:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Tuesday, June 30, 2009

Thursday, June 25, 2009

: tak sanggup rasanya :

sebelum ni my hubby ada citer yg mil nak jaga our 2nd baby nie..
tp, aku anggap biasa jer la kan..
tp, masa jumpa mak su kt kmc kelmarin, mak su pun dok ckp benda yg sama..
dengar cara mak su citer tue mcm serious jer..
my mil kata, next yer my fil retire.. adik ipar yg no 2 tu lak may b further study lg..
adik ipar yg bonsu lak nak dok asrama.. so, depa akan sunyi..
that's why depa nak amik our 2nd baby..
nak2 pulak baby girl... my mil mmg excited sgt..
family sblh my hubby mmg x ramai girl..
masa adam muqri dulu pun depa hrp baby girl..
my hubby x setuju la... g pun dis year depa nak p haji..
tp, my mil kata x per, dia boleh cr org ngasuh..
korg rasa aku setuju ker?????
ooooo.. TIDAK sama sekali...
masakan aku mau bagi ank aku... 9 bulan kandung igt senang ker..
biar la susah mcm mana sekalipun.. aku tetap x kan bagi...
g pun, aku x suker depa ajar ank aku dengan kemewahan..
masakan aku nak renggangkan hubungan adam muqri ngn adiknya..
aku, ibunya.... uhuhuhuhu
nak mungkin aku bagi...
...daa...

: kurang sihat :

Alhamdulillah.. akhirnya aku berjaya juga berpuasa kelmarin.. syukur..
walaupun ada bebarapa halangan, namun semuanya x mematahkan semangatku...
my hubby sampai kul 5.30 pm kelmarin..
pas amik my hubby, km terus ke kmc tgk wafiy (sepupu my hubby)..
pas balik dari ireland baru2 ni badan dia x sihat..
risau jugak kan.. sekrg ni kan dok heboh pasal wabak H1 N1 tue...
tp, doc cakap dia x da tanda2 penyakit tue..
may b sbb peralihan cuaca.. kat ireland kat sejuk.. balik cni, panas giler..
hopefully, sumenya ok la..
pas p kmc, dalam kul 6.30 terus balik rumah. kemas2 baju, mandi n siap2 balik kg lak..
pas buka posa (ngn ayaq jer), solat maghrib aku n hubby terus p cari kedai makan lak.. perut masing2 dah berkeroncong... sampai jer terus order nasi putih, ikan siakap 3 rasa, sayur campur, lala masam manis, air tembikai 3, air kosong 1, air suam 1..
semuanya clear kami kerjakan berdua uhuhuh
mcm mana la badan x naik mendadak...
tp, aku x der la mkn nasi byk sgt coz puasa kan..
mana leh sumbat banyak2... tp, minum ayaq tue jgn kata la kan..
eheheheh.. org peknen mmg cpt dahaga kan.. lalalala
dalam kul 9 lebih kami terus balik kg... windu kt adam muqri tok sah cakap la..
sampai jer, family p.ngah dok bersiap2 nak balik dah..
adam muqri mcm biasa la.. kalau tinggal jer mesti buat x layan jer..
sabo jer la... dekat nak tdo (dlm kul 11 lebih).. baru la dok 'meqap' kt aku..
peluk tengkuk sampai x mo lepas... abah dia dah berdengkur dah ha..
pujuk2 rupanya nak naik 'doi'... tue pun nak aku yg hayun kan..
bila mak ambik alih je terus marah.. mcm2..
saja nak protes coz tinggal dia..
pagi ni bangun, badan aku rasa lain mcm jer... demam ker??
asyik bersin n sakit kepala jer..
sejuk semacam... uhuhuhu x mau demam..
my hubby pun rs mcm aku jugak..
dalam kul 1 lebih sat g igt nak p klinik..
kalau dapat mc terus balik...
ehehehe
takut jugak kan sekarang nie.. better p check... risau wooo
...daaa...

Wednesday, June 24, 2009

: Fadhilat Bulan Rejab

Hari ni 1 Rejab... aku puasa.. disamping puasa sunat utk ganti puasa yg lepas jugak.. harap2 kesihatan aku memuskan hari ini.. Insya Allah.. Rejab bermaksud ta'azim (kebesaran, keagungan, kemuliaan) kerana Allah S.W.T. akan melimpahkan rahmat-Nya, kemurahan-Nya .Amalan terbaik di dalam bulan Rejab ini ialah berpuasa. Maksud hadis Rasulullah S.A.W. tentang kelebihan berpuasa di dalam bulan Rejab adalah seperti berikut:

Puasa 1 hari - Seperti berpuasa 40 tahun dan mendapat keredhaan Allah serta syurga tertinggi.

Puasa 2 hari - mendapat kemuliaan besar daripada Allah dan dilipatgandakan pahalanya.

Puasa 3 hari - dijauhkan dugaan dunia oleh Allah, dijadikan sebuah parit panjang yang menghalangnya ke neraka,

Puasa 4 hari - diselamatkan daripada siksaan akhirat kelak serta fitnah Dajjal.

Puasa 5 hari - aman dari azab kubur.

Puasa 6 hari - dibangkitkan dari kubur dengan muka bercahaya.

Puasa 7 hari - Allah mengunci 7 pintu neraka jahannam baginya.

Puasa 8 hari - Allah membuka 8 pintu syurga baginya.

Puasa 9 hari - keluar dari kuburnya lalu menyeru "Laailahaillallah" dan tidak ditolak dia dari memasuki syurga.

Puasa 10 hari - Allah memperkenankan semua permintaan dan hajatnya, dijadikan hamparan perhentian di titian Siratul Mustaqim setiap satu batu dan dijadikan 2 sayap untuk terbang seperti kilat di titian Siratul Mustaqim.

Puasa 13 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 3,000 tahun.

Puasa 14 hari - Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 10,000 tahun.

Puasa 15 hari - Allah mengampunkan semua dosanya yang lalu di samping menggantikan amalan kejahatan dengan amalan kebaikan. Saidina Ali berkata bahawa fadilatnya seperti puasa 100,000 tahun.

Puasa 16 hari - dapat melihat wajah Allah di dalam syurga dan orang pertama menziarahi Allah di dalam syurga.

Puasa 19 hari - Dibina sebuah mahligai di hadapan mahligai Nabi Allah Ibrahim dan Nabi Allah Adam.

Puasa 20 hari - Allah mengampunkan segala dosanya yang lalu, dan melakukan amalan baik dengan baki umurnya.

Sesiapa yang berpuasa 3 hari dalam bulan Rejab dan beribadat pada malamnya seperti dia berpuasa 3,000 tahun, diampunkan baginya 70 dosa-dosa besar setiap hari, ditunaikan 70 hajat ketika keluar nyawa dari jasadnya, 70 hajat ketika di dalam kuburnya, 70 hajat ketika terbang suhuf (ketika Al-Quran dinaikkan ke langit), 70 hajat ketika ditimbang amalannya di Mizan, dan 70 hajat ketika melalui titian Siratul Mustaqim.

Berpuasa pada 27 Rejab (Hari Israk dan Mikraj) seperti berpuasa 60 bulan pahalanya, jika disertai dengan sedekah seumpama puasa 1,000 tahun.

Dapat meminum air sungai yang dinamakan Rejab yang mana airnya lebih putih dari susu, lebih manis daripada manisan, lebih dingin dari salji.

Setiap umat Islam yang berpuasa di bulan Rejab seperti mengerjakan ibadat seumur hidupnya. Tambahan bersedekah seperti beribadat seribu kali haji dan umrah. Dibina untuknya seribu mahligai dengan seribu bilik dan seribu bidadari, lebih cantik daripada matahari seribu kali.

Sedekah di bulan Rejab seumpama sedekah seribu dinar, dituliskan kepada tiap-tiap helai bulu romanya seribu kebajikan, diangkat seribu darjat dan dihapuskan seribu kejahatan serta dijauhkan daripada api Neraka.

Orang yang lemah dari berpuasa di bulan Rejab hendaklah bersedekah tiap-tiap hari, sekurang-kurangnya sebuku roti. Kelebihan lain bulan Rejab:

1. Di dalam bulan lain Allah membalas amalan umat-Nya 10 kali, tetapi di dalan bulan Rejab Allah akan membalas amalan umat-Nya 70 kali.

2. Sesiapa meminta ampun (beristighfar) pada pagi dan petang 70 atau 100 kali di dalam bulan Rejab, diharamkan tubuhnya daripada api neraka.

3. Rejab bulan Allah, Sya'aban bulan Rasulullah. S.A.W, Ramadhan bulan umat Rasulullah S.A.W.

4. Rejab adalah bulan menabur benih, Sya'aban bulan menyiram tanaman manakala Ramadhan bulan menuai.

5. Amalan di dalam bulan Rejab menyucikan badan, Sya'aban menyucikan hati manakala Ramadhan menyucikan roh.

6. Rejab adalah bulan maghfirah (keampunan), Sya'aban bulan syafaat manakala Ramadhan bulan menggandakan kebajikan.

7. Rejab adalah bulan taubat, Sya'aban bulan muhibbah manakala Ramadhan bulan dilimpahi pahala amalan yang banyak.

8. Pahala amalan baik di dalam bulan Rejab diganda 70 pahala, Sya'aban diganda 700 pahala dan Ramadhan diganda 1,000 pahala.

Beberapa amalan lain yang baik dilakukan dalam bulan Rejab:

1. Menyucikan diri daripada dosa dengan bertaubat dan memohon ampun

2. Membersihkan hati yang lalai dan alpa melalui amalan istighfar dan zikir

3. Mendekatkan diri kepada Allah dengan menunaikan solat

4. Memohon keselamatan dan kesejahteraan dengan berselawat dan berdoa kepada-Nya

5. Menginsafkan diri dengan membaca kisah teladan perjuangan Rasulullah S.A.W. dan sirah Islam lain.

Peristiwa penting yang telah berlaku dalam bulan Rejab:

1. Israk dan Mikraj (27 Rejab)

2. Solat 5 waktu difardukan ke atas umat Islam (Malam Israk Mikraj)

3. Perang Tabuk terjadi di dalam tahun ke-9 Hijrah.Secara ringkasnya, Israk dan Mikraj adalah sebuah peristiwa di mana Nabi Muhammad S.A.W telah di"israk"kan (dibawa berjalan) dari Kota Mekah ke Baitul Muqaddis serta di"mikraj"kan (dibawa naik ke atas) ke Sidratul Muntaha untuk mengadap Allah S.W.T di mana Solat 5 waktu telah difardukan ke atas umat Islam melalui Rasulullah S.A.W. Semuanya berlaku di dalam satu malam sahaja. Firman Allah SWT:Maha Suci Allah yang telah memperjalankan hambaNya pada satu malam dari Masjidil Haram ke Masjidil Aqsa yang telah Kami berkati sekelilingnya agar Kami perlihatkan kepadanya sebahagian dari tanda-tanda kebesaran Kami. Sesungguhnya Dia adalah Maha Mendengar lagi Maha Mengetahui - Petikan dari Surah Al Israa ayat 1.

DOA BULAN REJAB:Ya Allah, berkatilah kami pada bulan Rejab dan bulan Sya'aban serta sampaikanlah kami ke bulan Ramadan. Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya. Ya Allah, Engkaulah Tuhanku, tidak ada Tuhan yang patut disembah kecuali Engkau yang mencipta aku. Aku adalah hambaMu dan aku dalam genggamanMu. Aku dalam perjanjian (beriman dan taat) kepadaMu sekadar kemampuan yang ada padaku. Aku berlindung kepada-Mu dari kejahatan yang (mungkin) aku lakukan. Aku mengakui atas nikmat yang engkau berikan kepadaku dan mengakui dosa-dosaku. Kerana itu aku memohon keampunan-Mu dan sesungguhnya tiada yang dapat mengampuni dosa seseorang kecuali Engkau Ya-Allah.Istighfar paling baik dalam bulan Rejab:

Maksudnya: Aku bermohon keampunan Allah yang Maha Agung dan tiada Tuhan melainkan Dia, yang hidup, yang berdiri sendiri dan aku bertaubat kepadaNya.

Kesimpulannya, bulan Rejab merupakan sebuah bulan yang banyak keistimewaannya yang dijanjikan oleh Allah S.W.T kepada umat-Nya, kerana Rejab adalah bulan Allah. Pintu rahmat terbuka luas kepada umat-Nya untuk bertaubat dan memohon ampun di atas dosa-dosa yang lepas. Namun begitu, suka diingatkan bahawa kita perlu mengerjakan segala amalan yang dituntut ini dengan sifat ikhlas, rendah diri dan tawwaduk agar ganjaran yang akan diperolehi itu ada keberkatannya.Wasallam.

:sunyi jer :

cam sunyi jer mai opis rini..
kejer2 penghabisan utk bajet sedang dilaksanakan..
tp, ramai yg x der (cuti @ pliu).. so, tenteram sgt rasanya..
x der semangat nak buat kejer...
badan lenguh2... rasa letih sgt..
semalam x leh tdo.. rindu kat my hubby n my son...
nak amik cuti pun, cuti dah x der...
sat g, nak kena p post assgmnt eko.. esok last due date..
tp, puasa2 nie di + lak ngn cuaca panas rs malas jer nk keluar..
my hubby may b sampai ptg ni..
bowinknyer..
..daa..

Tuesday, June 23, 2009

: betul ker ni :

09.06.09 (last 2 weeks) aku p check berat aku = 48 kg...
sat td timbang (23.06.09) dah jadik 51 kg...
wah, dlm ms 2 minggu naik 3 kilo...
ehh, betul ker nie.. ker penimbang ni rosak lalalala
cepat pulak badan aku naik..
tp, ms peknen adam muqi dulu.. 9 bulan = 56 kg..
yg ni, kena... tungguuu...
tp, betul la kot coz aku rs muka tembam semcm jer uhuhuhu
07.07.09 ni p klinik lg.. harus utk tgk betul ke penimbang kt rmh nie..
(x caye jugak tu).. ehehehe
sah, 51 kg.... ishk cam x cayer jer kui kui kui

tgk la muka tue.... dah bulat semacam lalalala..

: macam2 ada :

aku baru jer beli cekak rambut.. balik rumah jer adam muqri beriya-iya lak nak try...
ehehehe.. macam-macam daaa...
dah ckp kt dia, cekak ni utk org pompuan, org lelaki x pakai.. tp, dia nak jugak..
layan jer la..

sila abaikan wajahku yg semakin 'menembam' itu

tgk la.. ye ye jer..


ni pulak, semangat nak menyapu... rajin bebeno anak teruna aku nie

dr negara mana daa.. ni kejer mak aku eheheheh

: dilanda kerinduan :


diriku dilanda kerinduan.. kerinduan yg begitu menyiksakan..
rindu pada insan yg bernama 'syed hairil rushdi' & 'syed adam muqri'.
adakah kalian juga merindui diriku disaat ini??

oh angin, sampaikan salam rinduku ini..
x mampu rsnya menanggung perasaan rindu yg semakin menebal ini.. uhuk uhuk uhuk

: busan sokmo :

eee, busannyer dok rmh sowg2.. rs sunyi semacam jer...
ari nie, kul 7.15 baru balik dari opis..
sajer balik lambat... teman member2 opis abiskan kerja wat bajet..
(aku, nyibuk jer.. aku punyer part dah settle)..
balik awal pun bkn ada sapa kt rumah..
2 3 ari nie rs mcm kejer kt bursa saham jer kui kui kui..
sibuk giler tgk membe2 opis bertungkus lumus siapkan bajet 2010..
muka serius jer.. tp, pej,hutan... 5 minit jer seriusnyer eheheh
disebabkan aku nyibuk jer. aku telah diarahkan utk order pizza..
bos sivilkultur yg belanja... janji kul 6.10 sampai..
sekali kul 6.30 x sampai2 jugak... masing2 dah kelaparan..
aku call lagi tanya.. rupanya dorg dah sampai tp, cal aku byk kali x dapat..
sekali tgk 2 2 hp aku batteri habis daa... uhuhuh
lastly, aku cal lain n bagi no fon opis lak..
dekat kul 7 baru sampai..... lalalala.
tp, aku x der la pecah rahsia yg hp aku batt abis...
(psst, jgn bocor tau..)

: setahun 6 bulan :


ari ni genap setahun 6 bulan usia syed adam muqri...
pot pet pot pet cakap..
ntah apa yg di cakapnya, aku pun x tau..
kalau nak citer, ntah apa2 ntah.. lawak giler..
tp, kalau nak @ tunjuk apa2 tu, paham la...
'bu, nak nak...'.. 'a, tak g (tak bagi)..'
macam2 la...
patutnya ari ni bawa adam muqri cucuk utk setahun tue..
tp, kena postpone sampai minggu depan coz my grandma x chat..
semalam balik kg.. kul 7.30 dah sampai pun..
mak ngah, pak ngah n mcik aku dah ada..
dok sat, sepupu aku lak balik...
mula sampai 2, adam muqri nangis.. sedih tgh nenek dia..
lawak pulak aku rasa.... sampai merah mata n hidung..
rindu kat nenek kot, maklumlah dah lama jumpa ngn nenek..

tok aku dah makin sembuh, alhamdulillah... tp, still x boleh jalan..
muka tue nampak ceria sket... ker demam rindu kt adam muqri kot. ehehe
pagi ni mai kejer, badan aku letih sgt... semalam kul 1 lbh baru adam muqri mau tdo..
(berubah tempat tdo kot).. kul 5 pagi dah terjaga.. pas tu, x boleh tdo dah..
kul 7.15 mai kejer... rasa mcm drive jauh jer... kul 8.10 baru sampai opis..
sampai ofis terus jer rasa mengah n letih..
wat kejer sket, terus masuk bilik rehat.. terbungkam..
camna nak stay sorg malam ni uhuhuhu..
apapun kena balik rumah jugak coz nak kena siapkan assgmnt ekonomi...
last date, khamis nie. kalau x, mati la....
daaa..

Monday, June 22, 2009

: macam kurg hajork jer :

awal2 lagi bos sivilkultur dah YM kat aku.. mana ngn kejer byk.. fuhhh..

B : fiza, nak check potongan komp. cmana??? bsn cni x leh bgtau ler baki hutang lagi???

A : kena tnya angkasa la kot..

B : fiza tolong buat surat??? bleh ke??

A : macam mana??mana nak sempat ni..

B : buat kat alamt angkasa la???

A : ye la, x tau cam na

B : sempat la...suruh en...... sain je...

A : ala, draf la.. nnt srh depa taip..

B : bg ic dan alamat keje sy??? hehe...fiza carik alamt 2??? bleh ari ni???

sy nak habiskan cepat hutang tu???

A : check kt internet la

B : amboi...buat surat la senang... mengarah pulak ni??? apa ni arah bos??? so,camana???

A : bukan arah.. tu kan kira personal punyer..
Angkatan Koperasi Kebangsaaan M'sia.Bhd(4630),

Jalan SS 6/1, Peti Surat 8797,
Pejabat Pos Kelana jaya,
46798 Petaling Jaya,
Selangor, Malaysia
Tel: 03-78061977 (12 Lines) Faks: 03-78042315
ni alamat angkasa


B : haha....marah nampak???

A : mana da marah... karg kalau sy buat lmbat lak..

B : amboi...

A : ada 3 surat dok hold lagi..

B : ni tgh buat ape lak???

A : nak wat bonus lg, tanggung kejer lagi? naik pangkat lagi? rehat pun x kuar nie..

B : amboi??? bonus 2 jgk sebut??? rehat ler dulu cmana pun....

A : tau x per.. ye la, nak kena wat cepat la.. krg x leh balik sabah lak hehehe x per, ms org x der ni la wat kejer aman sket..

B : amboi....ke sy menganggu ni?????

A : rs menganggu ker?? ehehe

B : haha...pandai yer...petang jumpa sy jap??? bleh ker???

A : apa laginya?? resit lagi??

B : haha....iye la....nak bincang surat lagi??????

A : brp banyak surat daaa

B : haha....surat ke hq ni??? x reti nak buat???

A : surat apa pulak??

B : ade la....

A : tgk la karg na

B : x leh tgk2...kene mai jgk???

A : arahan ker ni?pekeliling apa ? ehehhehe

B : arahan ler...tunggu lagi????byk la pekeliling....jln pekeliling adela...haha

A : kena jumpa kat jalan pekeliling la kalau cam tu

B: x leh,jauh sangat????jgn byk alasan la...macam2....

A : bukan alasan.. sebab

B : byk la sebab???

A : ye la ye la... kalau x balik awal la hik hik hik

B : amboi...balik awai saja budak ni??????

A : kalau jer.. mai awai boleh la balik awai.. rehat pun x kuar kan

........ bos p kuar makan.....

hahahaha.. boleh YM ngn bos cam tue??? cam kuwang hajork jer kan... siap arah bos balik.. kui kui kui... ala, aku byk kejer la nak wat... aku rasa kejer aku teruk sbb kena wat n pikir kejer yg bukan aku punyer... even yg bos2 pun nak kena solve.. aduss, pining la.. big boss pun main minit jer.. x kira kejer sapa.. then, aku lak nk cr sapa yg buat... samapai kan bahagian computer pun aku jugak... apa kejadahnya nie... krg bila timbul mslh aku jugak yg di carinya... letih letih... pas tu ada la mulut2 yg ngata aku ni baik ngn bos la... kejer bukan teruk pun.. banyak la... mau makan penampor jer org2 mcm nie... menyakitkan ahti betul...

kay la... dah melalut yg bukan2 lak... daaa..

p/s: my hubby baru call, katanya x jadi balik esok... confirm aku kena stay sorg2.. uhuhuh cam nak nangis...

: balik kg :

ptg sat g - aku, mak n adam muqri nak balik kg... tgk tok aku yg x chat cam na..
then, may b tinggal mak n adam muqri kat kampung..
mak aku confirm x nak balik lagi punye..
mesti nak jaga tok aku..
so, terpaksalah aku berkorban pisah ngn adam muqri lg wat sementara waktu..
malam ni tdo kg.. sok may b my hubby balik..
tp, x confirm 100% lagi katanya. uhuhu sedih..
kalau x balik terpaksa la aku stay sorg2 kat rumah..
uwaaa.. sedih.. x suker, x suker..
nak ulang alik dari kg pun jauh jugak..
x daya aku nak drive jauh2 sgt skrg ni..
aku kan cepat letih... karang x pasai2 monteng kejer lagi.
dah la cuti x berapa ada dah.. nak simpan utk raya lagi..
kedepan ni x tau camna lagi kan..
emergency ker, apa ker....
so, sesapa yg berhati mulia nak korbankan cuti dia utk aku dialu2kan (boleh cm 2??)
lalalalalalala..
daaa

: barangan baby :

pagi2 lagi my hubby dah call.. ngadu x ckp tdo.. ngantuk..
semalam tdo lewat katanya..
my mil baru balik dari ireland.. sampai pun dah lewat malam..
sampai jer, terus bahagi2kan brg yg dibeli kat sana..
my hubby kata bnyaknya barang adam muqri la.. (cucu sulung katakan)...
yg bestnyer tue, brg utk baby girl (yg masih dlm puyut) pun ada sama..
wah, teruja betoi my mil nie... lagi 3 bulan baby ma keluar, barangnya sudah dibeli..
my mil kata, kat sana lagi rambang mata kalau barangan baby girl..
kalau aku pun sure x tahan ehehehe..
brg baby boy x byk sgt. so, kira save la sket ehehe
pas ni, kalau betul baby girl fuhhh, x tahu la..
plan, next week nak kuar p beli kain utk buat cadar n sarung batal baby..
kalau ikutkan yg adam muqri ari 2 pun boleh guna lagi..
tp, cian pulak kan... so, aku plan nak buat jugak 1 yg baru..
pas tu boleh la tukar guna yg abg long dia..
barang2 lain 2 x tau g nak beli bila..
rasanya x byk sgt dah kot coz barang adam muqri dulu pun masih elok...
x baik membazir kan...

Sunday, June 21, 2009

: eee gayatnyer :

eee.. takut pula tgk... x der berani la nak naik ni sume... rasa gayat semacam jer..
cam na la kalau benda alah ni tercabut... sungguh la ajal maut di tangan Tuhan..
x sanggup rasanya..




pandangan dari atas..

: layan gambar :

otw balik.. posing dulu kat puncak titiwangsa

adam wif his tok

anak bapak

anak ibu

my family : adam n hubby, alya n mak, my bro n my sil

rindu sorg tok kpd cucunya

apa yang di jelingnyer tue

macam budak2 daa..



ni jer yg berani naik.. ehehe.

jom ibu kiter jalan-jalan..

nak p mana tue.. sorg jer hero

tgk depan la syg..

apa yg kelakarnya tu


my mom, my sil n me..


dah penat main ayaq

say.. 'peace'..

suker beno main pasir

ye ye, abah x leh tangkap







:terengganu (part 1):

aku suke sgt tgk adam muqri dalam gambar ni.. posinggg..

adam muqri wif his ayong - alya aqila

kenduri lt terengganu


ibu2 wif anak2..

muke sensorg cam confuse jer

: happy father's day :


Selamat Hari Bapa utk bapa ku...
..En. Muda b Taib..

w'pu banyak benar ujian, cabaran & dugaan yg terjadi antara aku n bapaku
kebelakangan ini.. aku tetap menyayanginya seperti mana bapa menyayangiku sewaktu aku kecil2 dulu..


juga, Selamat Hari Bapa kepada :
suamiku tercinta - Syed Hairil Rushdi b Syed Hashim..

thanks dear coz jadi bapa yg penyayang n bertanggungjawab utk anak kita..
love u body n soul.

selamat hari bapa juga buat, bapa mertuaku - Syed Hashim b Syed Kadir,
abangku - Ahmad Rafiq b Muda serta semua bapa2 yang ada di muka bumi Allah SWT ini..
semoga jasa dan pengorbanan kalian semua mendapat rahmat dariNYA.. insyaAllah..

: penatnyer :

fuhh, 50% rasa ringan sket kepala nie..
tp, ada lagi 50% yg berat... uhuhuhu
ringan sbb mid sem dah berlalu..
soklan mmg pening giler... soklan trick byk betul..
dah la peknen ni asyik lupa jer..
baca ulang 5, 6 ploh kali pun dok x igt.. aduss
lantak lah, yg penting sumenya dah berlalu..
tinggal 2 bulan lagi utk final exam.. manyak takut woo..
50% yg masih berat....
25% - kejer ofis yg makin berlambak-lambak n memeningkan..
(kejer bos pun nak kena pkir sama)
lagi 25% - baki assgmnt yg belum siap n nak kena submit by next month..
penatnyer rasa...
Kadang rasa mcm give up nak further lagi...
tp pikir2 utk masa depan jugak....
'b'susah2 dahulu, b'senang2 kemudian'
InsyaAllah..
hopefully, dpt motivate anak2 aku nanti..
balik uum semalam, mak gtau my grandma kena 'chikunya'..
ikut hati nak balik kg terus.. tp, dah seminggu lbh berjaga utk assgmnt n exam..
badan n otak rasa penat sgt... tp, bila my mom kata mak2 sedara aku balik gilir2 lega sket...
jumaat ritu, pak ngah family tdo sana.. then family cu la...
ari ni long aku yg balik..
n aku dah janji ngn my mom utk balik petang isnin..
pg selasa aku mai kejer dari kg..
my hubby ptg selasa may b baru balik cni.. (2 pun x sure)..
so, aku kena berkorban..
w'pun jauh gak nak mai kejer dari kg.. tambah la ngn keadaan badan 2 nie kan..
x per la... jauh d sudut hati my mom aku dpt rasa yg my mom sedih..
ye la, x leh nak balik tgk mak sendiri yg sakit kan..
tp, nak wat cam na.. aku ni banyak sgt komitmen..
pas ni, aku tggl mak ngn adam kat kg...
(pisah lagi ngn adam - pengorbanan jugak ni.. utk my mom n my granda aku redha)..
sedih tau bila jauh ngn anak.. sapa yg ada anak jer yg tau..
w'pun org lain tgk kita mcm biasa jer.. xkisah pun..
tp, Allah jer yg tau perasaan sebenar..
masa adam p terengganu ritu, tiap2 mlm aku nangis..
-kasih seorg ibu kepada anaknya-
daa

Friday, June 19, 2009

: mid sem :

sy bersiaran dari uni inn uum, Blok A bilik 203..
xtually baru abis mid sem nie..
adoiyaii... susah giler soklan... (buku x baca mana x susahnya)..
esok ada lagi... uhuhuh sakit kepala rasanya...
bosan toi stay sowg2.... (takut pun ada sbnrnya ehehe)..
banyak benda nak citer, tp kena hold dulu,, nak study 4 mid sem esok..
daa..

Tuesday, June 16, 2009

: demam ker :

sy rindu kat hubby.. uhuhuhu
selasa depan baru my hubby balik kedah..
macam bosan jer..
x der org nak gaduh manja2.. hik hik hik
balik opis semalam, suara adam mcm serak2 gitu..
kepala pun sat2 panas..
nak demam ker? kadang2 merengek jer.. kadang2 ok lak
nasi pun x nak makan..
tp, sj aku x bw dia p klinik lagi.. tunggu dulu...
malas nak ajar, sket2 makan ubat, sket2 makan ubat..
bagi antibodi dia lawan dulu penyakit tue..
kalau tgk makin teruk x pa la..
semalam, kul 9.30 dah tido... senang toi dia tdo skrg nie...
buat susu panas then, usap2 rambut dia terus jer tdo.. ehehehe
tgk sat g lak cam na... hopefully, makin sihat la..

Sunday, June 14, 2009

: sibuk lagi :

saya adalah sgt sibuk sekarang nie (miggu ni)..
adam dah balik rumah... gumbira rasanya.. hik hik hik..
masuk ofis jer kejer bertimbun2...
bajet nak kena antaq segera.. pej kewangan dah bising...
assigment sy x siap2 lagi....
study 4 mid sem pun belum lagi...
kalut, rasa x terurus jer kehidupan sekarang..
my hubby lak balik ipoh seminggu..
wah, rs mcm tanggungjawab jadi makin berat....
takut taku takut....

Thursday, June 11, 2009

: x sabar dah rasanyer :

sy sekarang bersiaran di opis my hubby.. sy cutik lagik ari nie.. (cuti memanjang, baik la resign terus hik hik hik)... ala, sy bukan sj2 cuti, sy mmg plan nak p keje pun rini.. tp, biasala kan kita hanya merancang, Allah yg tentukan segalanya.. (ayat kene power)..

sat g, sy n hubby nak p terengganu amik adam muqri balik.. uhuhuhu dah x sabar rasanya neh.. rindu giler woii... seminggu ni tdo x lena, makan x lalu... ingat kat anak punya pasal.. sapa yg dah ada anak tu, tahu la betapa rindunya bila berjauhan nie..


tetiba jer rasa ngantuk giler (ayat poyo).. x der idea sebenarnya neh hik hik hik.. k, la.. daaa..

Tuesday, June 9, 2009

:50 tips rangsangan anak bijak (part 4):

40-MENANGKAP SERANGGA
Tunjukkan gambar serangga tidak berbahaya (kumbang ladybird, cengkerik, rama-rama) di dalam majalah atau buku, kemudian pergi ke taman bunga untuk mencarinya.

41-BERGURAU-SENDA
Tunjukkan gambar Pak Cik Mat dan katakan "Ini Ibu." Kemudian akui kebodohan anda dan ketawakan 'gurauan' anda itu untuk membina naluri humour dalam dirinya.

42-MAIN DENGAN PAKAIAN
Biarkan anak anda bermain dengan pakaian lama ayahnya. Cari kembali topi-topi, skarf atau sarung tangan lama. Main permainan olok-olok dan biarkan kreativiti dan imaginasinya membawa anda.

43-AJAR TENTANG ISIPADU
Kumpulkan cawan-cawan atau bekas plastik yang berbeza saiz, dan biarkan anak anda memenuhkan air ke dalamnya. Kadangkala, dia akan hanya menuangkan sehingga setengah penuh. Terangkan kepadanya cawan yang mana lebih besar dan yang mana lebih kecil.

44-HASILKAN ALBUM KELUARGA
Masukkan gambar saudara mara jauh dan dekat, selalulah melihatnya untuk membina memori anak anda.. Sewaktu neneknya menelefon, tunjukkan gambar nenek sewaktu anak bercakap dengannya di telefon.

45-SURUH ANAK MEMBUAT KERJA
Anak kecil boleh membantu mengasingkan pakaian yang ingin dicuci mengikut warna.Dia juga boleh mengasingkan bajunya di antara baju-baju lain.

46-PERGI KE PERPUSTAKAAN
Ambil peluang bila perpustakaan anda menganjurkan sesi bercerita atau tayangan teater boneka. Selain itu, barisan buku-buku juga pasti tidak menjemukan.

47-CONTOHI CARA SESAME STREET
Khaskan satu minggu untuk satu abjad.. Contohnya, baca buku yang bermula dari A, makan makanan A, potong snek mengikut bentuk A, dan tulis huruf A di halaman luar rumah dengan kapur.

48-MAIN BERULANG-ULANG
Cari semula permainan lamanya sewaktu dia masih bayi. Anda pasti kagum dengan kebolehannya mencari cara baru untuk bermain dengan permainan lamanya itu.

49-MAIN "TIRU-MENIRU"
Merangkak dengan kelajuan yang berbeza-beza supaya anak boleh meniru anda. Berhenti sekali-sekala untuk bermain permainan lain.

50-BERCAKAP TENTANG PERASAAN
Peluklah dia waktu dia ingin tidur dan tanya apa yang membuatkan dia gembira atau sedih hari ini. Apa yang membuatnya marah atau bangga? Anda akan bantu dia memahami apa yang telah berlaku dan cara melabel emosi. Aktiviti ini harus dikekalkan sehinggalah dia masuk Universiti nanti.

:50 tips rangsangan anak bijak (part 3)

21-ANGKATKAN SAHAJA
Jika bayi anda asyik menjatuhkan barang mainannya dari kerusi makannya yang tinggi, angkatkan dan beri kembali kepadanya walau berapa kali pun dia melakukannya. Dia sebenarnya sedang belajar dan menguji hukum graviti. Berikan dia beberapa keping kertas atau bola tennis, letakkan besen besar di bawah kerusinya dan biarkan dia menjalankan eksperimennya sendiri.

22-BIAR DIA MEMBEBEL
Bayi anda memahami suara tinggi dan bunyian aneh yang anda buat.

23-LATIHAN MENEKA
Gunakan beberapa cawan plastic dan sorokkan satu permainan kecil di bawah salah satu cawan tersebut dan biarkan dia meneka sambil mencari mainannya.

24-BINA LALUAN HALANGAN
Tingkatkan kemahiran motor dengan meletakkan kusyen sofa, bantal, kotak atau permainan di atas lantai dan kemudian tunjukkan kepada bayi bgaimana hendak merangkak di bawah, di atas atau di sekeliling halangan tersebut.

25-IKUT RENTAKNYA
Semakin anak anda membesar, dia semakin suka mencuba kreativitinya untuk melihat jika anda benar-benar mengikut apa yang dia lakukan seperti membuat bunyi aneh, merangkak secara terbalik atau ketawa.

26-BUAT MUKA LAWAK
Kembungkan pipi dan suruh anak sentuh hidung anda. Bila dia sentuh sahaja, poof! Tiupkan ke mukanya. Suruh dia tarik telinga anda dan jelirkan lidah. Buat bunyi yang pelik ketika dia memegang kepala anda. Amalkan rutin yang sama tiga ke empat kali dan kemudian tukar caranya untuk membiarkan anak kembali meneka.

27-RASA SEKELILING ANDA
Berjalan-jalanlah di sekitar rumah dengan mendukung bayi. Letakkan tangannya pada tingkap, kain, daun dan objek-objek selamat yang lain sambil me'label' barangan tersebut.

28-CERITAKAN KISAH DONGENG
Pilih kisah dongeng kegemarannya dan tukarkan nama watak utama ke nama anak supaya dia seronok.

29-BAYANGAN WAJAH
Biarkan bayi anda merenung dirinya di dalam cermin. Dia mungkin menyangka yang dia sedang memerhatikan budak comel yang lain, tetapi dia akan menyukainya bila bayi "yang lagi satu" senyum dan melambai padanya.

30-(KADANGKALA) BIARKAN DIA JADI BOS
Bina keyakinannya dengan memberi peluang untuk dia memilih salah satu daripada dua pilihan: mangkuk berlainan warna ketika waktu makan, contohnya. Dia akan tahu bahawa keputusannya diambil kira - dan boleh berlatih menghafal nama warna.

31-GOYANGKAN BADAN
Ajar anak untuk menari twist dan menjerit, mengepak seperti ayam atau berpusing seperti ballerina.

32-JADILAH TAMAN PERMAINAN
Berbaring di atas lantai dan biarkan bayi anda memanjat dan merangkak di atas anda. Ia lebih murah daripada membeli gymnasium mainan dan lebih menyeronokkan. Anda dapat meningkatkan koordinasi dan kemahiran menyelesaikan masalahnya.

33-KIRA SEMUANYA
Kira berapa banyak blok kayu yang boleh anak anda susunkan. Atau jumlah anak tangga dalam rumah anda. Atau jari jemari tangan dan kakinya. Kira dengan kuat dan pasti dia akan mengikut anda.

34-GUNAKAN MASA BERCERITA SEPENUHNYA
Tunjukkan segala gambar dengan terperinci, dan tanya anak anda segala jenis soalan daripada soalan abstrak ("adik rasa kenapa Pekan nak makan telur tembakul ibunya?") sehinggalah ke soalan konkrit ("Pernah tak adik nampak kucing putih?")

35-TUTUP TV
Bayi anda memerlukan interaksi secara berdepan dengan seseorang yang tidak dapat diberikan oleh rancangan TV, walau sebaik manapun rancangan itu mengajarnya.

36-TUKAR PEMANDANGAN
Tukar kedudukan kerusi makannya di sebelah meja yan lain. Anda dapat mencabar memorinya untuk mengingat di mana hidangan diletakkan setiap kali waktu makan.

37-MAIN PERMAINAN MEMORI WAJAH KELUARGA
Ambil gambar wajah-wajah ahli keluarga yang penting dalam kehidupan bayi anda,buat dua salinan bagi setiap satu gambar - dan anda sudahpun ada satu set kad suai padan. Susunkan ia menghadap ke atas di atas lantai, dan bantu anak anda mencari dua kad yang serupa. Semakin bayi anda membesar, anda boleh mengubah cara bermain dengan menyusunnya menghadap ke bawah (menelangkupkannya).

38-RAKAM VIDEO UNTUKNYA
Tonton video bayi anda mandi buat kali pertama, belajar merangkak, main dengan nenek dan datuk bersama-sama dengannya. Ceritakan kisah video itu untuk mengasah kemahiran berbahas dan memorinya.

39-MAIN HUJAN
Lompat ke dalam lopak air yang besar. Duduk di atas rumput basah bersamanya. Walaupun kotor, ianya menyeronokkan dan merupakan salah satu cara belajar tentang basah dan kering.

:50 rangsangan anak bijak (part 2):

11-SENTUH DAN RASA
Simpan sekotak helaian kain dengan tekstur yang berbeza-beza; sutera, kain tuala, kain kapas dan linen. Perlahan-lahan sapukan kain-kain tersebut pada pipi, kaki dan perut bayi sambil bercerita bagaimana rasanya.

12-PERGI MEMBELI-BELAH
Bila anda perlukan rehat daripada menari dan menyanyi, lawatlah pasaraya. Wajah-wajah, bunyi-bunyian dan warna-warna yang ada di sana menghiburkan bayi.

13-BERI KATA KUNCI
Jika anda berkata, "Mak nak buka lampu ni," sebelum menekan suis, anda sedang mengajar sebab dan akibat.

14-BERI KEJUTAN
Kadangkala, gembirakan bayi dengan meniup muka, tangan atau perutnya perlahan-lahan. Cuba tiup sambil membuat corak dan lihat reaksinya.

15-SEDIAKAN BANYAK TISU
Jika bayi anda suka main tisu, biarkan sahaja. Dengan hanya beberapa sen, anda mendapat alat mainan deria yang boleh direnyuk dan digosok. Sorokkan mainan kecil di bawah tisu dan biarkan dia mencari.

16-BACA BUKU
Berulangkali. Saintis telah mendapati bahawa bayi semuda lapan bulan dapat belajar mengenali turutan dalam cerita jika dibaca dua atau tiga kali berturutan. Ia dipercayai membantunya belajar bahasa.

17-MAIN CAK-CAK
Menyorok-nyorok bukan sahaja dapat membuatkan dia ketawa. Bayi anda belajar bahawa objek boleh hilang dan muncul kembali.

18-JANGAN LUPA REHAT
Luangkan masa beberapa minit sehari dengan hanya duduk di atas lantai bersama bayi anda - tanpa muzik, tanpa cahaya terang, tanpa mainan. Hanya biarkan anak meneroka dan lihatlah ke mana dia membawa anda.

19-MAIN DENGAN WARNA
Pilih satu warna dan suruh anak anda cari objek lain yang sama warna sewaktu anda berdua berjalan atau menaiki kereta bersama. Kemudian, suruh pula anak memilih warna untuk anda pula mencarinya.

20-BIARKAN DIA BERMAIN DENGAN MAKANANNYA
Apabila anak sudah boleh makan, hidangkan makanan dengan tekstur yang berbeza - termasuklah kacang pea dimasak, bijirin, pasta atau cebisan daging dikisar. Dia dapat berlatih mencubit dan meneroka deria rasanya.

:50 rangsangan anak bijak (part 1)

Pakar perkembangan bayi percaya bahawa tahun-tahun pertama kehidupan bayi merupakan tempoh utama pembelajaran berlaku. Anda tidak perlu muzik-muzik klasik, pita-pita belajar bahasa atau kad imbas untuk merangsang otak bayi atau kanak-kanak. Alat pembelajaran terbaik baginya ialah ANDA. Bercakap, menyanyi dan ketawa bersama-sama... jenis-jenis interaksi-interaksi harian begini adalah lebih penting. Namun, kadangkala memang sukar untuk memikirkan cara-cara baru untuk merangsang anak kecil anda (terutama sekali apabila anda tidak tidur malam meredakan tangisannya). 50 aktiviti menarik (dan berdasarkan sains) yg disyorkan ini pasti membuahkan hasil.

1-BERTENTANG MATA

Ambil peluang ketika mata si kecil terbuka luas dan lihat dalam-dalam anak matanya. Bayi kecil dapat mengenal wajah di awal usia dan wajah anda adalah yang paling penting. Setiap kali dia merenung anda, dia sedang membina memorinya.

2-BERCAKAP-CAKAP DENGANNYA

Walaupun reaksi yang akan anda dapat adalah rupa keliru dan hairan di wajahnya, cuba berhenti sebentar di antara ayat untuk menggalakkan bayi memberi reaksi. Lama-kelamaan, dia akan dapat menangkap ritma perbualan dan mengisi ruang kosong yang anda biarkan senyap tadi.

3-JIKA BOLEH, SUSUKAN DENGAN SUSU BADAN

Lakukan selama mana yang anda boleh. Tahukah anda bahawa kenyataannya adalah, kanak-kanak bersekolah yang disusukan badan semasa bayi tinggi IQnya. Tambahan pula, dengan menyusu badan anda dapat merapatkan hubungan dengan bayi sambil menyanyi, bercakap atau membelai rambutnya..

4-JELIRKAN LIDAH

Kajian menunjukkan bahawa bayi yang baru lahir semuda dua hari dapat meniru pergerakan wajah yang mudah - ia menandakan kaedah penyelesaian masalah di awal usia.

5-HASILKAN BUKU BINATANG

Sekali lagi anda melawat zoo, ambillah gambar-gambar haiwan kesukaannya untuk dialbumkan. Kemudian, 'bacalah' buku itu bersama-sama sambil menamakan haiwan yang dikenali atau membuat bunyi-bunyi binatang dan cerita haiwan.

6-GELETEKLAH BAYI ANDA

Geletek keseluruhan tubuhnya. Ketawa, merupakan langkah pertama dalam perkembangan humour bayi. Permainan seperti 'cak cekur' dan 'labah-labah panjat perigi' dapat mengajar anak bagaimana hendak menjangka apa yang bakal berlaku.

7-TUNJUKKAN PERBEZAAN

Pegang dua keping gambar lebih kurang 8-12 inci jaraknya dari muka bayi anda. Gambar-gambar tersebut seharusnya lebih kurang sama tetapi ada sedikit perbezaan (mungkin salah satunya ada pokok dan satu lagi tiada). Bayi yang masih kecil pun boleh melihat kedua-duanya dengan teliti dan mencari perbezaannya. Ini dapat membantu perkembangan dalam pengecaman huruf dan pembacaan apabila dia besar kelak.

8-BERKONGSI PANDANGAN

Bawalah bayi anda berjalan-jalan dalam pendukung bayi yang boleh diikat ke badan anda dan beritahu semua perkara yang anda nampak kepadanya. "Tengok anak kucing tu." atau "Besarkan pokok ni!" atau "Dengar tak bunyi bomba tu?" - untuk membekalkan bayi anda dengan sebanyak mungkin perbendaharaan kata.

9-NYANYIKAN LAGU UNTUKNYA

Belajarlah sebanyak mungkin lagu yang anda boleh atau rekalah lagu anda sendiri ("mari kita tukar lampin, tukar lampin, tukar lampin...."). Mainkan lagu Beethoven atau Beatles... Ada kajian yang mencadangkan bahawa mempelajari ritma muzik, ada kaitan dengan pembelajaran matematik.

10-GUNAKAN MASA MENUKAR LAMPIN SEPENUHNYA

Gunakan waktu menukar lampin untuk mengajar bahagian-bahagian badan atau pakaian. Ceritakan sambil menukar lampin untuk mengajar bayi menjangka rutin.

: sy happy :

Patutnya ari ni sy ngn adam muqri kena p klinik... Adam muqri kena cucuk utk sethn stgh 2.. n sy??? cam biasa la, check puyut yg semakin memboyot kui kui kui..
tp, adam muqri x der (p terengganu), so sy sorg jer la yg p klinik n ditemani hubby..
mula2 masuk ofis dulu coz malas nak p awal2 sgt, doc bukannya mai awai pun..
urine test sy ok, berat naik 1 kilo (jadik 48kg = 5 bulan), hb - 11.8, kedudukan baby - normal, ujian darah : hepatitis - negatif, hiv - negatif.... syukur alhamdulillah...
last month baby songsang (kecik lagik, dok pusing jer), ari nie syukur...
doc scan tgk jantina.... jeng jeng jeng... doc kata :
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
?
eheheh.. doc kata gigirl la... eee beshnyer... apapun, bukan 100% confirm kan?? kuasa Allah kita x tau... apa pun, apa yg doc habaq ni membuatkan sy n y hubby heppi sesangat...
dapat sepasang, syukur alhamdulillah... pas nie, rehat lama sket ehehe
dalam kepala otak ni mcm2 benda yg terbayang dah ehehe.. pompuan kan???? hik hik hik..
apapun sy sgt happy...

Sunday, June 7, 2009

: rindunyer :


sy mc lagi ari nie... keadaan sy x asyik tak menentu jer..

kelmarin, adam ngn mak ikut abang sy balik terengganu sbb ada kenduri kat pahang isnin nie..

mak nak p kenduri 2 so harus la bw adam sekali coz seminggu... sy x dpt nak cuti lama lama sgt.. x pernah sy berpisah lama ngn adam sebelum nie.. uhuhuhu sedih sgt rasanya...

semalamam sy nangis... rasa sunyi jer kat rumah nie...

x sabar nak tunggu ari kamis nie.. nak p amik adam balik... cepat la cepat la....

Friday, June 5, 2009

: perlu atau tidak :

korang rasa kan...
perlu @ tidak kiter citer sume masalah kiter pada org lain..
x kisah la sesapa pun.. husband kiter ker, parents ker,
kawan baik ker @ sapa2 jer..
perlu ke tidak ye???

: perubahan fizikal & mental semasa mengandung :

Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh seorang wanita tetapi ia jugaberlaku kepada seluruh diri wanita itu. Seseorang wanita yang hamil akan mendapati, terdapat perubahan dalam perasaannya atau emosinya termasuk kegembiraan dan kegelisahan.
Dengan perubahan seperti ini,ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang mudah bagi mereka. Setiap wanita akan bertindak balas kepada kehamilan dengan caranya yang tersendiri terutama jika kehamilan tersebut untukyang pertama kali.
Wanita hamil mudah merasa kecewa, sensitif, mudah menangis, tenang dan gembira. Semua perubahan yang dialaminya itu adalah sesuatu yang normal.

1. Perubahan Fizikal.
Semasa mengandung, rahim menjadi lebih besar. Beratnya juga bertambahdengan bertambah besarnya janin.
a. Kemaluan.
Kemaluan wanita mengeluarkan cecair putih dan melekit
b. Buah dada.
Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat
c. Jantung.
Jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung setiap minit bertambah. Pertambahan denyutan ini biasanya dapatdirasakan oleh ibu yang sedang mengandung
d. Tekanan darah.
Tekanan darah akan berkurangan semasa hamil tetapi tidaklah terlalu ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama, atau apabila bangun setelah lama duduk
e. Paru-paru.
Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan,rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Dalam keadaan ini otot-otot tubuh lebih memainka nperanan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan danmerehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.
f. Metabolisme.
Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan tisu-tisu lemak di dalam tubuh juga bertambah. Perut semakin membesar dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita yang mengandung akan dapat merasakan gerakan bayi di dalam kandungan.Wanita yang mengandung juga akan merasakan sakit pinggang, sakitkepala, dan sukar tidur di waktu malam. Keadaan ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.

Perubahan-perubahanf izikal yang berlaku ini memerlukan persediaan wanita itu sendiri untuk menghadapinya. Di samping berusaha memperolehi nasihat doktor,maka suami pun sangat diperlukan untuk membantu isteri yang sedang mengandung ini.

2. Perubahan Emosi.
Keadaaan seorang wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada faktor sama ada dia menghendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanitatidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu pertama kehamilannyaitu mungkin akan mengalami tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran. Begitu juga perubahan lingkungan persekitarannnya akan menyebabkan ia merasakan kelainan pada emosinya.Perubahan ragam dan sikap adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung, itu disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Pada suatu ketika, seorang wanita hamil mungkin gembira, tenangdan bahagia. Pada saat yang sama dia mungkin akan bersedih dan tertekan perasaan tanpa diketahui sebabnya.Ramai wanita hamil mungkin akan terkejut dengan perubahan dalam diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan seks dengan suaminya. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks.Keadaan semacam ini mungkin akan mengelirukan suaminya. Perubahan perasaan seperti ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita mengandung. Oleh sebab itu ia perlu memberitahukan kepada suaminya apa yang berlaku, untuk mengelakkan salah faham danperselisihan. Maka seorang isteri perlu memberikan pengertian agar suami memahami perasaannya.Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutama ketika hampir bersalin bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi seperti ini tidak memberi sebarang kesan pada bayi dalam kandungan. Seorang ibu yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama berkaitandengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang dilahirkannnya.Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam kehidupan, serta hubungan mereka. Terutama jika anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Kerana kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka. Jadi perubahan fizikal dan emozi wanita yang sedang mengandung bukan sahaja dihadapi oleh wanita itu sendiri, tetapi suami pun memainkan peranan penting dalam menjaga dan menghadapinya. Dengan cara yang demikian maka rumahtangga akan tetap harmoni.

: pening lagik :

lately ni, aku betul2 x der mood nak p kejer..
tiap2 hari aku p lambat...
kalau dulu aku senang bangat bila bangun pagi hari keje..
tp, 2 dulu... kalau boleh aku nak stay jer kat rumah or shopping2, makan angin ker asalkan bukan ke tempat keje...
napa ek??? ntah, kebelakangan ni banyak sgt benda yg terjadi kt aku..
mungkin ni ujian dari Allah...
serabut aku pikiaq sume nie...
aku dah cuba sisihkan sume masalah ni dari dlm kepala otak aku, tp x berkesan..
dia nak mai jugak ganngu... arghh..
di tambah lak ngn aku yg sedang berbadan 2 nie..
emosi pun x berapa stabil...
kalau boleh aku x mau tensen2... tp, tiap ari ader jer yg wat aku tensen..
mau x mau aku kena pikir n face it....
org mungkin tgk aku happy jer..
tp, dalam hati nie, Allah jer yg tau..
uhuk uhuk uhuk...
...daa...

: x der citer :

bosannyer.... my hubby balik kampung.. kalau my hubby ada leh manje2 (gediks santai).. boleh gaduh2... adam pun dah tdo... bosan toi la...
ptg td, my hubby x sengaja tinggikan suara (bkn marah pun..aku yg kacau dia hik hik hik)..
tp, aku terasa mcm dia marah aku... terus nangis teresak2...
tetiba jer sensitif....
batul ke ibu ngandung ni cepat sensitif..
kekadang aku sendiri x paham ngn perangai aku nie....
...daa...

: kecantikan lelaki & kegagahan wanita :

Kecantikan Lelaki

Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni rohani. Lelaki yang cantik adalah:-
1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada
5) Lelaki yang baik sangka
6) Lelaki yang tak pernah putus asaKecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati.
Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki..

Kegagahan Wanita

Kegagahan seorang w anita bukan kepada pejal otot badan, tetapi padakekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang adapada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.

Sabda Rasulullah SAW:"Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat " Surah Al-Ahzab : Ayat 71"Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimudosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, makasesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar."Wallahualam

Wednesday, June 3, 2009

: keajaiban peperangan di Gaza :

Salam

Buar pedoman kita...yakinlah sesungguhnya Allah sentiasa bersama mujahid palestin..
jangan terikut-ikut kata2 orang munafik yg mereka berpecah & lain2 fitnah.
yang berpecah adalah manusia2 hipokrit bertopengkan pejuang.

Allah-hu-akbar. ...

Keajaiban di peperangan Gaza

Al-Kisah yang telah diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik Abdul Rahma, Pengerusi Ekskutif Aman Palestin dan juga merangkap Presiden Ikatan Muslimin Malaysia yang telah pergi ke Gaza pada 20-31 Januari yang lalu.Berikut adalah beberapa kisah benar dan pengalaman beliau di Gaza:

Peristiwa 1

Seorang Ketua Mujahid Gaza berkata pada Ustaz Zaik bahawa, ketika satu pertempuran, komander mujahidin menyuruh pejuang tidak menembak kereta kebal Yahudi yang memasuki kawasan mereka. Dengan berbekalkan baki 6 RPG, tiba-tiba senjata ini menembak ke arah kereta kebal tersebut dan
memusnahkan ia. Komander itu menjerit agar tidak menembak dan para pejuang berkata mereka tidak melakukannya. Mereka berkata tiba-tiba senjata mereka berfungsi dan menembak sasaran. Setelah habis adegan aneh itu, para pejuang mendapati baki 6 RPG itu masih tidak digunakan! Dan siapakah
yang menembak tentera laknatullah itu??? Allahu Akhbar!

Peristiwa 2

Temuramah bersama tentera Yahudi laknatullah oleh TV Israel yang cedera mengatakan bahawa mereka melihat pejuang Gaza kesemuanya berpakaian putih sedangakan uniform pejuang Hamas bewarna hijau! Siapakah yang berbaju putih itu???

Peristiwa 3

Tentera Yahudi yang buta setelah serangan berkata mereka tiba-tiba dibaling pasir ke mata mereka dan tidak tahu siapakah yang melakukannya.

Peristiwa 4

Peluru berpandu yang pertama di lancarkan oleh Israel ke Gaza mengenai sasarannya iaitu anggota tentera mereka sendiri! Ia berpatah balik!
Allahu Akhbar!

Peristiwa 5

Pada permulaan perang, roket-roket Hamas yang hendak dilancarkan, tiba-tiba salah satu roket itu meluncur laju ke udara tanpa ada sesiapa yang mengaktifkan ia. Dan roket itu mengenai sasaran di Israel !

Peristiwa 6

Yang paling menakjubkan, seorang ulama Syria telah bermimpi bertemu dengan Rasulullah SAW dan kelihatan baginda sedang mengeluarkan pedang dari sarungnya. Ulama itu berkata, "Wahai Rasulullah, ke mana kamu mahu pergi?", lalu baginda menjawab, "Aku mahu berperang di Gaza !!!".
MasyaAllah, Rasulullah sendiri mahu berperang di Gaza , di manakah kita?

Itulah serba sedikit dari kisah takjub yang sempat diceritakan oleh al-fadhil Ustaz Abdullah Zaik setelah berada lebih seminggu di Gaza atas misi kemanusiaan. Ia kisah benar yang perlu umat Islam ketahui.
Allahu Akbar!!!

Perang 22 hari di Gaza akhirnya dimenangi oleh Islam mengalahkan tentera Israel yang lebih ramai, peralatan yang canggih serta bantuan serangan dari udara dan laut. Kini usaha dan tenaga ditumpu kearah membina semula infrastruktur Gaza yang musnah. Dalam masa yang sama penduduk Gaza
bercerita tentang karamah (keramat) yang berlaku sepanjang Jihad tersebut. Ini membangkit lagi keimanan dan semangat mereka untuk terus berjuang membebaskan bumi Palestin dari penjajahan Yahudi dan Kuasa-kuasa Besar Dunia. Dari ceramah dalam program "Malam Selamatkan Palestin" di Masjid Sikamat, Seremban anjuran ISMA NS yang disampaikan oleh wakil Palestin, Naji As-Sarhiy dan badan-badan kebajikan yang pulang dari Gaza baru-baru ini, berikut adalah sebahagian kecil dari kisah-kisah Karamah tersebut yang sampai kepada saya :

1. Mujahideen, walaupun tangkas di medan darat, namun terdedah kepada bahaya serangan dari udara yang dikuasai 100% oleh tentera Israel . Satu ketika datang sekumpulan burung berhampiran dengan mereka. Tiba-tiba burung-burung tersebut terbang secara mengejut seolah-olah ada sesuatu akan berlaku di situ. Melihat keputusan burung-burung tersebut, para Mujahideen juga segera meninggalkan tempat tersebut. Hanya beberapa ketika selepas itu tepat di tempat tersebut dibedil oleh tentera Yahudi.

2. Ketika para Mujahideen bertekad untuk menyerang kawasan tentera Israel, datang kabus meliputi kawasan tersebut, lalu mereka dapat mara sehingga ke tengah-tengah tentera Yahudi sedang musuh tidak dapat melihat mereka. Para mujahideen dapat menembak kesemua musuh dengan mudah.

3. Seorang doktor menceritakan ketika dia membedah seorang mujahid yang dibom oleh Yahudi hingga habis tubuh badannya dimasukki serpihan besi (sharpnel). Mujahid tersebut masih hidup kerana jantungnya tidak ditembusi serpihan besi tersebut kerana serpihan dibahagian dadanya melekat pada kitab Al-Quran yang beliau letakkan di dalam poket bajunya.

4. Beberapa orang tentera Yahudi mengatakan bahawa tentera HAMAS yang mereka lihat memakai pakaian putih, sedangkan para Mujahideen memakai pakaian ala tentera seperti biasa.

5. Seorang wanita mengandung disahkan doktor disetiap pemeriksaan bahawa kandungannya adalah bayi perempuan.. Sebaik suaminya syahid dalam Perang Gaza, pemeriksaan doktor mendapati kandungannya adalah seorang lelaki.

6. Dalam masa 22 hari peperangan, bayi-bayi lelaki yang dilahirkan lebih ramai dari kebiasaan iaitu lebih dari 3000 orang bayi lelaki.Bilangan yang terbunuh ialah seramai lebih 1300 orang (sahaja). Allah
swt menggantikan dalam peperangan tersebut, mujahideen masa depan yang lebih ramai.

Apabila jenazah Hasan Ismail Abu Syanab yang syahid pada hari pertama serangan Yahudi ke atas Gaza, hendak dikebumikan diliang lahad ayahnya, Asy-Syahid Ismail Abu Syanab, yang syahid 5 tahun lalu, mereka dapati jasad Ismail masih dalam keadaan seperti mula-mula dikebumikan 5 tahun
lalu. Kain kafannya masih putih bersih. Sila ke laman Karamah Asy-Syahid Ir. Ismail Abu Syanab di Gaza. Beliau adalah salah seorang pengasas dan pemimpin HAMAS.

"Kami akan memperlihatkan kepada mereka tanda-tanda keterangan Kami di ufuk dan dalam diri-diri mereka sendiri sehingga jelas kepada mereka bahawa Dia adalah benar. Tidakkah cukup lagi bahawa Tuhanmu, sesungguhnya Dia menyaksi segala sesuatu. " (Fussilat:52) .

: test drive :

pas ni adam muqri kena amik lesen dah..
tok ku n tok umi dah belikan kereta ehehe

posing dulu




mcm ye ye jer dia drive..
padahal guna remote control ehehe
action jer..
dah jemu.. nak turun lak..

:: SaHaBaT cAuLaLa ::