:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Wednesday, March 19, 2014

Anak yang solehah & solehah

Salam..

Arghh, bosan sebenarnya nie.. ngantuk sangat.. alhamdullah, peknen dah masuk 5 bulan.. baru sekarang alah waktu pagi.. asal gosok gigi ja pagi2 sure muntah2.. eh, kalau sebelum ni masa awai2 peknen ni masa masuk 5 bulan baru rasa cam tu.. pas tu sekarang mula tak da selera makan balik.. 3 bulan yang pertama dah alah teruk.. tak boleh nak makan semua.. masuk 4 bulan macam ok sikit (bab2 makan).. sekarang dah lalu pulak... nasi memang tak da selera.. tapi, kadang2 tu gagahkan juga makan.. sian baby.... kalau makanan yang berkuah xspecially sup-sup memang mintak ampun minta maaf la.. langsung tak boleh nak di terima tekak nie... sabaq2, lagi 4 bulan ja lagi, insyaAllah.. moga di permudahkan segalanya..

Berbalik kepada cerita yang asal2 nak tulis hihi... tahun ni 2014 adam dah 7 tahun. (padahal baru 2 minggu masuk 6 tahun ehehe... biasalah anak hujung tahun kan)... maknanya adam dah sekolah, dah darjah satu dah anak sy.. Alhamdulillah.. dah makin besar.. Cepat sunggung masa berlalu kan.. rasa macam baru jer , tengok2 anak2 dah besar ;)



masa mula2 nak decide sekolah untuk adam memang pening.. yer la, masing2 keja kan.. mr hubby lak keja tak tentu masa so, banyak perkara yang perlu di titik beratkan.. selepas berbincang semua kitorang decide untuk masukkan adam ke sek agama swasta.. pada masa yang sama kitorang daftar juga sek kerajaan... akhir sekali keputusan sepakat di capai ngeee.. kitorang masukkan adam ke sek agama swasta (sama sek/tadika akma sekarang).. nampak dia pun macam serasi kat situ... 

awal2 hantar dulu ramai juga yang pertikaikan.. kenapa hanta sek swasta, sek kerajaan kat ada.. bukan jauh pun.. nanti masa depan di susah lah.. itu lah ini lah... macam2 lah bunyinya.. kenapa tak hantar sek cina? nanti nak keja senang... tp, sy ngn mr hubby nekad dengan keputusan kami.. biarlah orang lain dengan cara dorang.. pada sy mana2 sekolah pun sama.. yang penting didikan yang diterima samada di sek mahapun dirumah juga atas anak itu sendiri.. di sekolah sekarang, adam mulakan sek jam 8 pg (tapi, kul 7.15 dorang dah start dengan bacaan ayat2 al-quran di dewan).. sehingga jam 4 petang.. bianya sy akan amik kul 5.30.. ini bermakna dia akan solat zohor dan asar di sekolah.. (ada kelebihan di situ pada pandangan sy)..

Bila masing2 sibuk sy rasa masa untuk anak2 agak terbatas.. lagipun, diri sendiri pun ada kalanya masih hanyut dan perlukan dorongan sentiasa.. semua ibu bapa inginkan ank2 mereka menjadi anak yang soleh dan solehah kan.. waima, ibu bapa itu sendiri bukan lah seorang yang baik.. tetapi sekurangnya mereka dapat mendidik anak ke jalan yang betul...

ok, apa yang sy nak kongsikan sekarang, dah masuk 3 bulan adam di tahun 1.. ada banyak perbezaan yang sy nampak padanya... perkara yang paling penting sekali ialah dia sangat rajin SOLAT.. alhamdulillah.. rasa nak menitis air mata.. kalau sebelum ni, sy ada masanya solat agak lewat tp, sekarang bila cukup waktu jer (pas azan) terus kitorang akan solat... sebab bila dengan azan ja, adam akan cepat2 ajak solat.. alhamdulillah.. pada masa yang sama solat kita pun terjaga...

bila sy tengok dia dah semakin rajin dan keinginna untuk solat tu makin tinggi (sebelum ni dia solat 4 ja - zohor, asar, maghrib dan isyak).. sy mula pujuk2 dia bangun solat subuh pulak.. tapi, sy x da lah paksa.. mula tu dia bunyi juga dia kata kena bangun awai.. sy tak kisah pun, sebab baru nak biasakan dia kan.. so, pas dia bangun, tak kisahlah kul berapa pun dia kan solat... harapan sy lama2 dia akan biasa... Alhamdulillah, pagi ni dia dah mula solat subuh.. syukur alhamdulillah... 

Akma kadang2 join, kadang2 wat tak tau ja.... tak pa, lama2 sy yakin dia juga akan ikut... Mudah2an anak sy juga diri sy sendiri akan lebih istiqamah.. sy tau nak berubah ke arah yang lebih baik itu terlalu banyak dugaannya... sy yakin Allah akan sentiasa bersama dengan orang2 yang benar, insyaAllah..


Dunia dah akhir zaman kan.. takut sekarang bila baca macam2 cerita di luar sana.. rasa terlalu banyak dosa yang telah di lakukan.. mudah2 kita semua sentiasa di bawah lindunganNya InsyaAllah...


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::