:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Thursday, September 10, 2015

PERGAULAN ANAK-ANAK

Kanak-kanak mempunyai pelbagai karektor. Ada yang jenis pemalu sukar bercampur gaul dengan rakan sebaya, ada yang terlalu peramah hingga menyebabkan rakan terasa rimas, ada juga yang suka mengacau sehingga membuatkan orang lain tidak suka berkawan dengannya.

Apakah jenis karektor anak anda? Sebenarnya perkembangan sosial si manja boleh dirangsang oleh ibu bapa sendiri. Bersosial tidak hanya meliputi kemahiran bercakap dan bagaimana untuk mendapatkan kawan. Ia meliputi etika dan tata cara yang betul dalam pergaulan seharian. Pelajari cara-caranya!

1. Berikan perhatian
Kanak-kanak sering menunjukkan masalah sosial dan perkembangan yang tidak normal apabila mereka kurang mendapat perhatian daripada ibu bapa. Cuba tambah sesi bermain bersama, berkomunikasi dan kurangkan penggunaan perkataan “tidak” atau “jangan”. Berikan mereka peluang meneroka persekitaran.

2. Rakan bermain
Sekiranya anda keluar bersantai minum petang bersama rakan, rancang sekali perjumpaan anak anda dengan anaknya (sebaya atau usia tidak jauh beza) supaya mereka boleh bermain bersama. Biarkan mereka berkenalan dan bermain bersama sementara anda dan rakan dengan aktiviti orang dewasa.

3. Bawa keluar
Bawa si kecil ke majlis atau tempat yang mempunyai ramai orang. Contohnya, majlis keramaian atau perpustakaan. Kanak-kanak akan menyerap apa yang dilihat. Mereka boleh melihat dan mendengar pelbagai jenis komunikasi. Bawa juga anak bermain di taman permainan. Sambil bermain, mereka akan belajar bergaul dengan kanak-kanak lain. Si kecil perlu dilatih untuk berkongsi, menyelesaikan konflik sesama rakan sebaya serta menikmati keseronokan bermain bersama.
4. Berlakon bermain
Luangkan masa bersama untuk mencipta satu permainan suasana. Misalnya anda melakonkan watak tertentu dan dia pula memegang peranan watak yang perlu berkomunikasi. Sebagai contoh, anda melakonkan watak pesakit dan anak menjadi doktor atau jururawat. Gunakan dialog yang sopan, perkataan yang mudah dan suasana yang mesra dan ceria. Ia melatih anak menjadi kreatif dan bijak bersosial.

5. Kelas hujung minggu
Kini ada banyak kelas bersosial khusus untuk kanak-kanak pada hujung minggu. Anda boleh pilih mana-mana yang sesuai mengikut minat dan personaliti si manja seperti kelas memasak, kelas kraf, kelas berenang dan sebagainya. Selain belajar kemahiran berkomunikasi, mereka juga menimba ilmu yang bermanfaat.

Tuesday, June 23, 2015

SUPERMOMMY PART 7




pejam celik pejam celik dah hampir 6 hari kita di bulan Ramadhan ni kan.. Alhamdulillah, berjaya mengharunginya bersama anak3 tercinta... phewww ayat kan.... Mula dulu mr hubby kata dia nak balik sambut posa sesama.. last minute, dia gtau dia ada tournament boling kat KL... uwaaaaaaaa rasa macam darah naik ja hahahaha..... Sehari sebelum puasa sy bawa anak3 balik kampung.. Kebetulan 1st Ramadhan tu bestday mak... Kira ok la, sebab family abang pun balik juga... Sy stay kat kampung sampai hari sabtu... tengah hari sabtu tu dah balik asetar sebab nak siapkan barang2 sekolah, kerja dan nursery semua... Kira, bermulalah episod berpuasa bersama-sama anok3s sahaja.... Mencabar??? phewww, tersangat mencabar hokey..

Nak nak bulan puasa sy adalah sangat tak lalu makan lauk beli.. mau tak mau kena masa.. walaupun hanya goreng telur... eii, apa ker hei pelik bebeno ni kan.. Setelah hampir 6 hari berhempas pulas rasanya pas ni sy kena paksa tekak dan perut sy untuk terima makanan luar.. rasa dah tak menang tangan..... meh2 tengok rutin sy di bulan puasa nie ;

  • 4.30-5.00 : Bangun sahur (masak @ perangat lauk yang semalam. tak pun goreng nasi. ikut mood)
  • 5.15 : Gerak Adam dan Akma bangun sahur. Bersahur.
  • 5.45 : Kemas2 dapur. Siapkan makanan Aryan ker nursery.. Jemur baju yang basuh semalam. Biasanya Adam dan Akma tak sambung tdo.. dorang tengok tv.
  • 6.30 : Mandi, solat kemas2 apa yang patut.. Kadang2 Aryan dan bangun.. Suruh Adam dan Akma mandi untu ke sekolah.
  • 7.30 : Hantar Adam dan Akma ker sekolah. Pas tu antar Aryan ke nursery. Baru p ofis (kadang2 awai, kadang lambat juga)
  • 1.00-2.30 : Amik Adam kat sekolah (Bulan Ramadhan sek Adam balik kul 1.. Adeyy awatla macam tu.. pening tau)... Singgah kedai beli makanan kat dia (baru ajar puasa sekerat2 hari). Bawa Adam mai ofis (no choice).
  • 4.30 : Amik Akma kat sekolah dan Aryan kat nursery.
  • 5.30 : Sampai rumah.. kalau rajin amik baju siap2.. kalau malas biar ja baju tue ehehehe
  • 6.30 : Masuk dapur masak. Kalau Aryan tak tdo bawa dia sekali kat dapur.. Kalau dia tdo kena lari2 masak sambik tdokan dia kat buai..
  • 7.35 : siap untuk berbuka. Dapur biarkan bersepah dulu ehehe.. Pastikan Adam dan Akma mandi.
  • 8.00 - 9.30 : Tengok tv atau layan anak3.. kalau p nursery biasanya Aryan tdoq awai.. pas bg dia tdo baru rehat sat.
  • 11.00 : Anak3 semua dah tdoq.. Baru la bangun kemas dapur, basuh pinggan, basuh baju, mop lantai, iron baju semua.. siapkan untuk sahur dan barang2 ke nursery.
  • 1.00-2.00 : baru leh letak kepala.. kadang2 baru nak zzzz Aryan dah nangis nak susu... bangun pulak.. sementara nak bangun sahur la, sekali 2 kadang2 3 jugak lah bangun buatkan susu.. So, memang tdo n rehat adalah sangat2 limited... 
Mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk sy mengharungi bulan Ramadhan yang mulia ni dengan jayanya InsyaAllah... 


Wednesday, June 17, 2015

SUPERMOMMY PART 6




Balik keja semalam dah janji nak bawa anak3 p rumah sepupu dorang... dah banyak kali dah request sebenarnya.. tapi, sy dok bagi alasan macam2.. rasa malas nak p mana-mana sebenarnya... keja kat rumah pun berlambak lagi kan.. tapi, bila banyak kali sangat dorang minta rasa kesian pulak..

Amik ja dari sekolah terus pesan balik mandi siap2 kalau nak p.. Sampai rumah jer terus berebut2 Adam & Akma nak mandi... Sy lak sibuk kat dapur... siang ikan yang beli pagi tadi, siapkan porridge untuk Aryan n masak untuk dinner siap2... Adam sekarang memang banyak makan... tapi, dia makan nasi ja.. so, nak tak nak balik keja mesti kena masak untuk dia... 

Dalam kul 6.30 baru settle... rasa sangat kelam kabut.. terus tukar baju, dukung Aryan & ajak Adam n Akma naik keta.... Dalam keta doa, bagilah sepupu sy x da rumah hahahaha.. ibu kejam... bukan apa, kan dah nak maghrib.. malas la sy dok lepak rumah orang time2 cenggitunkan... Alhamdulillah, Allah makbulkan hik2.. dekat 10 minit gak tunggu dorang x balik2... Sy pun ajak budak3 ni balik.. tapi, dorang x mo balik... ok fine, Jom p main kat KFC Stadium.. ada playground kat situ... Elok sampai tak der parking.... ok, terus ker giant.. nak bagi main kat Marrybrown tu.. puas pusing tak da parking jugak.. Malas nak parking kat basement sebenarnya... Jam dah kul 7 lebih.. owh, Cam mana ni... sambil dok wasup mr hubby tanya nak wat cam na hahaha... pas tu beru teringat kedai buku.. terus ajak dorang p kedai buku.. Adam memang ON sangat2 la kalau p kedai buku ni.. Alhamdulillah, settle..

PAs tu terus balik rumah... Sampai jear elok2 orang azan maghrib... sambung masak, mandi, solat n basuh baju semua... sambil Akma n Adam jaga Aryan.. tu pun pun macam bunyi.. ke dapur ke ruang tamu...  kalaulah ada lebih dari 2 kaki dan tangan ehehehe 

Dah settle semua, baru bagi Adam makan & suapkan Aryan moi... Akma tak sihat.. nasi tak mo.. minum susu jer... dal kul 10 Aryan dah tdo.. Akma awal lagi... Adam dok tengok tv... Ntah masa mana dia tdo pun tak tau.. Elok semua dah tdo baru lah masa untuk sy bekerja.... basuh pinggan, sapu sampah.. kemas mainan, iron baju & mop lantai... dalam kul 1 baru settle semua terus letak kepala zzzzzzzzz...


Sejam pas tu dah dengar suara Aryan.. nak susu... sementara nak cerah 4x juga la kena bangun buatkan susu untuk dia.. 

Tak tau dalam sehari tdo berapa jam jer kan... tu yang dok sakit kepala ja sekarang nie... Tak per, ibu redha dan ikhlas demi anak3 ibu..

SUPERMOMMY PART 5




Sapa yang rasa jadi supermommy ni tak mencabar langsung?? sila angkat tangan...... no!no!no!... sy adalah sangat5 tak setuju... kalau ada kan,plssssssssssssss nak petua ehehehehe

sejak 2 menjak  ni badan konon2 rasa macam lenguh2 la kan... supermommy katakan.... padahal makan tak pantang.... pas tu mula la terbayang2 nak p ngurut.. ari tu dah siap planning ngan ofismate nak p Danok.. kekunun nya la... tapi, cam biasa la kan.... hanga tinggal perancangan ..

Pas tu rabu lepas abg sy call ajak balik kampung... 44x lah juga pikir nak drive sorang2 ngan ank3 kan... sejam jugak tue.... pikir punya pikir ok lah.. sebab rasa macam boring juga kalau dok rumah pun.... dah la rumah super duper selerak + semak bagai... kan baru balik ipoh ari tu.. memang tak sempat nak mengemas la.... rehat ari khamis ri2 balik rumah n kemas2 sume... dekat 2 jam jugak kot baru settle... masuk ofis sambung kerja... kul 3.45 balik amik Adam dan Akma... sampai rumah minta dorang kemas sume baju nak balik kampung... dalam kul 5 gerak amik Aryan kat nursery terus balik kampung..

Phewww... sementara nak sampai kg tu 3 4x jugak lah kena stop tepi jalan sebab Aryan wat perangai... walau duduk dalam baby seat tu sekarang dia dah pandai keluar.. pas tu terus terkam kat riba sy yang tengah drive tu... owh, plsss, jangan imagine (jangan lakukan aksi ini dirumah yer)... adalah sangat merbahaya okey.... memang mencabar... apapun, sampai jugak di kampung dengan selamatnya, alhamdulillah.. 

Pas tu mak tanya, next week sambut posa tak balik ka?? OMG.. tengok keadaan dulu kot ... kalau begini gayanya, InsyaAllah akan dipikir 44x lagi.. Plan nak tdo 2 malam, tetiba Adam ajak balik.. boring katanya.. Sebelum balik singgah sat homestay my dad kat hujung kampung tu... Dah melekat kat situ jadi lama lah pulak... dok kemas2 nak balik, ayah suruh balik pas maghrib lak... dah la hujan lebat.. malam dengan gelap gelitanya.. tidakkkk sy adalah rabun n silau tau.. adalah sangat tak confident untuk drive.. 20km/jam ja kot.... 

Minta tolong adik drive.. elok sume dah get ready, Adam tetiba x mo balik lak.. sebab nak tengok ceia pop star.. takut tak sempat katanya.. Ya Allah, pengaruh tv betoi la budak2.. mau x mau kena balik rumah tok sebab dok pikir kalau dorang wat perangan masa dalam perjalanan nanti lagi sudah nak handle... Elok sampai depan rumah tok, gate berkunci.. 15x call mak x jawab2.. terus nekad cakap kat Adam n Akma.. lagi 2x kalau atok tak jawab kita balik Asetar... hujan pun hujan lah.. sib baik pas tu mak jawab... Masuk rumah tengok ceria Pop Star... Esoknya minta Mr Hubby balik kot kampung.. leh konvoi sekali...

#sukadukasupermommy


Thursday, June 11, 2015

RESEPI UNTUK BABY YANG KERAP SELSEMA, DEMAM N BATUK




hye semua.. okey, hari ni sy nak share something kat blog nie..  mudah2an bermanfaat untuk semua... 'sharing is caring' rite.... untuk anak2 terutamanya baby2 yang kerap selsema tu kan.... sy dah cuba kat Aryan, alhamdullillah, dengan izin Allah selsema Aryan tak melarat2 sangat.. kalau tak every month biasanya arya demam.. + antar kat nursery kan, selsema tu perkara biasa la.. start 6 mths ritu sy try menu ni kat dia... sampai sekarang sy keep on doing resepi ni... bukan susah pun... buat masuk dalam fridge, bila nak guna keluarkan.. biasanya sy buat untuk 3 4 hari... bekal ke nursery..

Jom-jom tengok resepinya...

Bahan-bahan :-
sebatang serai dihiris
3 biji buah pelaga
5 biji bunga cengkih
3 ulas bawang putih (rincik)
3 biji lada hitam
sedikit ikan bilis (kadang2 sy gunakan ayam)
sebatang kulit kayu manis
sebatang carrot (disagat/dihiris kecik2)

Cara-cara:
Masukkan semua bahan2 ke dalam periuk n didihkn.. ok siap (hahahaha, senang jer kan).. semudah A B C.. x perlu amik masa yang lama pun... sejukkan sebentar pas tu masukkan dalam fridge... 

Bila nk guna baru kuarkan n masukkan ke dalam porridge n panaskan.. siapa utk di makan.. Kalau Aryan memang faveret dia... semangkuk penuh leh abis.. kalau baby yang kurang berat badan pun boleh try... try lah, bukan rugi pun kan... kita berusaha selebihnya serah pada Allah.. semuanya atas kuasa dan kehendakNYA juga kan....

*Sekarang Aryan dan 10 bulan.. kadang-kadang sy tambahkn unsalted mentega ke dalam sup ni.. (yang kecik2 tu.. boleh google tgk.. kat giant ada jual)... rasanya lemak2 sket.. sebab umo cam ni tak digalakkan garam kan... Lagi satu nak share, biasanya kalau masak porridge tu sy akan hiriskan seulas bawang putih n masukkan dalam porridge sekali n masukkan juga sesudu olive oil..


` selamat mencuba semua `



:: SaHaBaT cAuLaLa ::