:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Wednesday, April 21, 2010

:EARTH DAY :



Esok,  22 April 2010 genaplah ulang tahun ke 40 sambutan Hari Bumi mula diperkenalkan sejak tahun 1970. Kalau bulan lepas kita sambut Earth Hour, bulan ni kita langkah satu lagi ke depan untuk sambut Earth Day. Untuk makluman kepada mereka yang masih belum jelas mengenai hari Bumi ni. Ianya merupakan hari untuk meningkatkan kesedaran dan penghargaan kepada alam sekitar.
Sejarah sebenar hari bumi ni bermula pada September 1969 iaitu di dalam sebuah persidangan di Seattle, Washington, Senator A.S. Gaylord Nelson pada masa itu mengumumkan bahawa musim bunga 1970 akan diadakan demonstrasi dari akar umbi di seluruh negara bagi pembelaan terhadap alam sekitar.
Senator tersebut pada mulanya mencadangkan bantahan alam sekitar di seluruh negara untuk menjadikan alam sekitar sebagai agenda negara. Pada 22 April 1970 dikatakan hampir 20 juta rakyat Amerika Syarikat memenuhi taman dan auditorium. Hari Bumi pertama menjadi pembuka jalan terbentuknya United States Environmental Protection Agency/US EPA.
Dari perspektif Muslim pula, rasanya  peristiwa perjalanan Isra’ dan Mi’raj Nabi Muhammad S.A.W dulu telah ditunjukkan bahawa usia bumi ni sebenarnya dah uzur sangat, macam orang tua bongkok jalan bertongkat dah, memang tak lama lagi. begitu juga dengan kerosakan dan kemusnahan yang berlaku di muka bumi ni pun bukannya makhluk lain yang buat, manusia tu sendiri yang buat.
Untuk mengetahui dengan lebih jelas dan terperinci mengenai Sambutan hari Bumi ni boleh lawati laman rasmi di EarthDay.org .
Jadinya apa yang boleh kita buat sempena menyambut hari Bumi ni? 
Setakat ni terdapat 15 cara yang disyorkan untuk menyambut hari Bumi ni iaitu :

Tanam Pokok;
Kitar Semula;
Belajar sesuatu berkaitan alam sekitar;
Kurangkan pembelian barang baru, 
gunakan barangan sedia ada
Galakkan kanak-kanak kitar semula permainan mereka yang lama
Bersihkan kawasan dan buang sampah sebetulnya;
Nyanyi, dengar dan hayati ‘Earth Song’
Adakan earth day fair, pameran dan sebagainya;Taklimat, ceramah dan sesi forum mengenai hari bumi;
Memakai warna hijau atau coklat,
 badge khas hari bumi;
Galakkan perbincangan mengenai hari bumi bersama kawan-kawan;
Masakan istimewa sempena hari bumi, 
makanan segar dari ladang;
Sumbangan kepada tabung atau dana pemeliharaan bumi;
Gunakan basikal untuk menuju ke destinasi yang munasabah; 
dan
Sentiasa ingat bahawa setiap hari adalah hari bumi...

p/s: hargailah bumi kita

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::