:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Sunday, October 14, 2012

perlu ker menjaga perasaan orang lain?

Salam...
Tajuk n3 yang memang x boleh blah kali nie... opsss, jangan salah sangka k..

Lately ni kan, rasa macam semua orang cepat terasa.. semua orang mudah merajuk, makan hati bla bla bla.... even anak2 pun, mudah sangat terasa kalau kita salah cakap... Kadang2 kita sedaya upaya menjaga hati orang sekeliling kita terutamanya orang yang kita sayang... kita sanggup mengorbankan perasaan sendiri.. tp, sampai bila? sampai bila kita nak abaikan perasaan sendiri?? sebagai anak, isteri memang kita wajib menjaga perasaan suami, ibu bapa mertua, ibu bapa sendiri... tp, kadang2 rasa terbabas jugak.. tersedar yang kita manusia adalah tidak sempurna..

so bagaimana nak menghargai perasaan orang lain? 

Mengapa perlunya menghargai perasaan orang lain? Persoalan ini akan terjawab apabila kita menanyakan kembali soalan itu kepada diri sendiri dalam bentuk soalan "MENGAPA PERLU MENJAGA PERASAAN SENDIRI?". Dalam konsep "HABLIM MIN-ANNAS" telah jelas disitu akan maksudnya bahawa kita perlu menjaha hubungan sesama manusia selain menjaga hubungan dengan MAha PEncipta (Hablum Min-Allah). PErlunya menjaga perasaan orang lain sama pentingnya menjaga perasaan sendiri, kerana Allah SWT telah menjadikan naluri manusia itu suka akan penghargaan, pujian dan kelembutan tutur kata.

Sebagaimana Firman Allah:
"Maka dengan sebab rahmat yang melimpah-limpah dari Allah kepadamu wahai Muhammad engkau telah bersifat lemah lembut kepada mereka sahabat-sahabt dan pengikutmu dan kalaulah engkau bersifat kasar lagi keras hati, tentulah mereka lari dari kelilingmu'. (Surah Ali-Imran ayat 159).

Penghargaan kepada perasaan orang lain tidak bermakna perlu bersetuju dengan apa yang diucapkan. Bersetuju melibatkan fakta samada apa yang dikatakan itu benar atau salah. Manakal menghargai pula melibatkan emosi dan perasaan, ia adalah dua perkara yang berbeza. Kita haruslah berhati-hati dalam menggunakan kedua-dua cara ini dalam satu masa, kerana masalah mungkin akan timbul akibat campur adauk ini.

Menghargai perasaan orang lain boleh berlaku dengan cara kita mendengar dan memberi perhatian kepada apa yang diceritakan kepada kita dan kita menyelami perasaan orang yang sedang berkata-kata itu.. Selain itu, cara yang paling mudah adalah dengan diam, mengangguk dan melihat ke wajahnya semsa dia sedang berkata-kata. Juga, kita boleh menggunakan komen-komen neutral yang biasa digunakan seperti 'ya betul', 'ok', 'oh, begitu' dan sebagainya. Komen neutral ini akan mendorong orang yang sedang bercakap supaya terus bercakap meluahkan masalahnya sehingga kesusahannya hilang dan dia berasa dihargai kerana ada insan yang sudi mendengar keluhan dan keresahannya..


sy C&P dr sini..

Hadith: 
Rasulullah s.a.w telah bersabda yang maksudnya:Jika kamu bertiga maka janganlah dua daripada kamu bercakap-cakap meninggalkan yang ketiga kerana perbuatan begini akan mendukacitakannya.
Huraian Hadith: 
1. Apabila terdapat tiga orang berada dalam satu majlis maka tidak harus dua daripada mereka berbual dan meninggalkan yang ketiga. Perbuatan ini boleh menyebabkan orang yang ketiga berasa dukacita, gelisah dan menimbulkan buruk sangka kerana dirinya tidak dipedulikan.
2. Setiap manusia hendaklah memahami disiplin-disiplin dalam bergaul dan berinteraksi supaya tidak berlaku perkelahian dan pergaduhan.
3. Komunikasi yang berkesan adalah komunikasi yang menepati apa yang dimaksudkan bukan sesuatu yang samar-samar sehingga timbul berbagai fitnah dan cerita bohong yang diada-adakan hingga mengakibatkan perpecahan dan sebagainya.
4. Seorang muslim itu wajib menjauhi sebarang percakapan yang mengandungi unsur-unsur umpat keji, kata mengata dan sebagainya dan tidak menyibukkan diri dengan percakapan yang tidak berfaedah.

sy C&P dr sini

p/s: n3 ini tidak ada kena mengena dgn sesiapa.. sekadar buat renungan bersama dan cuba untuk bersikap positif (kecelaruan emosi hikssssss).. daaaa


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::