korg suke senyum x?... bagus tau owg yg suker senyum nie..... aku suker gak senyum.. ehehe. kalau sek dulu lbh kpd sengeh.. that's y aku dapat title 'caulala' tue... hik hik hik... kalau uols susah hati ker, sakit hati ker, makan hati ker (yg berkaitan ngn hati jer ker?).... apa2 la yg merunsingkan uols senyum jer.... InsyaAllah hati uols sume akan tenang... biar la org tgk kiter bahagia n hepi sokmo... ye x? w'pun pada hakikatnya, kita pun byk masalh mcm dorg jgk ehehehe.... nama pun manusia kan? mana leh lari dari masalah...
Hadis Rasulullah menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyum dalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas..
Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas.
Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkal bisa menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuat kan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna. Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain..
Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukan lah seorang bapa yang mesra dan pemurah. Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak2.
Wallahu A'alam
thnks...best entri ni..tu la kdg2 kita lupa nak senyum :)
ReplyDeletea'a betul tue.. tambah2 bile kita da mslh
ReplyDelete