:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Friday, June 5, 2009

: perubahan fizikal & mental semasa mengandung :

Kehamilan bukan hanya berlaku pada tubuh seorang wanita tetapi ia jugaberlaku kepada seluruh diri wanita itu. Seseorang wanita yang hamil akan mendapati, terdapat perubahan dalam perasaannya atau emosinya termasuk kegembiraan dan kegelisahan.
Dengan perubahan seperti ini,ramai wanita hamil akan mendapati waktu mengandung bukanlah masa yang mudah bagi mereka. Setiap wanita akan bertindak balas kepada kehamilan dengan caranya yang tersendiri terutama jika kehamilan tersebut untukyang pertama kali.
Wanita hamil mudah merasa kecewa, sensitif, mudah menangis, tenang dan gembira. Semua perubahan yang dialaminya itu adalah sesuatu yang normal.

1. Perubahan Fizikal.
Semasa mengandung, rahim menjadi lebih besar. Beratnya juga bertambahdengan bertambah besarnya janin.
a. Kemaluan.
Kemaluan wanita mengeluarkan cecair putih dan melekit
b. Buah dada.
Saiz buah dada akan bertambah dan terasa lebih berat
c. Jantung.
Jumlah darah yang dipam oleh jantung bertambah. Denyutan jantung setiap minit bertambah. Pertambahan denyutan ini biasanya dapatdirasakan oleh ibu yang sedang mengandung
d. Tekanan darah.
Tekanan darah akan berkurangan semasa hamil tetapi tidaklah terlalu ketara dan tidak merbahaya. Bagaimanapun ia boleh menyebabkan seorang wanita mengandung terasa seperti hendak pitam apabila berdiri terlalu lama, atau apabila bangun setelah lama duduk
e. Paru-paru.
Kadar pernafasan bertambah. Ketika bulan-bulan terakhir kehamilan,rahim yang membesar dan menekan paru-paru menyebabkan udara sukar memasuki paru-paru. Dalam keadaan ini otot-otot tubuh lebih memainka nperanan membantu pernafasan. Pinggang yang sentiasa ditegakkan danmerehatkan bahu akan memudahkan pernafasan.
f. Metabolisme.
Kadar metabolisme mengalami perubahan. Selera makan bertambah dan tisu-tisu lemak di dalam tubuh juga bertambah. Perut semakin membesar dari bulan ke bulan. Pada bulan-bulan terakhir kehamilan, wanita yang mengandung akan dapat merasakan gerakan bayi di dalam kandungan.Wanita yang mengandung juga akan merasakan sakit pinggang, sakitkepala, dan sukar tidur di waktu malam. Keadaan ini sebenarnya tidak memberi kesan kepada bayi yang dikandungnya.

Perubahan-perubahanf izikal yang berlaku ini memerlukan persediaan wanita itu sendiri untuk menghadapinya. Di samping berusaha memperolehi nasihat doktor,maka suami pun sangat diperlukan untuk membantu isteri yang sedang mengandung ini.

2. Perubahan Emosi.
Keadaaan seorang wanita menghadapi kehamilan bergantung kepada faktor sama ada dia menghendaki atau tidak kehamilannya itu. Jika wanitatidak bersedia untuk hamil, maka minggu-minggu pertama kehamilannyaitu mungkin akan mengalami tekanan perasaan. Sebaliknya, jika wanita itu memang ingin mengandung, dia akan merasa gembira dan mungkin tidak sabar untuk menunggu kehamilan dan kelahiran. Begitu juga perubahan lingkungan persekitarannnya akan menyebabkan ia merasakan kelainan pada emosinya.Perubahan ragam dan sikap adalah perkara biasa yang dialami oleh wanita mengandung, itu disebabkan oleh perubahan hormon di dalam tubuh. Pada suatu ketika, seorang wanita hamil mungkin gembira, tenangdan bahagia. Pada saat yang sama dia mungkin akan bersedih dan tertekan perasaan tanpa diketahui sebabnya.Ramai wanita hamil mungkin akan terkejut dengan perubahan dalam diri mereka. Biasanya mereka akan menjadi lebih sensitif kepada perubahan seks dengan suaminya. Ada wanita yang mempunyai keinginan yang lebih pada perhubungan seks, sementara ada yang tidak mahu langsung melakukan hubungan seks.Keadaan semacam ini mungkin akan mengelirukan suaminya. Perubahan perasaan seperti ini bukanlah bermakna ada sesuatu yang tidak kena dengan wanita mengandung. Oleh sebab itu ia perlu memberitahukan kepada suaminya apa yang berlaku, untuk mengelakkan salah faham danperselisihan. Maka seorang isteri perlu memberikan pengertian agar suami memahami perasaannya.Menjadi kebiasaan bagi seorang wanita yang mengandung, terutama ketika hampir bersalin bermimpi perkara-perkara yang buruk. Mimpi seperti ini tidak memberi sebarang kesan pada bayi dalam kandungan. Seorang ibu yang mengandung suka membayangkan masa depannya, terutama berkaitandengan bayi yang dikandungnya. Kadangkala ia membayangkan wajah dan rupa anak yang dilahirkannnya.Setiap kehamilan memerlukan pasangan suami isteri melakukan beberapa penyesuaian di dalam kehidupan, serta hubungan mereka. Terutama jika anak yang dilahirkan itu adalah anak pertama. Kerana kelahiran bayi akan mengubah corak hidup mereka. Jadi perubahan fizikal dan emozi wanita yang sedang mengandung bukan sahaja dihadapi oleh wanita itu sendiri, tetapi suami pun memainkan peranan penting dalam menjaga dan menghadapinya. Dengan cara yang demikian maka rumahtangga akan tetap harmoni.

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::