:: cLiCk cLiCk ::

Monday, January 18, 2010

: DOA LAPANG DADA/TENANG HATI :

Amal surah al insyirah nie 7x tiap2 lepas solat..InsyaAllah hati kita akan sangat tenang,dipermudahkan urusan serta dileraikan segala 1001 masalah yang membelenggu.

أَلَمۡ نَشۡرَحۡ لَكَ صَدۡرَكَ (١) وَوَضَعۡنَا عَنكَ وِزۡرَكَ (٢) ٱلَّذِىٓ أَنقَضَ ظَهۡرَكَ (٣) وَرَفَعۡنَا لَكَ ذِكۡرَكَ (٤) فَإِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرًا (٥) إِنَّ مَعَ ٱلۡعُسۡرِ يُسۡرً۬ا (٦) فَإِذَا فَرَغۡتَ فَٱنصَبۡ (٧) وَإِلَىٰ رَبِّكَ فَٱرۡغَب (٨)

Bukankah Kami telah melapangkan bagimu: Dadamu (wahai Muhammad serta mengisinya dengan iman dan hidayat petunjuk)?(1)

Dan Kami telah meringankan daripadamu: Bebanmu (menyiarkan Islam); (2)

Yang memberati tanggunganmu, (dengan memberikan berbagai kemudahan dalam melaksanakannya)? (3)

Dan Kami telah meninggikan bagimu: Sebutan namamu (dengan mengurniakan pangkat Nabi dan berbagai kemuliaan)? (4)

Oleh itu, maka (tetapkanlah kepercayaanmu) bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan, (5)

(Sekali lagi ditegaskan): Bahawa sesungguhnya tiap-tiap kesukaran disertai kemudahan. (6)

Kemudian apabila engkau telah selesai (daripada sesuatu amal soleh), maka bersungguh-sungguhlah engkau berusaha (mengerjakan amal soleh yang lain), (7)

Dan kepada Tuhanmu sahaja hendaklah engkau memohon (apa yang engkau gemar dan ingini). (8)

3 comments:

  1. Terima kasih atas sumbangan anda.

    By the way, saya nak tanya satu soalan.
    Ada tak ambil pelan utk menampung kos sara hidup keluarga sekiranya meninggal atau hilang upaya kekal dan tabung perubatan anda?

    Kalau ingin tahu pasal konsepnya, boleh jelas kan.

    M Nazri
    Prudential BSN Takaful

    ReplyDelete

:: cLicK cNi ::

:: SaHaBaT cAuLaLa ::