:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Saturday, May 21, 2011

kenyataan sebenar mengenai sardin (ayam brand)

uols semua ingat x lagi n3 tajuk milo+sardin yang lepas... kan n3 tu di kopipes dari facebook kan.... k, baru2 ni sy da terima komen wakil daripada head of ayam brand halal department... ternyata disini, apa yg di warwarkan dalam facebook tu adalah tidak benar sama sekali... bila pihak ayam brand sendiri tampil membuat penjelasan maka, sy yakin kita semua akan dapat menilai mana yg betul dan mana yg salah..... so, di bawah ni sy da copy paste (x semua, yg penting ja) penjelasan daripada wakil pihak ayam brand itu sendiri :


Assalamualaikum,.Cerita tersebut adalah tidak benar sama sekali dan mempunyai unsur-unsur jahat. Untuk pengetahuan Puan, produk Ayam Brand dihasilkan di kilang pemprosesan kami di Taiping. Kilang ini telah mendapat pensijilan Halal dari JAKIM (Bahagian Hub Halal, Cyberjaya) dan kami juga mempunyai Halal Committee yang memantau proses penghasilan produk dari mula kemasukan bahan mentah, pemprosesan, peralatan sehingga penghantaran kepada pengguna. Ini bagi memastikan bahawa keselamatan dan kesucian produk Ayam Brand terjamin dan tiada sebarang bahan Haram ataupun shubhah yang boleh menjejaskan pengguna Islam khasnya, insyaallah.
Sekiranya terdapat sebarang pertanyaan, bolehlah hubungi saya di talian; 
Office (Taiping): 05-8958811H/p: 014-2386611Emel: halaldepartment@ayambrand.com.myAtau halal@sfifood.com.my
Yang benar,Mohd. Hisham TalibHead of Ayam Brand Halal DepartmentVisit us at: www.ayambrand.com.my
sy berharap penjelasan daripada pihak ayam brand ini akan mengembalikan semula keyakinan kita semua terhadap produk tersebut... mungkin ada pihak yg cuba mensabotaj dengar mereka cerita yg bukan2....  sekiranya masih ada yg tidak berpuas hati, bolehlah membuat pertanyaan seperti di alamat yg tertera...

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::