banyak lagi yang akan diketahui apabila mula diamalkan.

Wallahualam...

muliakan anak.

Kenapa suka cium anak?

Keistimewaan yang bakal diperoleh apabila anak-anak anda boleh digelar kanak-kanak atau kupu-kupu syurga. Barangsiapa yang mengembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah. Orang yang menangis takutkan Allah diharamkan oleh Allah akan api neraka ke atas tubuhnya.

Ciumlah anakmu kerana pahala setiap ciuman itu dibalas dengan satu darjat syurga. Nisbah di antara dua darjat ialah 500 darjat. Syurga itu ialah sebuah kampung kesenangan, tiada masuk ke dalamnya melainkan orang yang menyukai kanak-kanak.

Barangsiapa keluar ke pekan Muslim dan membeli barang-barang dan kembali ke rumah dengan buah tangan untuk anak-anaknya, nescaya mendapat rahmat daripada Allah dan tidak diseksa di Akhirat kelak. Muliakan anak-anak dengan mengajar mereka adab dan ilmu agama.

Barangsiapa memuliakan anak-anaknya dalam keadaan jahil dia turut menanggung tiap-tiap dosa yang dilakukan oleh anaknya itu dan barangsiapa membekalkan anaknya itu turut diperolehinya.

Aqrak pernah terlihat Nabi SAW mencium cucu baginda Hassan.

Aqrak berkata; “Anakku sepuluh orang banyaknya, namun tiada seorang pun yang pernah aku cium.” Sabda Nabi SAW; “Orang yang tidak menyayangi tidak pula akan disayangi.”

Barangsiapa ke pasar dan membeli sesuatu barang untuk ahli keluarganya dan dia memikulnya ke rumah; pahalanya seperti dia memikul sedekah untuk orang yang sangat berhajat. Hendaklah mendahulukan anak perempuan daripada anak lelaki. Maka barangsiapa menyukakan anak perempuan seolah-olah dia memerdekakan anak Nabi Ismail ..

Seorang lelaki bertanya; “Ya Rasulullah, kepada siapakah harus aku berbakti?”
Jawab baginda; “Berbaktilah kepada ibu bapamu.”
Kata lelaki itu lagi; “Ibu bapaku sudah tiada lagi.”
Sabda Nabi SAW; “Kalau begitu berbaktilah kepada anakmu, ibubapa berhak terhadap dirimu dan anakmu pula berhak ke atas dirimu.”

moody x semena mena..

ari nie aku moody jer.... x boley salah sikit mula la nk tarik muke 18 belas ehehe
nape ek? pasai hp aku rosak ker? tensen kejer? tensen assgmnt x siap? tensen nak exam?... erm sume la bercampur menjadi 1..... yg kesiannyer hubby aku la... mangsa moody aku.. sori dear..

kt opis td pun x der mood.. keje berlambak2.. due date dah dekat... td, cc tanya pasai pelupusan kenderaan dah buat ke belum? arghh, tensennyer...

mula td plan nk cari hp yg murah2 dulu wat cover, pas tue baru nak repair hp nie.. aku ajak la hubby aku teman.. hubby aku kata beli pun wat apa?... aku dah la tensen, mula la nk tarik muke (x baik wat hubby cam tu kan).... x per la kalau cam tue.. repair je la hp nie.... cina tu kata may b ribbon, x pun lcd yg rosak... kalau lcd mahal la sket... whatever la... tp, dia nk try tgk software dulu... setengah jam jgk tggu... lastly, cina tu kt x okey gak.. esok mai angkat len.... apa2 lah... aku dah malas pikir... hati dah bengkek.. dalam kete tensen jer muke aku...

kul 5 ada group discussion kt rumah k.ros... nak bincg pasal assgmnt kump yg nk kena antaq jumaat nie.. kebanyakan dorg dah siap assgmnt individu, aku jer.. ugtkan ada 3 jer asgmnt yg x siap.. rupanya com II ada lagi 2... maknanya aku ada 5 assgmnt yg perlu disiapkan sebelum jumaat nie.... adoi yai.... sempat ker nie?..huhuhuhu cam nak nangis jer...

balik jer rumah, terus kemas pa2 yg patut.. skrg ni dah start wat dah sket.. eheheh sambil2 tue tulis blog dulu huhuhuhu..... hopefully aku dapat siapkan assmnt nie seperti yg on time...

hp rosak...

adoi yai.... hp aku rosak la.... adus, serba x kene jer ari nie... xtually, ni ler penyebab utama aku aku jd x der mood ari nie uhuhuhu..... semalam ok jer, pagi ni bangun terus x leh nak on... sedih bgt nie.
hubby aku dok suruh beli hp baru... kalau beli pun, hp ni aku ttp nak repair coz hp ni hubby aku yg bagi... present anniversary kitorg.. uhuhuhu tu yg sedih tu...

duit lagi... htang hubby aku pun x bayar lagi... last week, hubby aku dah dahulukan duit dia registered celcom broadband.... utk sume utk aku jgk.... study PJJ nie memerlukan aku cari maklumat online.... nak contact lecturer pun senang...

skrg hp lak tetiba wat hal..... adoi yai.... igt, nk cari hp murah2 jer dulu.... karang ada rezeki lebih baru pkir lain.... may b, blh jadi 2nd hp kan..

nak call mak pun x leh... adam ada kat kg ngn mak aku.... hubby aku kata adam selesema sket.. windu aku tuh ehehhe. aku lg la rindu dier uhuhuh...

nak letak gambo pun x leh la.... sekadar catatan... kalau korg boring sorie ek... karang bila hp aku aku aku snap gmbr byk2 n letak kt blog nie.... k, daaa

closing account...

ari nie aku rasa macam blur jer..... al-maklumla, 1st day keje..... xtually, kejer berlambak2 (biasa ler ujung tahun kan).... nk closing account... penat maa... tp, aku leh rileks jer ehehhe
bukan apa, last week aku dah kelam kabut coz audit iso nak datang.... penat pun x hilang lagi....
skrg nak settle sume payment lak..... assignment aku apa satu pun x buat lagi... weekend nie dah nak kene submit.... adoi yai, sempat ke tidak entah la... dah tue, mid sem pun weekend nie la jgk... study apa pun tidak lagi.... tensen maa...

tue la, masa single mingle dulu x nak study bagi abis2.. skrg dah beranak pinak baru terhegeh2 (eeeeeee, ayat mak n tok aku)... ala, ilmu ni sampai bila pun x abis kan... aku wat ini sume utk masa depan family aku jgk.... pembakar semangat utk anak2 aku nanti ehehe...

tgk calander closing date dah dkat sgt neh.... next week nak cuti pulak.. adoi yai... saper kata keje gomen x busy?... busy wooii... sapa yg wat kewangan tau la... tambah2 lak aku skrg tanggung kejer... uhuhuhu.... ader saper2 nak bagi perangsang or any idea utk aku x? cam na nk handle sume nie? huhuhuhu..... adoi yai, ponat2...

kenapa caulala?

mesti korg tertanya2 kan..... apa maksud 'caulala' tue? cam pelik jer bunyi dier... ehehehe sebenarnya masa dok update blog anak aku tetiba jer datang idea nk manage aku punya blog... x yah mix ngn anak aku nyer.... tp, x tau nak letak nama apa.... pkir punya pkir dtg la caulala nie.. ha, ada kisah tau di sebalik nama nie....
x der la, bebenornyer aku teringat masa aku form 2 dulu.... budak2 cina kt sekolah tue suke panggil aku 'caulala tiokoici'... aku pun x tau pekebendenya... puas aku korek tp x der sapa pun nk habaq... cikgu cina kt sek tue pun jadi mangsa paksaan aku.. tp, dukacita jgk...
lastly, ada la sorg bdk cina dia citer kt aku... dia kata x der makna pun (patut la x der sapa nk hbq)... cuma dorg jer yg memandai create nama tue..
sbb apa? ha, korg nak tau... dorg kata aku ni suke sengeh... mcm kerang busuk.. tu yg dorg panggil nama tue......

bila igt2 balik nak tersenyum sorg2 pun ada.. hahahaha cam kerang busuk rupenya bila aku sengeh....
itu le kisahnya....

Saturday, December 13, 2008

new blog..

salam...

xtually, aku create blog nie khas utk diri aku sendiri.... ttg aku, kehidupan aku, suka duka aku.... sume2 la tentang aku.....

blog www.adammuqri.blogspot.com tue, aku create xspecially to my lovely son... kisah dier... bila dia beso nanti, dia boleh continue jer blog dia.. kan.. kan.. kan....

aku try my best to update 2 2 blog nie.... saper2 yg follow my blog... thanks yg tidak terhingga...

:: SaHaBaT cAuLaLa ::