:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Tuesday, March 31, 2009

banyak keletah

adam muqri sekarang ni makin banyak beno keletahnya.... sukee jer tgk.... ari minggu ritu balik kg... kalau balik kg, kepulangan adam muqri mmg di nanti2 kan... sume sukee... x berenti seminit dia... yg bestnyer aku boley rilexs.. uhuhu i likes.. ehehhe... kira, dari pagi sampai tgh malam ada jer yg melayan...
mak cik aku lak rajin bw ronda2 naik motor pusing kg.. adam mmg sukee bgt... yg x tahannya bila balik rumah semula... mula2 dia nak merengek.. tue yg buat aku ponat.. tp, senang jer nak pujuk... buka astro oasis, indahnya iman... time zikir tue... confirm dia x gerak mana... lagi sati iklan, melekat la dia kat c2... kita buka pintu ke, amik kunci keta ker, wat la apa pun dia wat dek jer... gigi dah tumbuh banyak.....
apa saja yg kita cakap sume dia paham... nak mkn angkat tgn baca doa dulu..
ptg2 jer msti nak kuar... kalau kawan nak ngn budak beso2 jer...
malam x dernya tido awai.. paling awai kul 12... ponat wooo... tp best tgk perkembangan dia...

sudah 3 bulan

Perkembangan Bayi Dari Bulan Pertama Sehinggalah Bulan Yang Kesembilan

(Minggu pertama hingga minggu ke 16)

Pada usia kehamilan kita seminggu iaitu setelah 8 hari selepas proses persenyawaan berlaku, blastocyst (kini mengandungi 200 sel) merembeskan mukus untuk memberitahu kehadirannya di dalam rahim.
Masuk minggu ke-2, blastocyst menggelembung dan sel-sel mula berkembang dan terbahagi kira-kira 2 kali sehari sehinggalah pada hari yang ke 12 jumlahnya telah bertambah dan membantu blastocyst terpaut atau disauh dengan kukuh pada endometrium.
Kemudian masuk minggu ke-3 selepas proses persenyawaan berlaku, saiz embrio terbentuk dan saiznya hanyalah sepanjang 0.08 inci/2 mm. Gen janin mula hendak membentuk dalam 3 lapisan benih(sel) daripada organ badan yang akan bergabung. Pada minggu ke-4 berikutnya, janin kita sudah mulai membentuk struktur asas manusia dimana sel-sel mula bergabung dan pada masa itu embrio sudah mulai memanjang kira-kira 1/4 inci / 6 mm.Pada masa ini sudah kelihatan pembentukan otak dan tulang belakang serta anggota lain seperti jantung yang mengepam darah ke paru-paru dan aorta (urat besar yang membawa darah daripada jantung).
Embrio akan terus membesar sehingga pada minggu ke-5 didapati terdapat 3 lapisan iaitu ectoderm, mesoderm dan dan endoderm. Ectoderm adalah lapisan yang paling atas. Ianya akan membentuk sistem saraf pada janin tersebut yang seterusnya membentuk otak, tulang belakang, kulit serta rambut. Manakala lapisan mesoderm pula yang berada pada lapisan tengah akan membentuk organ penting yang asas iaitu jantung, buah pinggang, tulang dan organ reproduktif.
Selain itu, kita perlu tahu bahawa dalam pembentukkan janin ini, sistem peredaran darah adalah yang pertama terbentuk dan berfungsi. Akhir sekali ialah lapisan endoderm iaitu lapisan paling dalam yang akan membentuk organ dalaman seperti usus, hati, pankreas dan pundi kencing.
Kalau kita gambarkan saiz janin 6 mm itu hanyalah sebesar biji tembikai sahaja.
Pada minggu ke-6, sekiranya pemeriksaan secara ultrasound dilakukan, kita akan dapat melihat janin sudah membentuk kepada dan badan. Biasanya getaran jantungnya juga sudah dapat dikesan.
Setelah usia janin minggu ke-7, bentuk bayi semakin jelas terbentuk. Kepala bayi seolah-olah tertunduk dan berada dalam cecair ~ air ketuban atau amnotic sac yang akan memberikan keperluan tumbesaran bayi semasa dalam kandungan.
Untuk pengetahuan, pada usia kandungan kita minggu ke-8, rupa bayi sudah mulai terbentuk antaranya pembentukan lubang hidung, bibir, mulut serta lidah. Matanya juga sudah kelihatan berada di bawah membran kulit yang nipis. Pada masa ini juga anggota tangan serta kaki juga terbentuk walaupun tidak berapa jelas lagi.
Saiz bayi pada usia minggu ke-9 hanyalah sebesar sebiji anggur iaitu dalam saiz seinci. Pembentukan telinga sudah kelihatan pada masa ini. Dan yang paling mengembirakan bagi bakal ibu ialah pada saat inilah bayi kita sudah mulai mengerakkan anggota badannya. (Sudah boleh menggerakkan jejari tangan manakala jejari kakinya masih bercantum).
Pada usianya masuk minggu ke-10, bayi kita sudah kelihatan seperti manusia yang lengkap. Pada minggu ini, payu dara puan akan sedikit membengkak kerana terdapat cecair oestrogen dan progesterone sebagai persediaan untuk menyusukan bayi kelak.
Pada usia kehamilan minggu pertama - minggu ke 10, ibu yang hamil amat memerlukan zat besi. Dengan zat besi tersebut ianya dapat membantu ibu hamil untuk menghilangkan rasa loya, muntah-muntah serta alahan. Dengan zat besi yang mudah hadam juga dapat membantu tumbesaran janin. Antara sindromyang dapat dicegah atau dikurangkan dengan pengambilan zat besi ini ialah dapat mencegah demam, batuk, selsema,sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain lagi. Paling penting ia juga turut membantu melancarkan aliran darah dan mencegah daripada masalah urat bersimpul di betis dan kaki serta menghilangkan letih dan lesu.
Pada usia kehamilan masuk minggu ke-11, bayi dalam kandungan akan mulai suatu proses pertumbuhan yang pesat dan mula mengangkat kepala ke atas jauh daripada dadanya. Alat kelamin luar pula mula terbentuk tetapi masih kecil sehingga sukar untuk melihat jantinanya samada lelaki atau perempuan semasa membuat imbasan.
Jadi menjelang minggu ke-12 iaitu usia kehamilan 3 bulan, kebanyakan wanita akan mula kelihatan tanda-tanda fizikal tentang kehamilannya. Sekarang bayi akan membesar dengan cepat. Saiz bayi dalam kandungan akan bertambah beberapa milimeter setiap hari. Wajahnya juga semakin jelas.
Jari jemari kaki dan tangan mula terbentuk termasuk telinga dan kelopak mata. Berat bayi pada masa ini adalah kira-kira satu aun (28g) dan panjangnya dalam 8 cm.
Risiko keguguran berkurangan pada minggu ke-12 kerana bayi semakin kukuh kedudukannya. Pada masa ini bayi dah boleh menguap, menggeliat, memusing badan tetapi kerana saiznya yang masih kecil kita tidak akan dapat merasakan sebarang pergerakan.
Minggu ke-13, kepala bayi membesar dengan lebih cepat daripada yang lain-lain. Badannya juga semakin membesar untuk mengejar tumbesaran kepala. Berat bayi kita kini boleh mencecah kira-kira 30g. Kuku kaki dan tangan juga mula tumbuh. Pada masa ini puan mungkin akan mengalami perubahan ketara akibat perubahan hormon yang berlaku dalam badan. Sebagai contoh rembesan minyak menyebabkan wajah kita berbintik-bintik. Kita perlu banyak meminum air suam/masak serta membersihkan muka sekurang-kurangnya 2-3 kali sehari.
Masuk minggu ke-14 degupan jantung bayi akan semakin kuat dan kita sudah boleh mendengarnya melalui ujian imbasan. Lajunya adalah 2 kali ganda kelajuan jantung kita. Pada masa ini bayi kelihatan kurus kerana belum terdapat lapisan lemak. Kulitnya juga sangat nipis sehingga kita dapat melihat saluran darahnya. Pada tahap ini juga biasanya ibu hamil akan mengalami masalah sembelit kerana pergerakan usus cenderung diperlahankan semasa hamil. Jadi elakkan daripada memakai pakaian yang ketat atau sendat agar puan-puan berada dalam keadaan yang selesa.
Minggu seterusnya iaitu minggu ke-15, bayi kita sudah mampu menggenggam tangannya dan menghisap ibu jari. Kelopak matanya masih tertutup dan akan terus kekal sedemikian sehingga minggu ke-26. Walaupun begitu bayi boleh mengetahui perubahan cahaya ketika ini. Bayi kita juga sudah boleh menelan. Puan akan merasa perubahan ketara kerana garis pinggang kita akan mengembang dan jantung mula berdegup 20% lebih pantas kerana isipadu darah mengalir dalam badan telah meningkat.
Jadi banyakkan senaman ringkas atau puan juga boleh melakukan aktiviti berenang untuk meringankan simptom kehamilan dan menyediakan stamina manjadi lebih kuat ketika proses kelahiran kelak.
Minggu ke-16. Kehamilan puan kini sudah hampir 4 bulan. Pada masa ini badan kita perlu senantiasa sihat dan bertenaga. Bayi kita telah terbentuk sepenuhnya dan perlu diberikan nutrien yang secukupnya oleh plasenta. Bayi kita mula menerima nutrien dari plasenta sejak minggu ke-14. Kini bayi dalam kandungan telah mempunyai tulang yang kuat dan dia juga sudah boleh mendengar bunyi-bunyian untuk pertama kali.




thanks cik' dazz

td, aku lalu kat blog cik dazz... cik dazz suwuh amik nie... thanks ya cik dazz... nanti kiter lalu lagik. eheheh

geramnyer haku...

eeeeeeeeeee, geramnya haku.... kenapa la org ciptakan rokok? geram toi aku.... ari 2 kena hidu asap rokok... aku dah la x tahan ngn bau dia... mujur my hubby x smoking....

owg peknen mana leh hidu asap rokok kan! kan! kan!..... dari pagi td aku asyik muntah jer.. tah tahan tau uols... pening, sakit perut sume ada... ni yg wat aku malas mai keje nie.... isap rokok non-stop tau... lepas sebatang sebatang uwaaaaa tensen guwe mcm nie.....

dah tue bkn boley tegur.... nak isap2 la tp, tolong la hormati org lain.. ni opis krjn, bukan rumah bapak dorg.... aku betul2 hangin 1 badan nie.... rasa cam nak amik cuti jer....


sedikit info kepada perokok di luar sana:




Racun pada Rokok
Rokok mengandung kurang lebih 4000 elemen-elemen, dan setidaknya 200 diantaranya dinyatakan berbahaya bagi kesehatan. Racun utama pada rokok adalah tar, nikotin, dan karbon monoksida.
Tar adalah substansi hidrokarbon yang bersifat lengket dan menempel pada paru-paru.
Nikotin adalah zat adiktif yang mempengaruhi syaraf dan peredaran darah. Zat ini bersifat karsinogen, dan mampu memberi
kanser paru-paru yang mematikan.
Karbon monoksida adalah zat yang mengikat hemoglobin dalam darah, membuat darah tidak mampu mengikat oksigen.




Efek Racun
Efek racun pada rokok ini membuat pengisap asap rokok mengalami resiko (dibanding yang tidak mengisap asap rokok):
14x menderita kanker paru-paru, mulut, dan tenggorokan
4x menderita kanker esophagus
2x kanker kandung kemih
2x serangan jantung
Rokok juga meningkatkan resiko kefatalan bagi penderita pneumonia dan gagal jantung, serta tekanan darah tinggi.


pesanan aku:
nak merokok pun tolong la hormati org sekeliling.... hargailah nyawa kami nie....

Thursday, March 19, 2009

boing boling boling....

esok, 20.03.2009 aku ada kursus motivasi kat kepong.. ari sabtu 21.03.2009 lak aku ada lawan boling kat KL, sempena Hari Perhutanan Sedunia... wah, preggy2 pun sempat lagi main boling, jgn terkezut tau..... sblm main rasa x larat sgt, bila dah stat baling x hingat nak stop dah ha.... ehehehehhe

so far, keadaan aku ok w'pun kekadang ko... rugi lak x main w'pun hakikat sebenarnya aku buka pandai main pun kui kui kui..... dah pegawai letak nama, p jer la... g pun bukan senang nak dapat peluang cam ni kan kan kan.... (eleh dah suker).... dah la baru2 ni aku cancel p bandung... uhuhuhu rasa nyesal lak... bkn apa tkt alah teruk kat cni... x per la, lain x boley p lagi (ayat memujuk diri sendiri)......

aku x target utk menang pun, baling pun masuk longkang jer uhuuhu malu lah.... juz nak amik xperiance jer.... dalam masa seminggu jer nak training, mana sempat kan uols.. juz 4 fun okey la.... tok guru aku of cos la my hubby.... thanks dear.... bertungkus lumus dia ngajo aku jer yg lembap ehehehe... tp, ttp ada improvement... ok la tue... lain la kalau mcm my hubby, main sokmo

masa training x amik gambor pun... makin malas bergambo skrg nie. ehehehe
daaa

Tuesday, March 17, 2009

Lahirnya Syed Adam Muqri

ikut scan aku due 08.01.2008.... ikut period aku due 24.12.2007.... aku pun confuse nak ikut yg mana 1.... kali ni dua-dua sama 10.10.2009.... dua minggu sebelum due aku p klinik pakar coz kat klinik kerajaan aku mcm confuse jer.... bila aku tnya nurse ckp ok, tunggu sakit p hospital.. doc pun x jumpa.... isk, dah la anak sulung, pelik aku... lastly, aku bincang ngn hubby p check kt klinik pakar lak senang... 2 minggu sblm due (24.12.2007) aku ngn hubby pun p... doc suruh mai lain next week, nak check jantung baby.... 19.12.20007 aku p check n amik darah utk check hepatitis B, alhamdulillah sume ok.... (stat perut 8 aku ngidam ayaq nyoq (kelapa) jer.... tipa2 ari mesti minum....) doc kata dah buka 2 cm. aik terkezut aku.. aku x rasa apa pun... doc kata dah ada kontraksi cume aku x rasa lagi... x betul2 kuat.... masa kat labour room utk check jantung aku hampir2 pitam.... graf jadi turun naik turun naik... baby x xtif... takut maa... bila doc mai, aku kata aku x leh tdo telentang, aku kena mengiring... pasa mengiring baru bby xtif n graf normal balik.. fuh lega....
pas tu doc suruh mai lain 21.12.2007... masa ni dah 3cm.... uols tau apa doc tue kata... "u dah boley bersalin dah.. u buka tp, x sakit... tkt nanti u x sempay mai.... u mau bersalin bila?? besok ka lusa??".... uii, iar betoi doc ni... x kan nak bersalin dah.... siap boley pilih tarikh lak tue... aku x rasa apa pun.. iskh takut pun ada...
doc tu kata betoi la ni, u nak bersalin bila.... x kan esok kot cepat sgt, lusa lah.... confirm lusa 23.12.2007..... balik rumah x lenaa aku tdo... atkut maa...
pagi 23.12.2007 tok aku dah nangis2 dah... x sakit p bersalin wat pa dia kata....
samapi kmc aku terus masuk wad. aku masuk labour room kul 10.30 pagi.... lama toi kat ctu... x sakit menda2 pun... bosan gler... kena tambah air.... family aku punye ramai.. pas sorg2 masuk... nasib la swasta, kalau kerajaan maunya kena halau ehehhe....
masa kat wad ad cina sebelah katil aku nie. mak aku p sembang ngn dia then citer kt aku... mak aku kata cina tu senang jer, dia pun x sakit, mai bersalin.... pas tolak p labour room doc tambah air then sat jer bersalin la.... lega sket aku dengar.....
sampai kul 2 x der tanda2 lagi.... air dah byk tambah... dah banyak suara baby aku dengar, aku ya idok jugak....
kul 3 lbh doc pecah ketuban tp still x sakit... kul 4.30 baru aku rasa sakit.... tp, lama2 sekali... mmg sakit.....
sampai la kul 6.30 aku sakit x tahan sangat dah... nurse tu kata baru 4cm.. biar betoi nurse nie... aku sakit giler dah..... tak kan baru 4cm... dalam kul 7 doc mai, doc kata dah 8 dah... eee, hampeh toi nurse nie.... senyum jer doc tue sambil kata 'dia dah nak bersalin dah dah".... kudrat aku dah x der.... tp, bila igt cina tue senang jer bersalin, aku jadi semangat balik ehehhe...
kul 7.35 aku selamat melahirkan syed adam muqri... seberat 3.2 kilo... rasa hilang sume sakit2....
pengalaman yg x boley di jual beli...
insaf lak, cam ni la susahnya ibu kiter masa bersalin kat kita dulu uhhuhuh
-I LOVE U MOM-






kenanga peknen adam

adus.... macam penat jer ehehe... peknen kali ni aku malas toi nak keje... kalau boley nak relaks je eheheh (boley ek cam tue)... hingat anak rajo ko apo... kui kui kui... kul 10 td p kmc, sekali doc x der plak.. kul 3 ptg karang baru ada.. adoi, ptg nie kena p lain..

time peknen ni tingat lak masa peknen kt adam dulu.... kalau igt masa peknen n bersalin ritu rasa mcm x nak bersalin dah... takut... sakit tue, Allah saja yg mengetahui... nak citer x tau camna, sapa2 yg alami jer yg tau... kan kan kan...

masa peknen adam dulu aku mmg alah teruk... keje ni boley bilang jer brp ari mai... kalau mai pun tido dalam blk rehat jer...
aku stat alah stat dapat tau aku peknen... pagi2 apapun x leh makan.... makan jer confirm muntah... samapai hijau lak tu (eee, x senonoh)... tp, betul... teruk sgt... nak bangun pun susah.. hampir2 masuk wad tambah air... badan dah lembik macam kain buruk.... bau org masak x leh, bau shampoo x leh... sume bau la x leh... tgk lauk banyak sket pun x boley.... nasi mmg x lalu langsung tp perut asyik lapar jer..... awal peknen aku suke laksa n bihun sup.. masuk 3 bulan sebut laksa n bihun sup pun aku dah muntah.... susu pun x lalu... yg aku suke mkn chicken chop n shark fin soup.... (ngada2 tui). ehehehe

mmg itu hakikatnya pun.... jalan sket jer nak pitam...

kenangan peknen adam.

1. satu hari tue aku lapar sgt, aku turun p kedai cari makanan, tgk lauk penya banyk terus rs nak muntah... dah tue nak pitam lak... kena call akak ofis mai amik aku ngn keta, aku dah x leh jalan dah ehehe.

2. Masa g kuliah aku rasa x tahan sgt nak muntah, samapi kat pintu toilet jet terus muntah... abis sume... nasib ler masa tue x der org, cpt2 aku cari paip n mop sume.. mcm mak cik cleaner lak aku...

3. masa g klinik , aku kena minum air gula coz my father ada diabetes.. mlm tue kena posa... dah la ramai org... aku minum jer terus muntah.. banyak tau nak kena minum... mana tahan. dah la tunggu lama, perut kosong lak. masa nak masuk toilet aku pitam... malu giler... nurse2 kat c2 usung aku... glamer aku ritu... aku gak, hikmah dia doc check aku dulu n aku boley balik awai eheheh

4. perut 8 bulan baru aku x leh pakai baju kurung.. perut 8 baru org tnya ku peknen ker? padahal dah nak bersalin dah pun.... perut mmg kecik... start 8 cepat lak dia membeso....
p klinik doc kata kulit perut aku nipis baby beso... mmg pun adam lahir 3.2 kilo... kategori beso la kan....

5. masa perut 8 tu aku ada rasa sakit2, tp x tau sakit coz x der pnglaman kan... tok aku kata aku nak bersalin dah.. terkezut aku... x kan 8 bulan kot... dah la barg baby 1 apa pun x beli lagi.. mmg gelabah.. p klinik cpt2 doc kata belum lagi daa. eheheh pas tu, keesokkannya terus aku ngn hubby p shopping ehehhe takut emergency...

Monday, March 16, 2009

wanita

Baca boleh,percaya jangan..
Yang mana menggambarkan diri anda ?....

WANITA TANAH
Wanita tanah dilahirkan di bawah zodiak Taurus(21 April-20Mei) , Virgo(24Ogos- 23 September) dan Capricon(22 Disember-20 Januari).
*seorang yang boleh dijangka, berwibawa dan praktikal.
*Penyabar dan bertolak ansur, mempunyai kehendak dalaman dari segi emosi dan material.
*Semangat produktif dan gigih yang disertai dengan sikap berhati-hati menjadikan wanita tanah berkemampuan mencapai kejayaan dalam perniagaan.
*Kebijaksanaan dan kepintaran yang diperolehi sering tersembunyi oleh air muka semulajadi yang pendiam dan tenang.
*Sifat marah yang terkawal serta keperluan untuk keteguhan dan kawalan sering terbawa-bawa dalam perhubungan yang amat konservatif, serius dan sederhana.
*Tidak mudah menunjukkan sifat penyayang tetapi wanita tanah adalah seorang kekasih yang setia dan berwibawa.

WANITA API
Wanita api dilahirkan di bawah lambang Aries(21 Mac-20 April), Leo(24 Julai-23 Ogos) dan Sagittarius( 23 November-21 Disember).
*Dilahirkan sebagai pemimpin
*Mempunyai kekuatan diri dan biasanya enggan menerima pendapat orang lain walaupun ianya benar.
*Seorang yang artistik dan sukar dijangka, tetapi biasanya romantis dan tidak pemalu.
*Mempunyai personaliti suka menguasai dan mendominasi tetapi boleh mengimbangi sifat-sifat ini dengan sikap yang pemurah, mesra dan menunjukkan sifat yang mendalam terhadap sesuatu yang disukainya.
*Suka berterus terang dan tidak berselindung menyebabkan orang yang dikasihi mersa sedih dan terhiris.
*Jujur dan mahu hubungan peribadi berjalan dengan lancar. Wanita api harus diberikan ruang yang cukup luas untuk menjadikan perhubungan itu terus berkesan.
*Tidak keberatan untuk beralih arah jika berasa tertekan.

WANITA ANGIN
Mereka ini lahir di bawah lambang Gemini(22 Mei-21 Jun), Libra(24 September-23 Oktober) dan Aquarius(21 Januari-19 Februari).
*Berterus terang, berminda aktif dan gemar mencari kepelbagaian dalam setiap aspek kehidupan.
*Berfikiran terbuka, mempunyai daya imaginasi dan inovatif, bagi mereka segalanya boleh dicapai.
*Bergaya, tenang dan tidak cerewet serta mempunyai keinginan semulajadi untuk mengamalkan sikap diplomasi dan saling bekerjasama bersungguh-sungguh.
*Sanggup mengorbankan kehendak atau idea mereka sendiri demi mencapai keharmonian dan mengelakkan perselisihan atau konflik.
*sentiasa gigih untuk mendapatkan cinta yang terunggul, untuk berkonfrantasi.
*Kurang cenderung untuk menyampaikan perasaan sebenar yang terpendam dalam hati mereka.
*Dikenali dan diingati kerana sifat romantis dan manja.

WANITA AIR
Wanita air terdiri daripada mereka yang lahir di bawah zodiak Cancer(22 Jun-23 Julai), Scorpio(24 Oktober-22 November) dan Pisces(20 Februari-20 Mac).
*Mempunyai sifat semulajadi untuk berkembang maju.
*Mereka ini dipandu oleh perasaan hati dan mempunyai sifat mudah bersimpati, berdaya imaginatif, sentimental, mempunyai perasaan yang berubah-ubah dan berhati-hati.
*Tenang dan mudah tersentuh oleh emosi orang-orang yang berada disekeliling dan cepat mengeluarkan air mata dalam sebarang situasi yang menyedihkan.
*Mudah mengikut rentak emosi orang lain dan juga diri sendiri

jangan merungut

1. utk suami/isteri yg tidur berdengkur di waktu malam,
krn beliau tidur disisi kita bukan dengan orang lain.

2. utk anak/adik perempuan kita yg mengomel apabila mencuci pinggan,
krn itu bermakna dia berada di rumah, bukan di jalanan berpeleseran.

3. utk cukai pendapatan yg kita kena bayar,
krn itu bermakna kita masih mempunyai pekerjaan.

4. utk pakaian kita yang dah tak muat,
krn itu bermakna kita cukup makan.

5. utk lantai yg perlu dimop, tingkap yg perlu dilap dan rumah yg perludikemas ,
krn itu bermakna kita mempunyai tempat tinggal.

6. utk bunyi bising jiran²,
krn itu bermakna kita masih lagi boleh mendengar.

7. utk timbunan pakaian yg perlu dicuci/digosok,
krn itu bermakna kita ada pakaian untuk dipakai.

8. utk keletihan/kesakitan otot selepas seharian bekerja,
krn itu bermakna kita masih berupaya utk kerja kuat.

9. utk tempat letak kereta yg jauh drpd lif,
krn itu bermakna kita masihberupaya utk berjalan.

10. utk jam loceng yg berdering pd waktu pagi,
krn itu bermakna kita masih hidup untuk meneruskan hari tersebut...

"Jika tak dapat apa yang kita suka, belajarlah menyukai apa yang kita dapat...dan bersyukurlah dengan apa yang kita ada"
mc dah lama jer x update blog aku nie.... sampai berabuk n bersawang dah ha.... spider pun ada. ehehe....
xtually, aku x der mood nak update... n3 banyak nak wat tp, malas... kalau online pun, aku juz terjah blog member2... nak update sendiri punye, malaeih la hai....
yg bebenornya, aku skrg ni tgh peknen ank ke-2... tue yg malas nak ngadap pc tue.... badan asyik letih jer..... balik kejer ja terbungkam..
tp, alhamdulillah, peknen kali nie aku x teruk sgt macam peknen kat adam dulu.... cuma aku cepat letih, suka sesak nafas n senang nak pitam.....

adam lak semakin lasak sekarg nie.... penat maa...
baru sket dah mcm malas jer.... nanti la aku sambung......
k, adios...

Thursday, March 12, 2009

OK, uols sume dah habis fikir dan buat keputusan?
Nak tahu apakah fakta terselindung disebalik jawapan yang anda berikan?
Baik, mari kita semak jawapan anda...
apakah ciri/sifat/perkara yang anda utama dan pentingkan dalam memilih pasangan anda.*

*Kalau anda memilih untuk menutup air medidih :
menandakan anda mementingkan keselamatan dan kebolehan 'si dia' untuk membimbing anda.

*Kalau anda memilih untuk menutup pili air yang melimpah di bilik air :
menandakan anda mementingkan kekayaan,wang ringgit dan harta.

* Kalau anda memilih untuk memujuk bayi yang menangis :
menandakan anda mementingkan cinta dan kasih sayang.

* Kalau anda memilih untuk mengangkat telefon yang sedang berbunyi :
menandakan anda mementingkan akhlak, budi bahasa dan perlakuan pasangan anda.

* Kalau anda memilih untuk membuka pintu :
menandakan anda mementingkan rupa paras, fizikal luaran dan personaliti pasangan anda.

Haaa macammana dengan keputusan anda?

hopefully, korg sume berpuas ati le ek...

fikir fikirkan

Saya ada jumpa soalan ni kat isu hangat.... bila tgk2 mcm best jer....
so, sy rasa mcm teruja nak kongsi ngn uols sume....

Nak tahu apa soalan tersebut? ok, sy kongsikan dengan anda. Soalannya mcm nie.

Ada 5 perkara berlaku serentak.

1.Air mendidih kat dapur.
2.Air paip melimpah kat bilik air.
3.Bayi menangis.4
.Telefon berbunyi.
5. Ada orang ketuk pintu.

Kalau anda diberi pilihan, apakah perkara yang anda akan 'settle' kan terlebih dahulu?
Anda dikehendaki untuk susun perkara 1 ~ 5 tersebut mengikut kepentingan dan keutamaan yang anda fikirkan.S
emua perkara tersebut mestilah diselesaikan.Susunlah ikut perkara yang anda rasa lebih penting untuk diselesaikan dahulu.
Bayangkan anda sedang mengalami keadaan seperti itu sekarang.Fikirkan dan timbangkan, apakah perkara yang anda akan selesaikan mengikut keutamaan anda. Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...Fikir...

nanti sy beri jawapan nya ek......

Tuesday, March 3, 2009

bila la sistem nak ok nie.

adusss.... banyaknyer kejer yg nak kena settle... system down lak... dah 2 ari p pej kewangan ngn treasury.... kadangkala, penggunaan IT ni mmg la memudahkan, tp sometimes menyusahkan jugak.... ishk3.. pinin tul... esok dah nak kena submit.... camna ni?

balik lewat? tunggu jer? ishk, sat g tunggu punya tunggu tgk2 system x ok gak cam na? buang masa jugak... uhuhuhu... lepak cni sat la....

meja aku dah macam sarang tikus... ehehe... itu tandanya aku wat kejer ehehe....
nak p check komputer lain lak.....

daaa...

Monday, March 2, 2009

hp baru....

hp aku rosak lagi... eeee tensen betul la... ari tue dah melayang RM 100.00. x sampai 2 bulan jadik hal lagi.... geram toi.. dah la masa rosak tue banyak contacts no hilang.... sangat geram tau uols... ni la hp aku yg tue.... hp nie hubby aku yg bagi sempena 1st anniversary kitorg dulu.. uhuhu ada sentimental value tue.... tu yg syg bangat....
biar la rosak camna pun aku ttp akan simpan hp nie....

masa jalan2 repair laptop kat menara sentosa ritu aku ngn my hubby saja la survey tgk hp... mula dulu plan nak beli pda... pas tue mcm berkenan N95 lak... tp, bila singgah kat satu kedai ni terus terpaut kat nokia express music nie.... so sweet... touch screen... aku satu, my hubby satu... harga kira ok la... RM 1,4....... memory card 8GB.... ni la hp baru ok.. tomey kan... i like it..


ala, pada aku la akn, beli mahal2 sgt pun, 2 3 tahun nanti bila kuar yg baru, nak tukar pulak.... ok la ni kan.. hp lama still okey, cume sometime dia terbalik ehehe..

:: SaHaBaT cAuLaLa ::