:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Thursday, January 29, 2009

batuk... batuk... batuk...

sejak balik dari 'cuti2 m'sia' tempoh ari.. aku batuk jer..... teruk jugak.. dah mcm2 ubat mkn tp still macam tu jugak....sakit wei uhuhuhu...
tekak ni rasa perit bangat....
semalam, masa kuar survey laptop, aku batuk sampai muntah... sakit toi...
dah la tue, roadblock punya lama.. sakit jiwa & raga aku....
balik jer, terus lelap.... uhuhuhuhu....

ari nie pun batuk lagi..... nak p amik ubat kat na x tau...
ais dah x minum.... minum air suam jer... (time sakit baru tau nak minum air suam ehehe)
tp, hakikatnya aku betul2 x selesa ngn keadaan aku sekarang... sakitnyer tekak aku.... uhuhuhu
strepsil jgn ckp la, dah berapa byk aku telan.... ehehehe

penat tau batuk cam nie.... sakit bangat5555...

Wednesday, January 28, 2009

nak sihat???

meh cni sapa2 yg nak chat.... meh la ikut petua nie... kadangkala kita lupa hal-hal yg remeh temeh mcm ni... aku pun baru tau....
uhuu patut la kekadang mcm x chat jer.. ehehe

1.Terlalu lama berdiri - merosakkan tulang. Urat - urat sekitar kaki menjadi kembang. Liang vagina sentiasa basah.

2. Terlalu lama duduk - merosakkan lipatan daging. Akan mudah dihinggapi penyakit tua. Tubuh badan menjadi kendur.

3. Terlalu lama berjalan - merosakkan urat. Dalam pada itu haid akan menjadi tidak teratur dan tidak menentu masanya.

4. Terlalu lama melihat - merosakkan darah. Darah haid menjadi lebih kotor dari kebiasaannya.

5. Terlalu banyak tidur - merosakkan tenaga. Menjadi pemalas. Jauh jodoh.Selalu berangan-angan. Urat - urat disekitar rahim menjadi tidak kuat. Mudah dijangkiti kemandulan.

6. Terlalu riang/gembira - merosakkan usus. Mudah dijangkiti keputihan pada liang vagina.

7. Terlalu kerap marah - merosakkan hati. Cepat kelihatan tua.

8. Terlalu banyak berfikir - merosakkan limpa. Kulit muka cepat berkedut. Haid tidak menentu & dalam waktu tidur kerap mengalami sentakan kaki atau tangan. Kesihatan rahim sekitarnya mudah terjejas.

9. Terlalu banyak bersedih - merosakkan jantung.

10. Terlalu merana - merosakkan paru-paru.

11. Terlalu takut - merosakkan ginjal. Apabila fungsi ginjal terjejas, boleh mengakibatkan gejala kencing manis dan lemah jantung.

12. Terlalu kerap terkejut - merosakkan pundi hempedu. Gejala pening kepala kerap dialami. Haid menjadi tidak menentu dan pendarahan yang terkadang terlebih.

13. Terlalu banyak makan - merosakkan pencernaan. Mudah mengalami keletihan, malas dan selalu mengantuk. Liang vagina kurang bersih (semakin banyak 'ragam' lauk/makanan yang dimakan, semakin terjejas kesihatan dan kebersihan liang vagina)

14. Terlalu banyak minum minuman berais - merosakkan otot & lambung. Badan dan payudara menjadi lembik. Berat badan meningkat. Mudah diserang penyakit & tidak kelihatan awet muda

15. Terlalu banyak masa lapang - merosakkan fikiran. Kelapangan masa yang terlalu banyak menimbulkan berbagai khayalan dan menimbulkan berbagai penyakit jiwa, kecuali masa lapang diisi dgn aktiviti hidup yg positif .

makanan & hikmahnya dalam islam

Roti (khubz)
Roti yang paling bagus ialah diperbuat daripada gandum yang baik dimasak dalam pembakar roti yang bulat. Roti itu dibiarkan sejuk sebelum dimakan, jika tidak kita akan merasa haus bila memakannya. Roti yang sudah lama dan tidak elok akan menyebukan perut. Roti yang terdapat sekam gandum mudah dicernakan. Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jangan potong roti dengan pisau. hormatilah roti itu dengan memotong dengan tanganmu kerana Allah menghormati roti itu'.

Jintan Manis (anisun)
Jintan manis banyak khasiatnya ianya melegakan kesakitan dalam badan, melancarkan aliran keluar haid, membanyakkan susu dan membuang gas dalam usus. Ianya juga boleh digunakan dalam bentuk serbuk dan disapu disekeliling mata bagi menguatkan pandangan mata.

Epal (tuffah)
Epal yang masam lebih sejuk daripada yang manis. Ianya juga boleh menguatkan organ hati.

Asparagus (hiyawn)
Asparagus berkhasiat bagi membuka sekatan pada buah pinggang dan memudahkan kelahiran anak.

Pisang (mawz)
Pisang boleh menyejukkan badan dan ianya boleh dimakan dengan madu lebah.

Barli (sya'ir)
Barli berkhasiat sebagai penyejuk badan. Rasulullah s.a.w. pernah memberi sup barli kepada orang yg mengidap demam.

Selasih (manis rayhan)
Selasih berkhasiat untuk menguatkan organ hati, memudahkan tidur dengan cara menyapu kepala dengan basil yang dicampurkan air.

Mentega (zubdah)
Mentega khasiatnya memanas dan melembapkan. Baik untuk menghilangkan sembelit. Mentega yang dicampurkan dengan kurma dan madu sejenis makanan yang menghilangkan rasa mengidam pada perempuan hamil.

Bunga kubis (qunnabit)
Sayuran ini sukar dihadam dan bahaya untuk penglihatan.

Chamomile (babunaj)
Kegunaan chamomile ialah melancarkan aliran haid dan kencing. Ianya juga sangat berguna untuk memanaskan badan.

Lobak merah
Kegunaannya memanaskan badan. Ianya juga melancarkan aliran haid dan air kencing.
Biji kopi (qahwah)
Sebagai ubat penyakit buang air besar berdarah, menghilangkan dahaga dan dikatakan menimbulkan kebijaksanaan.

Biji hitam (habb al sauda)
Dilaporkan bahawa Nabi s.a.w. pernah bersabda 'Jadilah seperti biji habb al sauda kerana biji ini ubat semua penyakit kecuali kanser dan mati'. Adalah dilaporkan juga bahawa Allah Taala menunjukkan bahawa 'ia' itu ialah hab al sauda menghapuskan angin dalam usus dan demam. Baik untuk merawat 'leukoderma' dan membuka saluran urat yang halus. Berguna untuk menghilangkan penyakit selesema.

Ayam (dajaj)
Memudahkan penghadaman. membetulkan imbangan badan, baik untuk otak dan badan, serta mencantikkan rupa paras. Walau bagaimanapun jika dimakan terlalu banyak boleh menyebabkan penyakit sendi dan yang terbaik ialah daging ayam betina yang tidak bertelur.

Kulit kayu manis (darchini)
Kulit kayu manis juga merupakan pemanas badan. Minyaknya sebagai penawar untuk menghapuskan rasa tidak hadam. Ia merupakan campuran (rempah ratus) yang digunakan dalam resepi masakan hampir tiga suku penduduk dunia.

Limau kulit tebal, warna kuning pucat, kurang mengandungi asid (utrujj)
Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda, 'Limau ini adalah seperti mukmin: bagus dirasa dan bagus dihidu'. Limau ini menguatkan organ hati serta dapat menjauhkan kesedihan dan bintik-bintik pada kulit, menghapuskan kelaparan dan melambatkan pengaliran dalam hempedu.

Timun (qitta')
Yang masak menghilangkan panas dan menggalakkan pembuangan air kecil. Makan kurma dengan timun muda menambahkan berat badan.

Jintan putih (kammun)
Jintan putih khasiatnya untuk memanaskan badan. Jintan putih yang direndam di dalam air dan diminum adalah baik untuk mengubat perut yang memulas.

Tamar kering (tamr)
Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Rumah yang tiada tamar atau kurma adalah rumah yg tiada bermakanan'. Nabi s.a.w. sendiri pernah menanam kurma atau tamar. Kurma hendaklah dimakan dengan badam untuk menghapuskan parut yang tidak diingini.

Terung (badhijan)
Terung hitam menyebabkan keluarnya hempedu. Kecenderungan benda ini mengeluarkan hempedu dapat dibetulkan dengan memakannya bersama daging.

Telur (baydah)
Khasiat telur yang paling baik boleh kita dapati daripada telur ayam (setengah masak atau ?masak) bukan direbus keras. Putih telur melegakan apabila kita melecur atau kulit terbakar dan menghilangkan parut pada kulit.

'Endive' (hindiba)
Khasiat hindiba berubah mengikut musim. Hindiba' pada awal musim adalah yang paling baik dan yang dipenghujungnya sudah tidak berkhasiat lagi. Hadith menyatakan 'makanlah hindiba dan janganlah bersendawa kerana sesungguhnya tidak ada satu hari pun titisan air syurga tidak jatuh ke atas hindiba'.

Fenugreek (Hulbah)
Nabi s.a.w. pernah bersabda 'jika umatku tahu apa yang ada pada hulbah, mereka pasti membeli dan membayarnya dengan emas'. Antara khasiat hulbah membantu pengaliran haid dan berguna untuk menyembuhkan sakit perut(memulas) .

Buah Ara fig (fin)
Fin kering adalah yang terbaik. Di antara khasiatnya ialah untuk memanaskan badan dan rasanya enak. Nabi s.a.w. pernah bersabda, 'Jika anda kata ada buah datang dari syurga maka itulah fin kerana sebenarnya inilah buah syurga'. Oleh itu makanlah buah fin kerana khasiatnya menyembuhkan penyakit buasir dan pirai.

Ikan (samak)
Khasiat ikan air tawar lebih baik terutama yang makan tumbuh tumbuhan, bukan yang makan lumpur dan benda-benda seni dalam air. Ikan yang tidak dimasak sukar dihadam dan mengeluarkan ketidak seimbangan badan.

Bawang putih (thum)
Bawang putih juga elok untuk memanaskan badan. Khasiatnya membuang gas dan menggalakkan pengeluaran air mani. Baik untuk pembawakan sejuk, untuk mencairkan balgham. Minyaknya digunakan untuk merawat gigitan serangga dan Nabi s.a.w pernah bersabda 'Sesiapa yang memakan pohon ini maka janganlah dia mendekati kami dan janganlah sembahyang bersama bersama kami.'

Minyak sapi (samn)
Minyak sapi mengandungi banyak lemak. Ia dianggap sebagai penawar racun. Campurkan dengan manisan lalu dimakan dan ianya dipercayai ubat pada makanan.

Halia (zanjabil)
Halia disebut dalam ayat alQuran (ayat 17, Surah Al Insan) firman Allah Taala yang bermaksud 'Dan mereka dalam Syurga itu,diberi dari sejenis minuman yang campurannya dari zanjabil'. Khasiatnya membantu penghadaman dan memanaskan badan.

Inai (hinna)
Terdapat banyak khasiat pada inai. Antaranya menghilangkan bekas calar-calar atau lebam pada badan, menghilangkan sakit kepala, sakit dalam kaki, sakit kuku dan mengelokkan rambut. Inai bersifat sangat panas dan menerbitkan perasaan cinta. Wangian yang terbaik ialah yang diperbuat dari bunga inai. Memakai inai pada kuku, tangan dan kaki menjadi biasaan masyarakat di Timur terutama bagi pengantin baru.

Madu lebah(a'sal)
Madu lebah mempunyai berbagai-bagai khasiat. Madu atau manisan lebah ini apabila dicampur dengan air panas boleh mengubati penyakit cirit birit. Sabda Nabi s.a.w., 'Demi Allah yang aku dalam genggaman Nya, minumlah madu. Malaikat akan memohon rahmat pada penghuni rumah yang ada madu di dalamnya. Jika seseorang itu makan madu, seribu ubat masuk keperutnya dan sejuta penyakit keluar darinya.' Rasulullah sendiri mengamalkan meminum madu, dengan meminum segelas air yang dicampurkan dengan madu setiap pagi ketika perut kosong. Madu dianggap ibu segala makanan, minuman dan ubatan. Madu yang paling berkualiti ialah madu yang dikeluarkan dalam musim bunga (spring), seterusnya dalam musim panas (summer) dan yang kurang berkualiti adalah madu yang dihasilkan dalam musim sejuk (winter).

Kekacang (a'das)
Semua kekacang mengeluarkan kekeringan. Jenis-jenis kekacang hendaklah dimakan sedikit kerana kalau dimakan dengan banyak ianya tidak baik untuk perut. Ada hadith mengatakan bahawa sesiapa memakan kekacang akan menerbitkan hati yang simpati, mata berair dan menghapuskan kesombongan.

Salad (khass)
Meskipun ianya sejuk, ia dianggap sayuran yang baik untuk dimakan. Ia melembutkan tubuh yang keras dan membantu menyembuhkan penyakit gangguan mental. Salad melemahkan tenaga batin dan terlalu banyak memakannya juga melemahkan penglihatan.

Daging (lahm)
Daging mengandungi banyak khasiat. Dikatakan bahawa orang yang memakan daging selama 40 hari berturut turut tidak akan mendatangkan kebaikan. Dan orang yang tidak memakan daging selama 40 hari berturut-turut juga tidak akan mendatangkan kebaikan. Dengan kata lain makanlah daging secara sederhana. Daging yang paling baik ialah daging kambing. Ianya bersifat panas dan lembab. Daging kambing yang paling baik ialah daging kambing jantan yang berumur satu hingga dua tahun. Adapun daging babi haram dimakan. Terdapat pertelingkahan pendapat mengenai daging kuda sebagai makanan biasa. Ibnu Sina berpendapat bahawa daging unta, kuda, keldai adalah tidak baik dimakan sebagai makanan biasa. Syariat juga melarang memakan daging binatang pemangsa. Dilarang memakan daging binatang pemangsa yang kukunya mencengkam dan menyangkuk.

amalan dalam islam dan kesihatan

ni amalan yg boley diamalkan setiap hari... bukan susah pun kan.. jom kita wat ramai-ramai...

Mandi Pagi sebelum subuh @ sekurang kurangnya sejam sebelum matahari naik.
Air sejuk yang meresap kedalam badan boleh mengurangkan lemak mengumpul.
Kita boleh saksikan orang mengamal mandi pagi kebanyakan badan tak gemuk.

Rasulullah mengamalkan minum segelas air sejuk (bukan air ais) setiap pagi.
Mujarabnya Insayallah jauh dari penyakit (susah nak kena sakit).

Waktu sembahyang subuh disunatkan kita bertafakur (iaitu sujud sekurang kurangnya seminit selepas membaca doa). Ia boleh mengelak dari sakit pening atau migrin. Ini terbukti oleh para saintis yang membuat kajian kenapa dalam sehari perlu kita sujud. Ahli-ahli sains telah menemui beberapa milimeter ruang udara dalam saluran darah di kepala yg tidak dipenuhi darah. Dengan bersujud maka darah akan mengalir keruang berkenaan.

Thursday, January 22, 2009

cuti.

ahad nie, 25hb aku cuti.. dah lama x cuti panjang.. ehehe kebetulan isnin ngn selasa cuti raya cina kan.. so, aku amik la kesempatan ni... bukan selalu tau...

lagipun, ahad ni kenduru kazie kt kota bharu... n aku nak p rumah abg aku kat setiu sama.. dah lama dorg ajak p... tp, x berkesempatan.. last p sana bulan 8 tahun lps... masa nu aku ngandungkan adam 3 bulan... p tu pun sbb aku ngidam nk makan ikan celup tepung kt penarek.... fuuuu, jauh tul ngidamnyer... hik hik hik.... mujur ler ngidam sekali tue jer.... kalau tiap2 bulan ngndung nak rasa makanan kat setiap negeri, payah gak kan...

tp, nakwat camna... dah Allah anugerahkan perasaan ngidam tu kt org pompuan peknen.. timer jer la... hik hik hik...

dah x der idea dah....
daaaaaa

x sedap hati...

Balik kejer ptg semalam aku g main boling ngn member2 opis... ada la dalam 13 org... tp, lupa lak nk snap gambo masa tue.... lain x la ek...
xtually, kitorg mmg dok main b4 this tp, dah lama stop atas sbb2 tertentu.. n now baru start balik... kadangkala ok gak... hilangkan tensen... tp, sepanjang main tu hati aku macam x sedap jer..
dup dap dup dap.... aku la yg dpt no last sx uhuhuhu... sokmo gitu..
aku lgsg x leh nak concentrate... aku sendiri x tau nape..... cam ada something yg x kene.. n yg pasti hati aku betul2 rasa x sedap.. uhuhuhu apa ni? kenapa ni?....

balik rumah, sume ok jer.. tp, hati ttp mcm tue.. kenapa ek?... mgkn perasaan aku jer.....
tido pun x lelap.. sat2 jaga... sat2 jaga....

kenapa? apakah?

Tuesday, January 20, 2009

demam ker?

balik kejer ptg semlm, badan aku dah rasa lenguh2.. seram2 sejuk... uhuhu ni simpton demam nie.. tekak lak rasa sakit jer... telan air liur pun susah uhuhuh.. baring jer semalamam... makan nasi sket jer, dah x lalu.. uhuhu.. sampai skrg, x makan apa2 pun lg.. ubat dah makan semalam tp, x ok jgk..
nak wat kejer pun rasa x selesa.... dalam badan, rasa panas jer...

camna nie?... mula igt nak p klinik amik mc jer.. ye la, dok kt opis x leh wat kejer gak... tp, kalau amik mc, balik karg mesti tido jer.. x pun baring (dah badan lemah camni).... cian lak kt adam, kalau aku ada rumah mst dia nak ajak main jer.. x kan nk tgk dia main sensorg.. cian plk... uhuhu

sabar sabar.... sabar kan separuh daripada iman.. ehehe

balik keje maqin, baring jer.. rasa lesu sgt... tetiba jer tingin nak makan sup panas2 ehehe
demam2 pun ngada2 lagi.... tetiba jer tekak rasa mual... terus aku p toilet... muntah abis... may b sebab perut kosong.. dah berapa ari x der selera makan nasi... masuk angin la tu..... takut lagi teruk aku gagah'n juga makan nasi sesuap dua... then, terus makan ubat n sambung tdo.... adam hubby ngn mak jaga.. aku dah x der kudrat dah.. uhuhuh....
bangun pagi ni rasa ok sket.... igt nak amik cuti, tp byk lagi keje x settle kt opis nu.. sabau jer la..

pagi td pun makan nasi sket jer... adoiyai, sekarg ni lgsg x der selera nak makan nasi maa...

Monday, January 19, 2009

kejer terbaru adam




sejak akhir2 nie, adam suke sangat 'memunggah' pakaian dalam cupboard dia... adoiyai.. bukannye ader mende pun benarnya... dia masuk bilik semata2 nak keluarkan sume baju2 dia dlm cupboard... since x der dah baju dalam tue, baru dia kuar bilik... pantang sungguh dia tgk baju dia susun elok2... eee..

10 amalan terbaik tetapi terbalik

Marilah kita bermuhasabah atau menilai dan menghitung kembali tentang amalan harian kita. Kadang-kadang kita akan dapati amalan kita adalah terbalik atau bertentangan dari apa yang patut dilakukan dan dituntut oleh Islam. Mungkin kita tidak sedar atau telah dilalaikan atau terikut-ikut dengan budaya hidup orang lain. Perhatikan apa yang dipaparkan dibawah sebagai contoh amalan yang terbalik:-
  1. Amalan kenduri arwah beberapa malam yang dilakukan oleh keluarga simati selepas sesuatu kematian (malam pertama, kedua, ketiga, ketujuh dan seterusnya) adalah terbalik dari apa yang dianjurkan oleh Rasulullah di mana Rasulullah telah menganjurkan jiran tetangga memasak makanan untuk keluarga simati untuk meringankan kesusahan dan kesedihan mereka. Keluarga tersebut telah ditimpa kesedihan, terpaksa pula menyedia makanan dan belanja untuk mereka yang datang membaca tahlil. Tidakkah mereka yang hadir makan kenduri tersebut khuatir kalau-kalau mereka termakan harta anak yatim yang ditinggalkan oleh simati atau harta peninggalan simati yang belum dibahagikan kepada yang berhak menurut Islam?
  2. Kalau hadir ke kenduri walimatul urus (kenduri kahwin) orang kerap Assalamu'alaikum berisi (hadiah wang yang diberi semasa bersalam). Kalau tak ada duit nak dikepit dalam tangan, maka segan ia nak pergi makan kenduri. Tetapi kalau ia menziarah orang mati, tidak segan pula Assalamu'alaikum tak berisi. Sepatutnya kalau menziarah keluarga si matilah kita patut memberi sedekah. Kalau ke kenduri kahwin, tak bagi pun tak apa kerana tuan rumah panggil untuk diberi makan bukan untuk ia menambah pendapatan.
  3. Ketika menghadiri majlis pemimpin negara kita berpakaian cantik kemas dan segak tetapi bila mengadap Allah baik di rumah maupun di masjid, pakaian lebih kurang saja bahkan ada yang tak berbaju. Tidakkah ini suatu perbuatan yang terbalik.
  4. Kalau menjadi tetamu di rumah orang dan di beri jamuan, kita rasa segan nak makan sampai habis apa yang dihidangkan kerana rasa segan dan malu, sedangkan yang dituntut dibanyakkan makan dan dihabiskan apa yang dihidang supaya tuan rumah rasa gembira dan tidak membazir.
  5. Kalau bersolat sunat di masjid amat rajin, tapi kalau di rumah, sangat malas. Sedangkan sebaik-baiknya solat sunat banyak dilakukan di rumah seperti yang dianjurkan oleh Rasulullah untuk mengelakkan rasa riak.
  6. Bulan puasa adalah bulan mendidik nafsu termasuk nafsu makan yang berlebihan tetapi kebanyakan orang mengaku bahawa dalam carta perbelanjaan setiap rumah orang Islam akan kita dapati perbelanjaan di bulan puasa adalah yang tertinggi dalam setahun. Sedangkan sepatutnya perbelanjaan di bulan puasa yang terendah. Bukankah terbalik amalan kita?
  7. Kalau nak mengerjakan haji, kebanyakan orang akan membuat kenduri sebelum bertolak ke Mekah dan apabila balik dari Mekah tak buat kenduri pun. Anjuran berkenduri dalam Islam antaranya ialah kerana selamat dari bermusafir, maka dibuat kenduri, bukan kerana nak bermusafir, maka dibuat kenduri. Bukankah amalan ini terbalik? Atau kita mempunyai tujuan lain.
  8. Semua ibubapa amat bimbang kalau-kalau anak mereka gagal dalam periksa. Maka dihantarlah ke kelas tuisyen walau pun banyak belanjanya. Tapi kalau anak tak boleh baca Quran atau solat, tak bimbang pula bahkan tak mahu hantar tuisyen baca Quran atau kelas khas mempelajari Islam. Kalau guru tuisyen sanggup dibayar sebulan RM20.00 satu pelajaran 8 kali hadir tapi kepada Tok Guru Quran nak bayar RM15.00 sebulan 20 kali hadir belajar pun menggeletar tangan. Bukankah terbalik amalan kita? Kita sepatutnya lebih berbimbang jika anak tidak dapat baca Al Quran atau bersolat dari tidak lulus periksa.
  9. Kalau bekerja mengejar rezeki Allah tak kira siang malam, pagi petang, mesti pergi kerja. Hujan atau ribut tetap diharungi kerana hendak mematuhi peraturan kerja. Tapi ke rumah Allah (masjid) tak hujan, tak panas, tak ribut pun tetap tak datang ke masjid. Sungguh tak malu manusia begini, rezeki Allah diminta tapi nak ke rumahNya segan dan malas.
  10. Seorang isteri kalau nak keluar rumah samada dengan suami atau tidak, bukan main lagi berhias. Tetapi kalau duduk di rumah, masyaAllah. Sedangkan yang dituntut seorang isteri itu berhias untuk suaminya, bukan berhias untuk orang lain. Perbuatan amalan yang terbalik ini membuatkan rumahtangga kurang bahagia.

kita hidup cuma 3 hari

1. Semalam : Sudah menjadi sejarah
2.
Hari ini : Apa yang sedang kita lakukan
3.
Esok : Hari yang belum pasti

Hisablah hari pertama semoga hari yang kedua kita lebih baik dari hari yang pertama.Jangan mengharap hari yang ketiga kerana mungkin ajal kita pada hari yang kedua.

HIDUP CUMA DALAM 2 NAFAS:


1.
Nafas Naik
2.
Nafas Turun
Hargailah Nafas yang naik kerana udara yang disedut adalah pemberian Allah secara percuma dan carilah keredhaanNya dalam menggunakannya.Bertaubatlah dalam Nafas yang kedua kerana mungkin nafas itu yang terakhir keluar dari tubuh bersama Nyawa
dan Roh untuk meninggalkan dunia yang fana ini.

HIDUP YANG ABADI CUMA ADA 2 TEMPAT:

1. Kekal di dalam neraka
2. Kekal di dalam syurga

I ngatlah kecelakaan neraka itu amat mengerikan dankita hanya diyakinkan oleh keyakinan kita kepada rukun IMAN . Rukun Iman itu pula ada 6 dan hilang salah satu darinya maka hilanglah ia.


Kelazatan dan kesejahteraan syurga itu maha HEBAT .Tidak terduga oleh fikiran kita dan untuk mendapatkannya terjemahkan rukun ISLAM yang 5 itu dan puncaknya adalah SOLAT...


Amat sukar untuk dipercayai bagi yang ingin ke SYURGA tetapi tidak bersolat, umpama seorang yang mahu menaiki kapalterbang tetapi tidak mempunyai BOARDING PASS.


Dan mereka yang sengaja melalaikan solat, umpama mengeposkan sepucuk surat tanpa melekatkan setem apabila ditanya bagaimana surat itu akan sampai pada penerimanya... lalu dia pun berkata setemnya akan dihantar kemudian. Ada 2 penyelesaian dalam kes ini

1.
Dia mungkin didenda

2.
Segala suratnya masuk tong sampah.

Oleh itu, tidakkah kita semestinya bersyukur atas segala nikmat yang Allah kurniakan kepada kita... .
Sekurang-kurangnya Allah telah beri udara secara percuma untuk kita berzikir mengingati Allah setiap detik dan ketika, hinggalah kita kembali kepada Allah dalam keadaan jiwa yang tenang... lalu masuk kedalam syurga dalam keadaan kita redha dan Allah meredhai.

Wallahualam..

Amalan Rasullullah...

"1. SELALU BANGUN SEBELUM SUBUH

Rasul selalu mengajak ummatnya untuk bangun sebelum subuh,
melaksanakan sholat sunah dan sholat Fardhu, sholat subuh berjamaah.
Hal ini memberi hikmah yg mendalam antara lain :
- Berlimpah pahala dari Allah
- Kesegaran udara subuh yg bagus utk kesehatan/ terapi penyakit TB
- Memperkuat pikiran dan menyehatkan perasaan

2. AKTIF MENJAGA KEBERSIHAN

Rasul selalu sentiasa rapi & bersih, tiap hari kamis atau Jumaat
beliau mencuci rambut-rambut halus di pipi, selalu memotong kuku,
bersisir dan berminyak wangi.

! 3. TIDAK PERNAH BANYAK MAKAN

Sabda Rasul : "Kami adalah sebuah kaum yang tidak makan sebelum
lapar dan bila kami makan tidak terlalu banyak ( tidak sampai
kekenyangan)"(Muttafaq Alaih) Dalam tubuh manusia ada 3 ruang untuk
3 benda : Sepertiga untuk udara, sepertiga untuk air dan sepertiga
lainnya untuk makanan. Bahkan ada satu tarbiyyah khusus bagi ummat
Islam dengan adanya Puasa Ramadhan untuk menyeimbangkan kesehatan

4. GEMAR BERJALAN KAKI

Rasul selalu berjalan kaki ke Masjid, Pasar, medan jihad,
mengunjungi rumah sahabat, dan sebagainya. Dengan berjalan kaki,
keringat akan mengalir, pori-pori terbuka dan peredaran darah akan
berjalan lancar. Ini penting untuk mencegah penyakit jantung

5. TIDAK PEMARAH

Nasihat Rasulullah : "Jangan Marah"diulangi sampai 3 kali. Ini
menunujukkan hakikat kesehatan dan kekuatan Muslim bukanlah terletak
pada jasadiyah belaka, tetapi lebih jauh yaitu dilandasi oleh
kebersihan dan kesehatan jiwa.

Ada terapi yang tepat untuk menahan marah :
- Mengubah posisi ketika marah, bila berdiri maka duduk, dan bila
duduk maka berbaring
- Membaca Ta 'awwudz, karena marah itu dari Syaithon
- Segeralah berwudhu
- Sholat 2 Rokaat untuk meraih ketenangan dan menghilangkan
kegundahan hati

6. OPTIMIS DAN TIDAK PUTUS ASA

Sikap optimis akan memberikan dampak psikologis yang mendalam bagi
kelapangan jiwa sehingga tetap sabar, istiqomah dan bekerja keras,
serta tawakal kepada Allah SWT

7. TAK PERNAH IRI HATI

Untuk menjaga stabilitas hati & kesehatan jiwa, mentalitas maka
menjauhi iri hati merupakan tindakan preventif yang sangat tepat.

Ya Allah, bersihkanlah hatiku dari ! sifat sifat mazmumah dan
hiasilah diriku dengan sifat sifat mahmudah...::

kasihnya ibu...

Seorang anak mendapatkan ibunya yang sedang sibuk
menyediakan makan malam di dapur lalu menghulurkan sekeping kertas yang
bertulis sesuatu. Si ibu segera mengesatkan tangan di apron menyambut
kertas yang dihulurkan oleh si anak lalu membacanya.


Kos upah membantu ibu:

Tolong pergi kedai $4.00

Tolong jaga adik $4.00

Tolong buang sampah $1.00

Tolong kemas bilik $2.00

Tolong siram bunga $3.00

Tolong sapu sampah $3.00

Jumlah : S$17.00

Selesai membaca, si ibu tersenyum memandang si anak sambil sesuatu
berlegar-legar si mindanya. Si ibu mencapai sebatang pen dan menulis
sesuatu di belakang kertas yang sama.

Kos mengandungkanmu selama 9 bulan - PERCUMA

Kos berjaga malam kerana menjagamu - PERCUMA

Kos air mata yang menitis keranamu - PERCUMA

Kos kerunsingan kerana bimbangkanmu - PERCUMA

Kos menyediakan makan minum, pakaian, dan keperluanmu - PERCUMA

Jumlah Keseluruhan Nilai Kasihku - PERCUMA

Air mata si anak berlinang setelah membaca apa yang dituliskan
oleh si ibu. Si anak menatap wajah ibu, memeluknya dan berkata,"Saya
Sayangkan Ibu". Kemudian si anak mengambil pen dan menulis'Telah Dibayar
malah terhutang ' pada mukasurat yang ditulisnya.

Diriwayatkan seorang telah bertemu Rasulullah SAW dan
bertanya,"Wahai Rasulullah, siapakah yang paling berhak mendapat layanan
baik dariku?" Rasulullah menjawab,"Ibumu(dan diulang sebanyak tiga kali),
kemudian ayahmu, kemudian saudara-saudara terdekatmu."

-see, betapa tingginya pengorbanan ibu kita semua kan uols... kita akan dapat merasai sume ni bile kita sendiri bergelar seorg ibu.... uhuhuhu-

to my dear mom : 'cik sayangggggggggg mak amat5 sgt5'..

Thursday, January 15, 2009

bawa mak p klinik..



sgt2 kasihan tau... doc pakar lak lambat mai..

ambil gambar dulu...


adam menunjukkan aksinya...


anak lelaki kan.. biasa ler.. uhuh





dah x larat aku... adam sampai duduk atas lantai..



kalau x mau susu dah ni la yg dia akan wat.. uhuhu





main sat jer pun.. pas tue mengamuk dah..


cepat la doc....



mood adam stabil balik...

akhirnya, adam kepenatan.. terbungkam atas kerusi dalam blk doc pakar tue.. x sampai 5 minit pun....


semalam (minggu ni sebetulnya), aku di landa kemalasan yg amat sgt..
tetiba jer mcm best bila terbayangkan pantai n air terjun (cantik maa).... eee, beshnyer kalau dapat bercuti n mandi manda.... lama dah x berpeluang mcm tue... bila la nak p nie???.. uhuhu.. ada saper2 nak bawa ker? hik hik hik...

semalam pas maghrib, aku, mak, n adam p klinik... amik ubat mak, sakit mata (bukan sakit mata yg merah tue)... mata mak jadi bengkak n merah sgt... dah byk ari aku ajak, tp mak x nak p (biasa la mak aku, sakit sket2 mmg x nak p kliniknyer)... nie pun puas pujuk...

mulenya km p klinik mata socha tp, tutup lak.. terus jer p kmc (klinik 24 jam)... lama jgk tunggunyer... adam buat perangai maa... dia tido sat jer then lapaq la... puas aku pujuk... dukung, bw p playground kt ctu.. mcm2 la... sumenyer x berhasil.... uhuhhu.. bagi main kunci kete, tahan la kejap..

dah jumpa doc biasa doc tu kata teruk lak mata mak aku... then, dia call doc pakar... uii, sampai kene jumpa pakar ker? kes berat nie... doc 'on call', tunggu la.. adoi.. dah la kesabaranku di uji... uhuhu sabar2... (muke maintain jer)...

dalam bilik pakar lak, lama giler.. mak aku kt, doc kata x der mende pun.. ok jer... alahan.. punyer la lama... korg tau apa nape lama.. mak aku ckp, doc tue titiskan ubat mata then baring.. pastu titis lg... berulang x... tue jer pun.. hampeh.. ni bukan apa ni.. x lain x bukan.. nk charge lbh la nie... uhuhuh. tp, dah alang2 kan.. confirm x der pa2 ok la.. risau gak tgk mak aku cam tu... dah la, lama tunggu kt ctu, bila samapi time nk amik ubat dorg leh tutup kaunter... kena p tmpt lain lak... ooo. ini sudah melampau.. dah la adam dok wat perangai. eee, tensen kan..
nak x nak, terpaksa p la jgk... pas dah settle sume, km b'3 bergegas ke parking... alamak, kete x leh buka.. alarm rosak lak.. ha, ni mesti kes adam main td ni.. adoiyai, fuh btl2 menguji kesabaran.. aku lak bukannya tau bab2 kete nie.. main naik jer.. dah berpeluh dah ha... adusss..
cal abg aku kt t'ganu, main futsal lak... baru aku tingat ader butang merah kat dalam kete tu.. kalau x silap, aku penah jadi mcm ni... tp, masa tu sbb aku x tutup lampu ehehe batteri abis hahaha... tp, aku x igt dah benda alah tu kat na... mak aku dah panic, tp aku wat2 relaks.. mak dah kelam kabut srh panggl guard kat ctu... aku kt x per, tawakal jer.. aku buka guna kunci... apa lagi... bunyi la (curi kete ker) ikhsss mana da kan.. dah la tmpt tu gelam.. puas meraba kete tu cari butang merah.. lastly, aku berjaya gak.. mak aku sempat lak p panggil guard... uhhuhu makseh ye, dah ok pun...

perut dah berkeroncong, terus p mkn.. dah lewat kedai pun byk tutup.. makan jer apa yg ada.. ehehe.. mule2 suap adam dulu (penting nie, karang mengamuk dia)... dah rasa kenyang tue, baru la dia nak main.. budak2 yg keje kt ctu suke lak layan dia... noley la aku makan lalala...

sampai rumah dekat kul 12 gak... uhuhuh penat... x per la kan... yg penting mata mak aku x der problem... tu yg penting... yg lain2 aku x kisah pun....
apapun, aku rasa mlm nie quite interesting....

blur..

aku baru jer balik dari klinik nie.. amik ubat mak aku.. nak wat n3 pasal tu mcm maleih.. sok la..
x der idea nk karang....
gpun, hp batt abis, nk transfer gmbar x leh... esok2 la ye...

Wednesday, January 14, 2009

erti sebuah senyuman


korg suke senyum x?... bagus tau owg yg suker senyum nie..... aku suker gak senyum.. ehehe. kalau sek dulu lbh kpd sengeh.. that's y aku dapat title 'caulala' tue... hik hik hik... kalau uols susah hati ker, sakit hati ker, makan hati ker (yg berkaitan ngn hati jer ker?).... apa2 la yg merunsingkan uols senyum jer.... InsyaAllah hati uols sume akan tenang... biar la org tgk kiter bahagia n hepi sokmo... ye x? w'pun pada hakikatnya, kita pun byk masalh mcm dorg jgk ehehehe.... nama pun manusia kan? mana leh lari dari masalah...

Hadis Rasulullah menyatakan 'Senyum itu sedekah' adakah kita boleh bilang berapa kalikah kita senyum dalam sehari? Adakah semasa bangun dari tidur kita akan senyum? Jawapan nya senyumlah kerana kita tidak akan tahu bilakah kita akan kembali tersenyum dengan ikhlas..


Dengan senyuman kita akan disayangi, dengan senyuman juga kita akan disukai, dengan senyuman juga kadang kala kita akan dimusuhi. Ini kerana tidak semua yang kita buat disukai oleh semua orang.. Sesuatu yang baik juga kadang kala bisa disalah ertikan oleh manusia yang hatinya tidak pernah ikhlas.

Jika satu hari kita terlupa untuk senyum maka ingat kan diri kita bahawa kita sudah lupa untuk bersedekah. Akan tetapi awas senyuman juga kadangkal bisa menjadi racun yang cukup berbisa kepada kita. Dengan senyuman boleh membuat kan si teruna suka akan si dara, dengan senyuman juga si dara terpesona dengan si teruna. Akan tetapi senyuman yang diberikan seorang guru kepada muridnya dan juga senyuman yang diberikan seorang murid kepada gurunya itu lah seikhlas2 senyuman yang lahir dari 2 insan yang diciptakan memerlukan antara satu sama lain..

Dalam sebuah keluarga juga peranan senyuman amat lah penting, ini kerana seorang bapa yg tidak senyum kepada anaknya maka dia bukan lah seorang bapa yang mesra dan pemurah. Setiap anak akan menjadikan bapanya idola kepada diri mereka kerana bagi mereka bapa adalah ketua keluarga yang unggul kepada anak2.

Wallahu A'alam

susah sangat ker?

xtually, aku x der idea nak wat n3 baru.. story byk, tp maleih ehehe.... tp, mcm x best la bile tgk blog org lain sume update.... so skrg mai kiter tgk apa yg susah sgt kita nak wat.... biasa la akn, benda yg senang kita bkn n buat, benda yg susah jgk tu yg kita cari... betul x?

* Susah sangat ke untuk kita
tersenyum, sedangkan orang gila senyum sorang2, inikan pula sesama kita?

* Susah sangat ke
nak jadi senang, sedangkan yang senang tu senang je jadi susah?

* Susah sangat ke
nak bangkit subuh, sedangkan kena siram air pun tak bangun2 jugak?

* Susah sangat ke
nak hulur sedekah, sedangkan orang minta sedekah tu senang2 je hulur tangan?

* Susah sangat ke
nak siapkan assignment, sedangkan lecturer yang buat soalan tu senang je buat soalan?.

* Susah sangat ke nak buat baik sedangkan yang baik tu senang je buat jahat?

* Susah sangat ke nak cari keje, sedangkan banyak keje yang cari korang sebenarnya?

* Susah sangat ke nak cakap, sedangkan orang gila pun bleh cakap sorang2?

* Susah sangat ke jadi pandai, sedangkan yang pandai pun kadang2 tak pandai?

* Susah sangat ke, ke sangat susah?... . erm, x mende2 kan.....

Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

Sunday, January 11, 2009

hari yg paling sedih...

ptg tadi aku baru jer dapat satu berita yg amat amat amat amat menyedihkan....
apa yg aku takuti selama beberapa bulan ni terpaksa ku terima,... n nak x nak aku terpaksa hadapinya jugak.... saat ini terlalu sukar utk diriku menerima kenyataan ini... tp, apalah dayaku...

demi kebaikan sume pihak, aku x leh citer apa yg menyedihkan tue... biarlah aku sorg jer yg tau...
aku pastinya x kan lupakan perkara ni sampai bila2 pun.. coz terlalu byk kenangan aku kt cni..
huhhuhuhu sedih2...

layan jer lagu 'kenangan terindah' dr samason ni ek...

Aku yang lemah tanpamu
Aku yang rentan karena
Cinta yang t'lah hilang
Darimu yang mampu menyanjungku

Selama mata terbuka
Sampai jantung tak berdetak
Selama itu pun aku mampu
Untuk mengenangmu

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati

Chorus :
Bila yang tertulis untukku
Adalah yang terbaik untukmu
Kan kujadikan kau
Kenangan yang terindah dalam hidupku
Namun takkan mudah bagiku
Meninggalkan jejak hidupku
Yang t'lah terukir abadi
Sebagai kenangan yang terindah

Darimu kutemukan hidupku
Bagiku kaulah cinta sejati



Friday, January 9, 2009

tag irnie

1. The person who last tag u is
... jaja


2. 5 Impression of her
... baik, jujur,easygoing,ramah


3. Your Relation with her
...kawan seagama/blog


4. The most memorable things she had done for you
... sentiasa mengingati sesama

5. The most memorable things she had say to you..
... take care


6. If she become your lover, you will
... kami sama2 pompuan, mana boley kan.. ishk, x elok tue


7. If she become your lover, thing she had to improve will be...
... impossible


8. If she become your enemies, you will
... x nak la bermusuh ngn orang

9. If she become your enemies, maybe because of
... x der nya lah

10. The most desired thing you want to do for him/her now is:
... nak jumpa n borak2


11. Your overall impression of him/her is:
... dia ramah sgt


12. How you think people around you will feel about you?:
... smile...

13. The characters you love of yourself are:
... manja


14. On the contrary, the characters you hate yourself are:
... cepat tension


15. The most ideal person you want to be is:
... seorang yang boley berkongsi apa sj


16. For people that care and like you, say something to them:
... thanks a lot coz like me n care bout me... I LOVE U all.

17. Pass this quiz to 10 persons that you wished to know how they feel about you :

malas nak pas lah... coz dah lama irni tag, baru nak wat... dah expired uhuhuhu


18. Who is no.6 having relationship with?
... NO


19. Is no.9 a male or female:
... pempuan


20. What is no.2 studying about?
... don't know

21. When was the last time you had a chat with no.3?
... blog jer


22. What kind of music band does no.8 like?
... ntah


23. Does no.1 have any siblings?
... yup


24. Will you woo no.3?
... no


25. How about no.7?
... no


26. Is no.4 single?
... single but not available


27. What is the surname of no.5?
... j


28. What’s the hobby of no.4?
... surfing


29. Does no.5 and 9 get along well?
... ntah


30. Where is no.2 studying at?
... ntah

31. Talk something casually about no.1:
... so sweet


32. Have you tried developing feelings for no.8?
... nop

33. Where does no.9 live at?
... kdh


34. What colour does no.4 like?
... blue


35. Are no.5 and 1 best friend?
... nop


There’s No 36 to 39...memang takder

40. Does no.1 have any pets?
... nop

41. Is no.7 the sexiest person in the world?
... Maybe..

42. What is no. 10 doing now?
...rumah kot

Wednesday, January 7, 2009

Kelebihan berpuasa Hari Asyura (10 Muharam)

Kalau korg sedar, ari ni 7 jan 2009 bersamaan dengan 10 Muharam 1430H... Maknanya hari ni hari asyura...Dalam bulan Muharram hari yang paling bertuah ialah hari ke-10. Pada hari ni kita disunatkan berpuasa.

Malah dalam mazhab Imam Hanafi puasa hari ke-10 dalam bulan Muharram ini adalah satu-satunya fardhu puasa yang pertama sebelum difardhukan puasa bulan Ramadhan.

Hadith daripada Aisyah: "Sesiapa ingin berpuasa (sunat 10 Muharram) maka bolehlah dia berpuasa. Dan sesiapa yang tak ingin berpuasa maka boleh dia tinggalkan". Hadith riwayat Bukhari dan Muslim.

Malah dalam sebuah hadith riwayat Muslim Nabi berpuasa pada 10 Muharram kerana pada hari tersebut diselamatkan Nabi Musa a.s daripada lemas dan juga daripada buruan Firaun.

KELEBIHAN PUASA ASYURA'

Baginda bersabda: "Berpuasa sunat pada 10 Muharram akan menghapuskan dosa setahun sebelumnya". Riwayat Muslim.
Dari Ibnu Abbas r.a berkata Rasulullah S.A.W bersabda : " Sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka Allah S.W.T akan memberi kepadanya pahala 10,000 malaikat dan sesiapa yang berpuasa pada hari Aasyura (10 Muharram) maka akan diberi pahala 10,000 orang berhaji dan berumrah, dan 10,000 pahala orang mati syahid, dan barang siapa yang mengusap kepala anak-anak yatim pada hari tersebut maka Allah S.W.T akan menaikkan dengan setiap rambut satu darjat. Dan sesiapa yang memberi makan kepada orang yang berbuka puasa pada orang mukmin pada hari Aasyura, maka seolah-olah dia memberi makan pada seluruh ummat Rasulullah S.A.W yang berbuka puasa dan mengenyangkan perut mereka."

Lalu para sahabat bertanya Rasulullah S.A.W : " Ya Rasulullah S.A.W, adakah Allah telah melebihkan hari Aasyura daripada hari-hari lain?". Maka berkata Rasulullah S.A.W : " Ya, memang benar, Allah Taala menjadikan langit dan bumi pada hari Aasyura, menjadikan laut pada hari Aasyura, menjadikan bukit-bukit pada hari Aasyura, menjadikan Nabi Adam dan juga Hawa pada hari Aasyura, lahirnya Nabi Ibrahim juga pada hari Aasyura, dan Allah S.W.T menyelamatkan Nabi Ibrahim dari api juga pada hari Aasyura, Allah S.W.T menenggelamkan Fir'aun pada hari Aasyura, menyembuhkan penyakit Nabi Ayyub a.s pada hari Aasyura, Allah S.W.T menerima taubat Nabi Adam pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengampunkan dosa Nabi Daud pada hari Aasyura, Allah S.W.T mengembalikan kerajaan Nabi Sulaiman juga pada hari Aasyura, dan akan terjadi hari kiamat itu juga pada hari Aasyura !".

BEZAKAN PUASA DENGAN ORANG YAHUDI

Oleh kerana orang Yahudi juga berpuasa pada 10 Muharram maka disunatkan umat Islam berpuasa sejak 9 Muharram lagi bagi membezakan dengan puasa orang Yahudi. Hadith ini dikhabarkan oleh Ibnu Abbas dalam sebuah hadith riwayat Muslim dan Abu Daud.

Atau kalau tidak dapat dikerjakan pada 9 Muharram maka boleh juga digandingkan 10 Muharram dengan 11 Muharram.

SEJARAH 10 MUHARRAM

Imam al-Ghazali menyebut dalam kitabnya Mukha syafatul Qulub bahawa pada tarikh tersebut:

(1) Terbunuhnya Sayyidina Hussain (cucu Nabi) di Karbala'.
(2) Diterima taubat Nabi Adam a.s.
(3) Dicipta Adam a.s.
(4) Dimasukkan Adam a.s ke dalam syurga.
(5) Dicipta arasy, Kursi, langit, matahari, bulan, bintang-bintang.
(6) Dilahirkan Nabi Ibrahim a.s.
(7) Selamat Nabi Ibrahin daripada api Namrud.
(8) Selamat Musa dan pengikutnya.
(9) Lemas Firaun.
(10) Dilahirkan Nabi Isa a.s.
(11) Diangkat Nabi Isa kelangit.
(12) Diangkat Nabi Idris ke langit.
(13) Mendaratnya kapal Nabi Nuh dengan selamat di atas bukit Judy.
(14) Nabi Sulaiman diberi kerajaan yang besar.
(15) Dikeluarkan Nabi Yunus dari perut ikan Nun.
(16) Nabi Ya'kub dapat melihat kembali selepas daripada menjadi buta.
(17) Dikeluarkan Nabi Yusuf daripada telaga buta.
(18) Disembuhkan Nabi Ayyub daripada penyakitnya.
(19) Hujan yang pertama turun dari langit kebumi.

Semoga dengan sedikit info ini akan mengerakkan lagi hati kita untuk terus beramal kepadaNya walaupun di keadaan yang sibuk dengan sebarang urusan sekalipun... Wallahu A'lam...
" Ballighu anni walau ayah ", maksudnya: sampaikanlah kepadaku walau satu ayat...(sayyidina Ali r.a). Sebarkan.

Petua anak pintar

Petua ni aku amik dari isu hangat.. sapa nk try boley la... aku nk try jgk.. insyAllah adam makin pintar nanti.

PETUA ORANG2 TUA

1.setiap malam apabila anak tidur hendaklah kita wiridkan Ya Latif ke umbun2 kepalanya sebanyak yg mungkin atau memadai 100 kali.

2.membaca surah al fatehah 1 kali, alam nasyrah 1 kali

3.bercakap-cakaplah dengan anak ketika dia sedang tidur dengan menyeru kepada nama penuhnya berbinkan atau berbintikan kepada kita sebagai ibu kandung mereka. percakapan itu hendaklah berupa nasihat, pujian dan berceritalah tentang perasaan kasih sayang kerana sesungguhnya percakapan kita kepada anak yg sedang tidur itu sangatlah bekesan kepada jiwa dan rohnya.

4.apabila kita sedang berbual-bual dengan anak sewaktu dia sedang tidur kita akan lihat matanya bergerak-gerak, walaupun dia sedang tidur.

5.ayah dan ibu hendaklah selalu menyapu air lebihan wuduk yang ada pada kita misalnya air yang masih basah di tangan ke muka dan umbun-umbun anak.

Tuesday, January 6, 2009

peringatan utk diri sendiri & kengkawan sume

Perkara-perkara yang membuat kita hilang ingatan dan tumpul minda

Perkara-perkara yang x boleh diamalkan
:

Kurangkan makan bawang besar

Kurangkan makan berempah

Kurangkan makan ketumbar kering

Kurangkan menonton hiburan

Kurangkan membaca majalah hiburan

Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak

Kurangkan minuman air batu,air dalam tin(100 plus dan lain2)

Kurangkan makan organ dalaman ayam terutamanya kanak2

Jangan makan kepala ikan

Jangan minum air yang ada semut

Jangan tidur selepas subuh

Jangan tidur selepas asar

Jangan tidur selepas makan

Jangan makan terlalu kenyang

Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam

Jangan menyapu rumah pada waktu malam

Jangan makan yang masam-masam berlebihan

Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan

Jangan minum susu selepas memakan daging/ayam

Perkara-perkara yang perlu diamalkan:

Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain2

Selalu makan makanan yang panas2

Selalu memakan kekacang seperti kacang soya @ badam dan lain2

Selalu minum air masak

Selalu makan ulam2

Selalu mengamalkan pandangan hijau

Selalu bersenam

Selau menggunakan imaginasi otak

Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum/soya

Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan/pantai(yang mempunyai pokok) kerana disitulah terdapat banyak ion2 negetif dan cahaya matahari infra merah (terutama pada waktu pagi) yang amat diperlukan oleh tubuh badan,kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai % yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit

Jangan ego

Jangan dengki pada orang lain

Jangan makan dari sumber yang tidak halal

Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal

Jangan makan makanan yang ada pewarna

Jangan makan makanan yang ada pengawet

Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali

Jangan mandi selepas 9.00malam

......dan yang paling penting dibawah ini........

selamat beramal.....

Jangan sengaja lewatkan solat.
Perbuatan ini Allah tidak suka.
Kalau tertidur lain cerita.

Sunday, January 4, 2009

palestine..


Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini



Dapatkan Mesej Bergambar di Sini

adam setahun....



kalau kuar mkn suke duduk atas meja..




nk masa kt klinik... dalam x chat nie, tetap xtif gitu...


jumpa la apa pun, bila kita kater 'hello' terus letak kt telinga... mcm ye ye je...

adam dah setahun dah.... rasa cam baru jer kawen, preknen n b'salin.... ishk3... dah beso rupanyer anak teruna aku nie... dah boley adik ker? eh, lom lagi la... bagi dier beso sket dulu.. kasi can la ibu dia rehat jap.... alah ngandung dulu pun rasa x abis g.... uhuuhuh teruk wooo..
pas ni la aku wat n3 semasa ngandung lak... sajer nak kongsi pengalaman... boley kan?

Saturday, January 3, 2009

tali pinggang keledar...



bab ni kan.. aku antara org yg paling malas sekali ehehe bukan apa, aku rasa rimas yang amat sangat bila pakai tali pinggang keledar nie... x tau la napenya.. (ampun ya pak polisi... jgn di saman gue)....
tp, uols mgkn x macam aku kan..... bab nie jer yang aku malas ikut (yg lain pun macam sama jer ehhe)...)
tapikan, tahun ni kan aku tetiba jer jadi baik... dgn x semena2 nya aku p keja pakai tali pinggang keledar.. nk kata azam tahun baru, rasanya x derla pulak aku tanam azam lagi eheh ye la, azam tahun lepas pun ada x belum kutunaikan lagi... abis tu? erm, bak kata nabil 'lu pikir la sendiri' eheheh jgn mare..

:: SaHaBaT cAuLaLa ::