:: cLiCk cLiCk ::
:: cLicK cNi ::
Friday, July 31, 2009
: lu pikir la sendiri :
keja kat opis dah last minute baru nak bagi... pas 2 nak cepat lak... banyak cantekkkk..
aku pun ada hal aku jugak.... sempat ka nak siap sume 2 dlm masa sehari???
lu pikir la sendiri....
Thursday, July 30, 2009
: audit audit audit :
banyak giler kejer... final exam lagi..... audit nak mai lak...
adussss, tensen tensen......
mata dah penat ngadap pc nie..
tgn dah lenguh menulis, otak dah pening berfikir...
tekak dah rasa nak muntah tgh nombor jer......
kaki, badan dan lenguh duduk....
helppppppppp....
Wednesday, July 29, 2009
: waduhhh :
dah pening... x tau nak wat yg mana satu....
x menang tangan rasanya...
Tuesday, July 28, 2009
: n3 biasa :
x suker, x suker, x suker...
duduk lama, kaki kejang, jalan lama penat..
uhuhuhuhu letihnya....
kejer byk g ni... utk mesyuarat esok pun lom prepare lagi...
keje lain berlambak... x menang tangan....
betul2 susah nak nafas nie.....
kenapa? apakah?....
: waduh, ngantuk n capek :
penatnya badan... dah 2 3 malam tdoq x cukup nie.... kul 8.30 baru sampai opis.... mujur big boss x der..
esok lak ada meeting, banyak benda nak kena prepare nie...
: shopping brg dapur :
ikut list x sampai 15 items pun, tgk dalam troli berpuluh2 barang kui kui kui... mana taknya, main amik jer..... byk tue pun RM3++... (mahal jugak kan brg skrg nie)... tp, x pa tahan lama...
perut dah berkeroncong.. singgah makan kt jalan langgar.... menu : nasi putih, kerabu sotong, lala masam manis, sayur campur, tomyam campur, ikan sikap 3 rasa, air tembikai, tembikai laici, sirap n air kosong (3 org jer makan nie + adam muqri)... kali nie aku dgn baik hatinya, menawarkan diri utk belanja ehehehe cian kt my hubby (isteri mithali nie chewahhh)..
Sume tue RM55.00 jer... biar betul, murah la... ari tu aku mkn ngn my hubby kat sg kuala, 3 jenis lauk jer RM60.00 lbh... boleh la mai lagi..
p/s: gambar x der..
: bagaimana nak disukai ramai :
*Anda penuh bersemangat dalam menghadapi hidup sehari-hari.
*Anda sentiasa jujur dalam menilai kebaikan-kebaikan orang yang anda temui.
*Anda banyak mengukir senyuman manis yang ikhlas.
*Anda menghargai dan menyanjungi setiap pemberian orang kepada anda.
*Anda mampu bertahan selama berbulan-bulan tanpa meradang dan merengus.
*Anda tidak membebankan orang lain dengan masalah atau tugasan-tugasan anda
*Anda dapat mengingat dengan baik rupa paras dan nama-nama orang.
*Anda dapat melahirkan perasaan tidak puas hati anda dengan sehalus yang mungkin dan tidak menyinggung hati mana-mana pihak.
*Anda tidak mempersendakan dan mempermainkan mana-mana pihak.
*Anda berhati-hati ketika menyampuk atau memotong percakapan orang lain.
*Anda menitikberatkan cara penampilan anda ketika anda bersosial.
*Anda menghindarkan diri daripada mengucapkan kata-kata kesat dalam perbualan anda.
*Anda tidak lokek dalam menghulurkan bantuan kepada orang.
*Anda tidak menyimpan perasaan syak wasangka terhadap orang lain.
*Anda menitikberatkan perasaan orang lain ketika berkomunikasi (sama ada secara verbal ataupun unverbal).
*Anda dapat menyesuaikan diri dengan mereka yang ingin berkenalan dengan anda.
*Anda dapat menghindarkan diri daripada menegur kesilapan orang lain secara langsung dan berterus-terang.
Monday, July 27, 2009
: dah x muat :
: normal ker :
: karnival hari penyayang :
: final exam :

: lapaqnya :
sodappp oo...ala, tp, kalu perut belacan 2, totap perut belacan jugak..harusss makan nasi gitu..al-maklumlah, selera makan aku skrg bertambah-tambah skrg nie..wakaka, aku akan gemuk buat kali yg ke-2nya ehehe apapun, pas bersalin nanti harus kembali seperti sediakala.................. tunggguuuuu..
Saturday, July 25, 2009
: sampai bila? :
: kemalasan bertandang :
Thursday, July 23, 2009
: kutu :
: tak tau mana satu :
: tak tau nak letak tajuk apa :
Wednesday, July 22, 2009
: alergik/resdung :
Gejala resdung:
* Hidung tersumbat
* Lendir daripada hidung dan tekak
* Muka berasa sakit dan berat terutamanya pada bahagian antara mata
* Sakit tekak berpanjangan dan berulang-ulang
* Demam atau rasa tidak sedap badan yang berpanjangan akibat gejala di atas
* Gejala alahan hidung seperti bersin, gatal hidung dan sebagainya.
Punca resdung:
* Susunan tulang dalaman hidung yang sempit
* Hidung bengkok
* Mandi dan terjun di dalam air yang kotor
* Jangkitan gigi atas
* Ketumbuhan di dalam hidung
* Objek dimasukkan ke dalam hidung, contohnya putik kapas, maik dan kertas
* Tisu belakang hidung yang bengkak terutamanya kanak-kanak.
Komplikasi resdung:
* Jangkitan nanah di sekeliling kawasan mata
* Jangkitan otak (meningitis)
* Sakit tekak yang kronik
* Jangkitan tulang muka
* Memburukkan keadaan lelah
* Berdengkur yang kronik
* Jangkitan telinga dan tonsil, terutamanya kanak-kanak
* Alahan hidung atau hidung sensitif
* Selesema biasa yang melarat.
Diagnosis:
* Skop hidung untuk melihat punca resdung
* Skan CT hidung dan sinus untuk melihat rongga-rongga yang terlibat dan kawasan putih menandakan lendir atau dipenuhi nanah
Rawatan:
Berdasarkan gejala pesakit dan hasil diagnosis, rawatan bersesuaian akan disyorkan.
* Antibiotik (10 hingga 14 hari bagi resdung akut)
* Ubat selesema
* Dekongestan; ubat titis atau semburan hidung
* Pembedahan hanya akan dipertimbangkan setelah rawatan-rawatan lain tidak berkesan ataupun jika ada sesuatu yang menghalang sinus dan ia tidak dapat disembuhkan dengan ubat-ubatan.
Tip menguruskan resdung:
* Bagi pesakit yang mempunyai alahan hidung disarankan agar tidak menyapu rumah tetapi menggunakan vakum atau mop
* Elakkan makanan yang boleh menyebabkan alahan
Setiap individu alah kepada makanan yang berlainan terutamanya ramai orang yang tidak boleh memakan makanan laut yang kaya protein atau belacan
* Banyakkan berehat. Berbaringlah menggunakan bahagian badan yang membuatkan anda bernafas dengan lebih baik kerana ia berupaya melegakan resdung
* Hirup sup atau cecair yang panas dan minum banyak air
* Lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam ataupun melakukan pernafasan wap
* Jangan menggunakan semburan hidung dekongestan lebih dari tujuh hari. Jika tidak, bengkak di dalam sinus akan menjadi lebih teruk selepas anda memberhentikan penggunaannya
* Bilas saluran sinus menggunakan larutan salina yang boleh didapati di farmasi
* Anda juga boleh menggunakan ubat-ubatan seperti acetaminophen dan parasetamol untuk merawat kesakitan
* Berbincanglah dengan doktor anda sebelum mengambil ubat demam kerana sesetengahnya boleh memburukkan gejala resdung ataupun menimbulkan lain-lain masalah.
: semunya ok :
'
Tuesday, July 21, 2009
: scan 4D :
: cuti :
: klinik :
: perbezaan peknen anak sulung dgn anak kedua :
ye la, kalau 10 org 10 mcm kan...
Anak sulung
1. Alah dari awal peknen sampai bersalin
2. Tiap2 pagi mesti muntah3. X leh bau sup langsung..
3. Ngidam nak mkn ikan celup tepung(t'ganu), ayaq nyoq (air kelapa), chicken chop, burung puyuh, buah 'qeyang dot'(org kedah tau la - tp, sampai bersalin x dpt jugak uhuhu)..
4. Pitam - tekanan darah rendah.
5. X lalu makan nasi
6. Tak suka make up..
7. Tak suka tgk cermin
8. Berat sebelum peknen - 46kg, berat 9 bulan peknen - 56 kg
9. Asyik baring jer
10. Kerap mc
11. X jumpa bidan langsung
12. Sensitif
Anak ke-2
1. Alah 3 bulan pertama jer
2. Suker sgt air tembikai ngn telur separuh masak
3. Suker make up (bedak, mascara n lipstik jer)
4. Rajin sket
5. Berat sebelum peknen - 44 kg, berat 6bln lbh bulan peknen - 52 kg (wah dah naik 8 kg)
6. Selalu rasa sesak nafas n sakit pinggang.
7. Kaki selalu kebas
8. Masih boleh berjalan ke sana ke sini (kekadang mengah jugak)
9. Dapat mkn buah 'qeyang dot' (buah yg ngidam masa peknen anak sulung
10. Dah 3x jumpa bidan
11. Sensitif
p/s: tambahan akan dimasuk kemudian
Sunday, July 19, 2009
: sy juga nangis :
: doa pagi :
Kami sambut kedatangan hari ini dengan kesyukuran kepada Mu. Sempurnakan nikmatMu untuk kami pada hari ini dan kekalkanlah nikmat yang telah engkau kurniakan kepada kami selama ini dan kurniakan kelazatan untuk kami dalam mengecap akan segala nikmat yang dikurniakan kepada kami.
Ya Allah Ya Tuhan Kami,
Kami memohon kepada Mu akan nikmat secukup-cukupnya, memohon kesihatan semulia-mulianya, memohon rezeki semewah-mewahnya, memohon umur setua-tuanya, memohon rahmat dan nikmat sebanyak-banyaknya, memohon anugerah sebaik-baiknya, memohon sifat lemah lembut yang sehalus-halus Hikmahnya, memohon amal yang sebenar-benar faedahnya.Aminn..
: boleh pulak macam tu :
: kejer giler :
Thursday, July 16, 2009
: keserasian pasangan :
Sulung dengan sulung
Berpeluang besar untuk sering bertegang urat. Masing-masing sentiasa suka berkeras ataupun dalam menentukan siapa pemberi dan penerima perintah.. Jika hubungan cinta terjalin, ia memerlukan jiwa besar dan kesabaran dalam menjalani hubungan seperti ini.
Sulung - Tengah
Sudut negatif dari hubungan ini adalah kemungkinan berubahnya sikap si anak tengah untuk menyenangkan si sulung. Anak tengah adalah pasangan yang serasi untuk siapa saja. Meskipun begitu, ia sering kali menganggap si sulung sebagai yang suka menggertak dan menakutkan.Jika anak tengah berpasangan dengan anak sulung, maka sering kali ia harus merelakan keinginan dan impiannya demi pasangannya. Namun, jika si tengah.
Sulung - Bongsu
Kombinasi paling serasi. Si sulung dapat mengajarkan pasangannya, untuk bertindak lebih teratur dan dewasa, terutama saat menghadapi masalah serius. Sementara, si bongsu dapat seimbangkan sikap serius si sulung dengan mengajaknya bersantai atau sekadar duduk sambil berkhayal mengenai masa depan.
Tengah - Tengah
Pasangan ini dapat pergi ke manapun dan memutuskan apapun yang mereka sukai. Mereka dapat menjadi sangat serasi, apabila yang satu cenderung seperti anak sulung dan pasangannya seperti anak bongsu. Dengan begitu, mereka berdua dapat saling melengkapi.Namun, anak tengah biasanya suka menyimpan rahsia. Hal ini tentu dapat menjadi halangan serius dalam berkomunikasi. Bagaimanapun, masalah akan mudah dan cepat selesai kerana mereka pandai berkompromi dan menjunjung tinggi perdamaian.
Tengah - Bongsu
Hubungan ini akan berjalan lancar, bila si anak tengah cenderung bersikap seperti anak sulung. Jika anak tengah menunjukkan ciri sejati, maka ia akan terbawa-bawa gaya si bongsu yang lebih santai dan suka mengikut kehendak diri sendiri. Ini berlaku, terutama apabila anak tengah ini adalah pihak perempuan.
Bongsu - Bongsu
Berhati-hatilah! Bersama pasangan yang seirama memang menyenangkan. Namun bila tidak melihat kenyataan, kamu akan sulit untuk mengawal situasi.
p/s: my hubby SULUNG, sy??? ishk BONGSU ke TENGAH yer?? 1 mak 1 bapak sy BONGSU.. 1 bapak lain mak sy TENGAH... ehehe mana2 jer lah.
: terapi pernafasan :
Sebenarnya fungsinya tidak sama dan dapat kita rasakan perbezaannya; sebelah kanan mewakili matahari (mengeluarkan panas) dan sebelah kiri mewakili bulan ( mengeluarkan sejuk).
Jika sakit kepala, cubalah menutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, sakit kepala akan sembuh.
Jika Anda merasa penat, lakukan terbalik-balik. Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan. Tak lama kemudian, Anda akan merasakan segar kembali.
Perempuan bernafas lebih dengan hidung sebelah kiri, sehingga hatinya mudah sejuk.
Laki-laki bernafas lebih dengan hidung sebelah kanan, sehingga mudah marah.
Apakah Anda ada memperhatikan pada saat bangun tidur, lubang hidung sebelah mana yang bernafas lebih cepat ? Sebelah kiri atau kanan ?
Jika lubang hidung sebelah kiri bernafas lebih cepat, anda akan merasa sangat penat. Tutuplah lubang hidung sebelah kiri dan gunakan lubang hidung sebelah kanan untuk bernafas, Anda akan merasa segar kembali dengan cepat.
Cara tersebut boleh diajarkan kepada anak-anak, tetapi efeknya akan lebih baik diterapkan kepada orang dewasa.
Selalulah mencuba terapi pernafasan ini, tubuh anda akan merasa sangat tenang sekali (rileks).
: spontan :
: tukar lagi :
: hijau kuning lagik :


: Friso Gold :

Sunday, July 12, 2009
: kena jugak :
pendaftaran pg esok aku p.. pas check in balik la..
then, hari khamis masa penutupan baru p pulak..
ari rabu tue depa masuk hutan, x kan nak join..
boleh la buat assgmnt..
: confuse :
ishk, malas la.. lama pulak tue..
: kebajikan akan menghapus keburukan :
1. Bantulah orang yang sedang mengalami kesulitan!·
2.Berilah orang yang tidak pernah mahu memberi kepada anda!·
3.Tolonglah orang yang dianiaya!·
4.Berilah makan orang yang kelaparan!·
5.Berilah minum orang yang kehausan!·
6.Jenguk orang yang sakit!·
7.Hantarlah jenazah!·
8.Layanilah dengan baik orang yang ditimpa musibah!·
9.Pimpinlah orang yang buta!·
10.Berilah petunjuk orang yang bingung!·
11.Muliakanlah tetamu!·
12.Berbuat baiklah kepada tetangga!·
13.Hormatilah orang yang lebih tua dan sayangilah orang yang lebih muda!·
14.Bahagikanlah makanan anda yang anda miliki kepada orang lain!·
15.Sedekahkanlah wang anda!·
Berbicaralah dengan kata-kata yang baik!·
Elakkanlah diri anda agar tidak sampai menyakiti orang lain, sebab hal itu sedekah bagi anda.
Saturday, July 11, 2009
: duta bata :
: bihun sup slrupp :
: ngurut :
Thursday, July 9, 2009
: kesakitan semasa hamil :
A. SAKIT PINGGANG
Punca-puncanya:
Biasanya masalah sakit pinggang ini adalah disebabkan tindakan perubahan hormon yang melembutkan ligamen-ligamen ibu dan menyebabkan ada sebahagiannya tegang akibat daripada perubahan posisi dan bentuk badan.
Cara-cara Pencegahan:
1. Gerakkan tulang punggung secara pelahan-lahan, regangkan kaki dan bengkokkan lutut, ketatkan punggung dan halakan tulang punggung ke atas kemudian ke bawah dengan gerakan yang pelahan.
2. Tidurlah di atas tilam yang teguh, pusing tubuh ke sisi sebelum bangun.
3. Elakkan memakai kasut bertumit tinggi kerana kasut bertumit tinggi akan mengubah kedudukan pelvis atau tulang punggung serta mempengaruhi tubuh ibu dan menyebabkan ketegangan.
Cara-cara Mengubati :
1. Jika sakit di bawah tulang bahu, cuba pakai coli yang lebih besar atau buka cangkuknya.
2. Pusingkan bahu secara perlahan untuk mengurangkan ketegangan dan mengendurkan otot-otot dibelakang.
3. Jika sakit jauh dibawah, terutamanya pada satu sisi, maka jagalah postur atau bentuk tubuh anda.
4. Jika sakit di pelvis atau tulang punggung, cuba gunakan bengkung (gerdle) penyokong kehamilan jika terasa sangat sakit atau apabila anda terpaksa berdiri lama.
5. Gerakkan pelvis atau tulang punggung boleh juga membantu menghilangkan sakit pinggang.
A. SEMBELIT
Punca-puncanya:
Ada beberapa punca yang menyebabkan wanita hamil sering mengalami masalah sembelit. Salah satu daripadanya ialah perubahan hormon yang menyebabkan otot-otot usus menjadi lembut dan sekaligus menyebabkannya kurang cekap bekerja. Selain itu pengambilan serat yang sangat sedikit dalam pemakanan, pengambilan beberapa jenis pil zat besi dan juga saiz rahim yang semakin membesar menekan usus besar juga adalah punca kepada masalah sembelit ini.
Cara-cara Pencegahan:
Bagi mencegah daripada masalah ini,ada beberapa cara yang boleh di ikuti oleh ibu hamil :
1. Menambahkan kuantiti makanan yang kaya dengan serat seperti salad, buah-buahan, roti dan beras ceruh iaitu beras yang ditumbuk bersih hingga putih.
2. Minum banyak air iaitu antara 6 - 8 gelas sehari.
3. Jangan tergesa-gesa semasa membuang air kecil atau besar, dan elakkan daripada meneran.
Cara-cara Mengubati :
1. Makan sedikit buah-buahan sebelum tidur, contohnya buah kismis.
2. Cuba letakkan kaki di atas baldi yang di terbalikkan dan regangkan kaki ketika membuang air besar. Kedudukan ini dapat membantu ibu hamil daripada meneran dan sekaligus membantu mengelakkan buasir.
C. KEJANG
Punca-puncanya :
Kekejangan ini berlaku biasanya disebabkan oleh peredaran darah yang kurang baik. Selain itu kekurangan kalsium dan terlalu banyak fosforus juga boleh menyebabkan kekejangan pada betis dan keseluruhan kaki. Kekejangan ini biasanya berlaku pada pertengah kehamilan ( trimester kedua) dan akan berakhir pada bulan terakhir. Pemakanan juga boleh menjadi punca kepada masalah ini.
Cara- cara Pencegahan :
1. Bersenam - regangkan kaki dan letakkan kaki pada aras yang agak tinggi apabila duduk atau berbaring.
2. Utamakan makanan yang kaya dengan vitamin B,kalsium, roti, beras ceruh, hati dan sebagainya.
Cara - cara Mengubati :
1. Tegangkan otot yang kejang pada betis atau kaki anda dengan menarik kaki perlahan-lahan ke arah lutut.
2. Urut otot-otot kaki dengan santai.
: Lelaki acuan Al-Quran :
Yang Hatinya Disaluti Rasa Taqwa Kepada Allah SWT
Yang Sentiasa Haus Dengan Ilmu
Yang Sentiasa Dahaga Dengan Pahala
Yang Solatnya Adalah Maruah Dirinya
Yang Tidak Pernah Takut Berkata Benar
Yang Tidak Pernah Gentar Untuk Melawan Nafsu
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menjaga Tuturkatanya
Yang Tidak Bermegah Dengan Ilmu Yang Dimilikinya
Yang Tidak Bermegah Dengan Harta Dunia Yang Dicarinya
Yang Sentiasa Berbuat Kebaikan Kerana Sifatnya Yang Pelindung
Yang Mempunyai Ramai Kawan Dan Tidak Mempunyai Musuh YangBersifat Jembalang
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Menghormati Ibubapanya
Yang Sentiasa Berbakti Kepada Kedua Orang Tua Dan Keluarga
Yang Bakal Menjaga Keharmonian Rumahtangga
Yang Akan Mendidik Anak-Anak Dan Isteri Mendalami Agama Islam
Yang Mengamalkan Hidup Penuh Kesederhanaan
Kerana Dunia Baginya Adalah Rumah Sementara Menunggu Akhirat
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Bersedia Untuk Agamanya
Yang Hidup Di Bawah Naungan Al-Quran Dan Mencontohi Sifat RasulullahSAW
Yang Boleh Diajak Berbincang Dan berbicara
Yang Sujudnya Penuh Kesyukuran Dengan Rahmat Allah Ke Atasnya
Lelaki Acuan Al-Quran Tidak Pernah Membazirkan Masa
Matanya Kepenatan Kerana Kuat Membaca
Yang Suaranya Lesu Kerana Penat Mengaji Dan Berzikir
Yang Tidurnya Lena Dengan Cahaya Keimanan
Bangun Subuhnya Penuh Dengan Kecerdasan
Kerana Sehari Lagi Usianya Bertambah Penuh Kematangan
Lelaki Acuan Al-Quran Sentiasa Mengingati Mati
Yang baginya Hidup Di Dunia Adalah Ladang Akhirat
Yang Mana Buah Kehidupan Itu Perlu Dibajai Dan Dijaga
Meneruskan Perjuangan Islam Sebelum Hari Kemudian
Lelaki Acuan Al-Quran Ialah Lelaki Yang Tidak Mudah Terpesona Dengan Buaian Dunia
Kerana Dia Mengimpikan Syurga
Di Situlah Rumah Impiannya
Bersama Wanita Acuan Al-Quran.
Wednesday, July 8, 2009
: menu hari ni :
roti canai telur... nyummy nyummy

: mainan baru :
adam muqri gigit..
lama2 dia buat x tau jer..
sabaq jer la..
layan jer adam muqri main...
: Program Jalinan Ibadah :
syukur, projek ni berjalan dgn lancar... thanks kepada sume pihak yg terlibat samada secara langsung @ tidak langsung..... skrg sibuk nak pikir psai pembentangan lak.. n kena concentrate utk final exam awal bulan 8 nie.....
Tuesday, July 7, 2009
: rinduu :
Monday, July 6, 2009
: banyak kejer :
Sunday, July 5, 2009
: flu lagi :

: adam muqri :
rasa lega sangat... nanti la, upload n citer pasai tue...
projek tue abis dalam kul 1 lebih... balik rumah terus kemas2 rumah
mak kt adam muqri dah 2 mlm wat perangai... mlm semalam kul 4 pg baru tdo.. dok 'teriak'... pangil 'makkkk. makkkk'... selalunya x der la mcm tue... risau jgk la... maghrib semlm jadi pulak.. bila nak tdo jer wat perangai mcm tu.. dah tu, nak ngn aku jer... tp, bila dukung dok meronta2.... ishk, sian betul tgknya... lastly, km bw dia p kat rumah
dah la hujan lebat.. adam muqri lak nangis x henti2... jerit2 lak tue... sampai jer rumah ayah bahari, dia terus kuar terkeut kot dengar budak dok meraung2.... pas tu, dia baca la doa sket2... pas tu, dia pegang2 adam muqri dia kat... 'erm, kembung perut budak nie'....
ishk, mcm x percaya jer.. x kan kembung perut meraung samapi mcm tue sekali... dia tgk lg, dia kt nak jadi cacing... sebab tu dia menggelupur mlm.... siang main, gelak ok jer... pas buat ayaq, minyak celak n sapu minyak kat perut dia.. baru ok sket... esok ayah bahari nak buat tangkal cacing kat dia... nak balik boleh pulak dia say babai n siap buat mata lagi ehehehe.. mcm x caya jer.... cobaan...
balik rumah, aku terus bubuh dia dalam 'doi'... bagi susu n dodoikan.. sat jer terus lena...
sian tgk... tok aku pun mcm x cayer... patut la, 2 3 mlm dok x mau tdo.... igtkan gangguan makhluk2 halus ker ehehehe budak2 kan.. risau woo.... nak nangis pun ada tgk keadaan dia mcm tue...
dgn berat hati, terpaksa la aku tinggal adam muqri kt kg... aku kena balik rumah.. esok kejer.. baju pun x bawa.. igt nak balik amik sat jer.... tgk keadaan tok pulak yg x masih lg lemah.. sian pulak nak tinggal.... at least, mak ada, boleh tengok2...
km balik berturutan ngn pak ngah aku... pak ngah balik tgk kebun dia.. sian balik sorg2.. kul 10 lebih bari bertolak... igt nak balik terus... tp, terpaksa follow pak ngah aku sampi rumah dia coz tgk cara dia drive mcm ngntuk jer.. sat ketengah, sat ketepi... dah la malam, hujan lak tue... mata dia pun bukan ok sgt.. td, dah la kena masuk pasir... sorg2 drive lak tu.. naik risau aku ngn my hubby... bila dia dah sampai rumah baru kami balik.... balik rumah, kepala ni dok teringat adam muqri jer... call mak, mak kt dia dah ok.. syukur, alhamdulillah.. baru boleh lena..
....daa...
Thursday, July 2, 2009
: macam nak balik rehat :
: syukur alhamdulillah :
- ptg khamis (25.06) - sy mula demam... p klinik dapat mc 1 hari.. terus balik kg tgk tok.
- jumaat (26.06) - balik as semula.. tok makin chat..
- sabtu (27.06) - demam makin teruk.. mak cik call tok sakit pulak..
- ahad (28.06) - ke pokok sena, pak sedara sepupu meninggal... pas tu lawat tok kat umah pak ngah.. keadaan tok agak lemah.. balik p klinik semula.. ubat dah habis.. demam still x kebah... tekak lak sakit.. doc kt ulser tonsil.. doc bg mc lagi 2 hari.. kalau x ok gak kena rujuk doc pakar...
- isnin (29.06) tok kena msk icu.. p melawat tok sampai tgh mlm.. balik adam muqri dok wat perangai.. x mo tdo...
- selasa ( 30.06) - mak n my hubby bw adam muqri p klinik.. cucuk utk sethn stgh.. (aku stay kat rumah, coz x chat)... p kmc tgk tok... p jumpa doc pakar.. doc bg antibiotik utk 5 hari.. dapat lagi mc 2 hari.. baby chat.. kedudukan - songsang.. (doc kt normal).
- rabu (01.07) - bestday my hubby... x leh nak celebrate apa2 coz keadaan x mengizinkan... stay kat wad jer.... keadaan tok semakin pulih... adam muqri lak badan sat2 panas..
- khamis (02.07) - tok dah boleh balik... aku pun dah semakin pulih.. adam muqri pun dah chat... syukur...
Wednesday, July 1, 2009
: janganlah menangis :
1) Menangis kerana kasih sayang & kelembutan hati.
2) Menangis kerana rasa takut.
3) Menangis kerana cinta.
4) Menangis kerana gembira.
5) Menangis kerana menghadapi penderitaan.
6) Menangis kerana terlalu sedih.
7) Menangis kerana terasa hina dan lemah.
8) Menangis untuk mendapat belas kasihan orang.
9) Menangis kerana mengikut-ikut orang menangis.
10) Menangis orang munafik - pura-pura menangis."..dan bahawasanya DIA lah yang menjadikan orang tertawa dan menangis." (An Najm : 43)
Air mata yang tiada di tuntut
1. Janganlah menangis kalau tak tercapai cita-cita bukan kah Tuhan yang telah menentukannya.
2 . Janganlah menangis nonton filem hindustan itu kan cuma lakonan.
3.Janganlah menangis kerana cinta tak berbalas mungkin dia bukanlah jodoh yang telah Tuhan tetapkan.
4. Janganlah menangis jika gagal dalam peperiksaan mungkin kita kurang membuat persediaan.
5. Jangan menangis kalau wang kita hilang di jalanan sebab mungkin kita kurang ! bersedekah buat amalan.
6. Janganlah menangis kalau tidak di naikkan pangkat yakin lah, rezki itu adalah pemberian Tuhan.
Dari itu??..
Simpanlah air mata-air mata tangisan itu semua buat bekalan untuk menginsafi di atas segala kecuaian yang telah melanda diri, segala dosa-dosa yang berupa bintik2 hitam yang telah mengkelamkan hati hingga sukar untuk menerima hidayah dari Allah swt. Seru lah air mata itu dari persembunyiannya di balik kelopak mata agar ia menitis membasahi dan mencuci hati agar ia putih kembali dan juga semoga ia dapat melebur dosa2 dan moga-moga akan mendapat ampunanNya jua.
Air mata tanda rahmat Tuhan Rasulullah saw bersabda : Jagalah mayat ketika kematiannya & perhatikanlah 3 perkara.
1) Apabila dahi nya berpeluh.
2) Airmatanya berlinang.
3) Hidungnya keluar cecair seperti hingus.




