:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Sunday, March 9, 2014

check up 5 bulan @ KKIA Bkr Bata

Salam...

Mood sy adalah ke laut ari ni sebab pikirkan tragedi MH 370 nie... Honestly, sy memang dok ikuti perkembangan terkini tragedi  nie... rasa sayu n sedih sangat.. Apapun, semoga Allah melindungi semuanya, InsyaAllah.. tiada yang mustahil kerna DIA yang Maha Berkuasa atas segalanya...


ok, berbalik kepada cerita sy.. ari ni check up lagi.. actually, ari ni juz jumpa doc untuk scan ja... kalau ikut minggu memang dah 20 minggu (means 5 bulan)... tapi, aklau ikut scan lewat seminggu means 19 minggu.. tp, sy nak ikut minggu juga, tak mau ikut scan hihhihi... nak cepat saja ken.... 

OK, ari ni kira awai sikit.. pas antaq anak2 terus ke KKIA.. dalam kul 8 cam tu, dah terpacak kat depat klinik.. elok ja dapat no tengok no 19.. mak aiii, dah ramai orang.. kul berapa la dorang ni sampai.. awai bebeno... kalau macam ni rasanya petang kot baru siap uhuhuhu... tp, tak tentu juga.. kalau ada rezeki, insyaAllah, boleh ja awai... mr hubby biasa la dah mula nak bising.. dia ckp pas ni tak yah la check kaat KKIA ni dah.. lambat sangat.. ganggu kerja dia.. hihi..

Dah sejam nunggu, tak panggil2 jugak.. perut dah krok krek dah.. padahal awai2 tadi dah minum nestum dah.. mr hubby yang faham perasaan bini dia yg kelaparan ini terus volunteer nak p cari makanan hihi.. sempat la habis 4 keping sandwich sebelum nama di panggil.... cam biasa masuk bilik 1 untuk timbang & amik tekanan darah..

Berat : 54.2kg (last check up = 53.9kg)
Tekanan darah : 110/60 (biasa la, nio kira normal dah ni... susah nau nak maintain.. always rendah)...

pas settle, check urine.. then, terus p bilik doc.. Alhamdulillah, elok sapai bila doc ada sorang ja yang dok tunggu.. maknanya, sat ja la kan hihi.. rezeki.. elok tunggu doc panggil, terus ramai orang sampai untuk jumpa doc.. sib baik.. kali ni kena doc lain.. doc pompuan.. muda gler kot tengok dia.... macam x confident ja hahahaa  alhamdulillah, doc kata perkembangan baby normal & elok serta bersesuaian dengan usia kandungan.. syukur alhamdulillah.. Allah permudahkan segalanya....

Next scan kat KKIA 05.05.14 (7 bulan).... Next week masa check up lg sekali kena inject doc kata.. inject untuk kancing gigi masa bersalin nanti.. kalau anak sulung kena 2x inject.. anak yang seterusnya sekali jer.. alhamdulillah.. :) tanya doc, kena minum air gula lagi tak.. doc kata tengok perkembangan nanti.. aklau berat naik banyak, & baby besar dari sepatutnya, kena la minum lagi.. so far, tak perlu katanya..

Dah settle ngan doc, p bilik 9 pulak jumpa nurse... nurse kata kena minum air gula lagi.. aishhh, tadi doc cakap tak perlu dah.. mana 1 nie.. adeyyyy.. bikin finin la.. tak pala, mana yang terbaik untuk baby, i follow ja... dalam kul 10 dah settle sume...

Khamis ni, da appoinment kt kmc pulak.. tunggu next n3..

daaaaa...


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::