:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Monday, May 19, 2014

Check up 7 bulan @ KKIA

Salam..

Lately ni check up ja keja nya kan?? Khamis lepas kat kmc, ahad kat KKIA lak.. biasalah, dah masuk trimester ni memang kena kerap check up... kelmarin adalah hari tak larat sedunia (setiap kali mengandung, hari2 adalah hari x larat sedunia).. dari pagi dah rasa penat dan lain macam ja... tp, oleh kerana, khamis lepas dah mc.. pas tu cuti pun dah tak banyak, mau tak mau kena gak mai ofis.. masuk lift pun dah rasa nak pitam.. sampai kat meja lagi lah.. dah sesak nafas bagai.. terus p baring kat blk sembahyang.. macam tu juga... kiri kanan pusing tak okey2.. rasa nak nangis.. call mr hubby.. dia ada keja lak uhuhuhu.. bertahan jer.. jalan2 pun still dok macam tu jugak.. air mata dah x leh nak cover dah.. sob sob sob.. sib baik kena p klinik petang.. leh la balik terus.. kali ni check perut ja, so mesti tak ramai orang.. sebelum mr hubby mai amik, dah muntah2 dalam toilet.. udah la makan pun x berapa nak lalu, muntah lagi..sedeyyy

Kul 1.30 mr hubby mai amik nak p klinik..rasa cam nak nangis kuat2. tak larat sangat uhuhuhu.. sebelum amik adam minta mr hubby singgah kfc.. lapaq pulak.. pas tu terus amik Adam.. minggu ni Adam balik awai sebab ada exam semester 1. 1st time bawa adam mai klinik.. risau gak takut dia wat perangai sebab lama nunggu.. pas tinggalkan sy ngan adam mr hubby p ofis balik (1st time mr hubby x ikut check up sekali).. Alhamdulillah, adam sangat2 behave.. very a good boy.. love u syg..

Ingatkan macam biasa la kan, tak ramai.. sekali dah 13 orang dah.. ok, tak pa.. hari ni check perut ja so, tak lama sangat.. kalau jumpa doc mungkin la kot.. masuk bilik satu, timbang dan amik tekanan darah.. sib baik tak kena amik darah dah..fuhh..

berat : 58.5kg (naik 0.3kg dari check up bulan lepas.. tp, turun 0.5kg dari check up kat kmc khamis lepas)
tekanan darah : 110/70 (standard kalau check kt KKIA)
Urine : normal

semua elok kan, alhamdulillah... Pas tu masuk bilik 3 jumpa nurse... masuk jer nurse terus suruh baring nak check degupan jantung baby.. check belah kiri tak dengar.. pas tu check belah kanan lak.. nurse terkejut.. kuatnya bunyi jantung dia hahahha.. aktif sungguh.. alhamdulillah.. pas tu, nurse cakap result yang minum air gula 2 minggu lepas dah dapat.. fuh, ketaq sangat.. nurse kata normal.. tanya la berapa :

sebelum minum air gula : 4.18
selepas minum air gula : 4.98

Alhamdulillah, rendah ja. boleh la minum manis2 sikit pas ni ngeeeee... Next check up, lagi 2 minggu.. dah masuk trimester ni, memang kena check up setiap 2 minggu.. lagi dekat nak bersalin nanti, lagi kerap check up... pas tu ntah macam mana sy terbatuk-batuk depan nurse tue.. nurse tanya, dah lama ka batuk... baru 2 hari.. pas tu nurse kata dia nak tanya doc tengok, doc nak jumpa sy ker tak sebab batuk tue.. dalam hati minta2 jangan la doc nak jumpa sebab malas nak tunggu.. bila nurse mai, dia kata doc nak jumpa.. uwaaaaaa kena p bilik 11 pulak.. tengok, ada 2 orang ja.. erm, ok la.. dok pun ada 2 orang kan.. sure tak lama sangat nie... tup tup dekat 2 jam baru doc panggil... adam dah mula merengek dah.. sib baik mr hubby mai awai.. tu pun puas gak memujuk dia.. jumpa doc tak da la lama mana pun.. dia tanya pasai batuk.. pas dia tanya, batuk ngn selsema mana lebih kuat? sy cakap la batuk.. dia nak bagi ubat batuk ja.. tak mo bagi 2 2 sebab kalau banyak ubat nanti baby tak aktif pulak.. doc bagi sekali ngan antibiotik.. siap pesan.. kalau nak makan antibiotik ni pastikan perut betul2 kenyang.. kalau tak jadi ngan bla bla bla semua..  dah la sy tak berapa nak lalu makan.. macam mana nak bagi betul2 kenyang kan? so, sy amik keputusan minum ubat batuk ja.. antibiotik abaikan.. dah la ada gastrik.. nanti dengan angin apa kesemua lagi teruk pulak.. dah la keadaan sekarang pun bukannya stabil sangat..

Dah settle ngan doc, p bilik 9 pulak.. jumpa nurse lagi sekali.. pas tu turun bawah amik ubat... dekat kul 5 juga la baru sampai rumah.. \

Sekian....


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::