:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Thursday, October 18, 2012

Pelupa tanda tua?

Salam..



Uols pernah lupa tak?? x kira la lupa apa2 pun... lately ni, sy kerap lupa... no no no.. ini adalah tidak bagus okey.. macam mana mau smbg master kalau dok lupa.. tidakkkkk...

Ni citer kelmarin... Sy kuar nak p pos barang.. sebab sygkan lemak2 kat badan ni, sy x der la jalan kaki tapi mengades bawa keta... pas parking sume, amik la purse, hp n kunci kereta.. tempat pertama haruss pejabat pos.. pas settle urusan pos mengepos, dah blur nak p mana sorg2.. selalunya kalau tensen, laju jer nak p shopping kasut.. tp, bila terbayangkan rak kasut n kotak2 kasut yg penuh kat rumah tu terus cancel.. x baekk membazir (tetiba bajet baik)... terus p ker guardian.. macam boring.. tengok2 baju, pun boring.. singgah watson sat beli mask...


Kuar Watson terus jalan kaki wat x tatu jer.. samapi separuh jalan baru tersedar yg sy bawa keta bukan jalan kaki.. oooo, sy terlupa.. pas tu baru terhegeh2 cari kunci kereta.. alamak, kunci kereta dah x der.. adeyy kat mana lak letak nie?? terus gelabah x hengat.. dah la sy ni cepat panik.. owh, nank nangehh... nak cal hubby tkt kena marah... so, calm down sorg2 n pikir sewaras mungkin... p balik tempat yg sy p sebelum tu... sampai post office tgk tempat sy tulis tadi dah x da apa.. ishk, nak tanya kat kaunter ka x ni?? (sy ni memang  pemalu kalau bab2 tanya nie)... tp, nak x nak kena tanya jugak.. Alhamdulillah, sib baik ada.. fuhhh, selamat... Rasanya ni bukan kali pertama kot sy terlupa kunci kereta.. dah berkali2. dah syukur sy nasib masih menyebelahi sy.... Rasanya pas ni sy kena tulis semua yg sy nak wat, agar sy x lupa lagi..



Apa yg sy notice sekarang ni, sy memang kerap lupa.. adakah sy pelupa?? dah tua ker?? adoiyaii.... cepat2 jer google cari apa2 yg berkaitan dengan lupa.. jom tengok apa yg sy jumpa :

8 PENYEBAB SESEORANG LUPA:

  • Kadar gula darah tinggi (yg x sure tinggi ka tak)
  • Kurang berehat (yang ni mungkin ya)
  • Berdengkur (ntah, x pasti lak)
  • Metabolisme menurun (rasanya betul kot)
  • Usia lebih dari 65 tahun (tersangatlah tidaknya)
  • Mengalami depresi (mungkin ya)
  • Menggunakan ubat allergi @ pil tidur (yg ni pun ada jugak-allergi)
  • Terlalu banyak mengambil ubat (yang ni pun betul)
TIPS UNTUK TIDAK MUDAH LUPA/HILANG INGATAN
  • Kurangkan makan bawang besar (sy bukan penggemar bawang, kalau bwg goreng ok)
  • Kurangkan makan berempah (sy suka yg berempah)
  • Kurangkan makan ketumbar kering (yg ni ok)
  • Kurangkan menonton hiburan (memang jarang dah)
  • Kurangkan membaca majalah hiburan (ni pun dah x der)
  • Kurangkan ketawa yang panjang atau terbahak-bahak (opss, ketawa kan awet muda)
  • Kurangkan minuman air sejuk, minuman dalam tin (owh, susah nie)
  • Kurangkan makan organ dalaman ayam (jarang la jugak)
  • Jangan makan kepala ikan (jarang sgt5)
  • Jangan minum air yang ada semut (boleh)
  • Jangan tidur selepas subuh (erkkkkk)
  • Jangan tidur selepas asar (kalau terlalu penat+ngantuk jer)
  • Jangan tidur selepas makan (kadang2 hikss)
  • Jangan makan terlalu kenyang (selalunya kenyang sampai x larat nak bangun)
  • Jangan makan berat selepas jam 9.00 malam (ok)
  • Jangan menyapu rumah pada waktu malam (ok)
  • Jangan makan yang masam-masam berlebihan (asam my feveret)
  • Jangan dicampur makan laut dan darat dalam satu hidangan (owh, sokmo wat nie, kena tukar)
  • Jangan minum susu selepas memakan daging atau ayam (mmg tak)
PERKARA YANG PERLU DI AMALKAN UNTUK TIDAK LUPA

  • Selalu makan buah manisan seperti kurma dan lain-lain
  • Selalu makan makanan yang panas-panas
  • Selalu memakan kekacang seperti kacang soya, badam dan lain-lain
  • Selalu minum air masak
  • Selalu makan ulam-ulam
  • Selalu mengamalkan pandangan hijau
  • Selalu bersenam
  • Selau menggunakan imaginasi otak
  • Banyakkan memakan makanan berasaskan gandum atau soya
  • Banyakkan aktiviti berkhemah di hutan atau pantai yang mempunyai pokok kerana disitulah terdapat banyak ion-ion negetif dan cahaya matahari infra merah terutama pada waktu pagi yang amat diperlukan oleh tubuh badan, kerana hanya kawasan seperti ini sahaja yang mempunyai peratus yang cukup untuk kegunaan kita seharian berbanding dalam bangunan batu ianya terlalu sedikit
  • Jangan ego
  • Jangan dengki pada orang lain
  • Jangan makan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan memberi anak makan makanan dari sumber yang tidak halal
  • Jangan makan makanan yang ada pewarna
  • Jangan makan makanan yang ada pengawet
  • Jangan mengunakan minyak masak lebih dari 2 kali
  • Jangan mandi selepas 9.00 malam

1 comment:

:: SaHaBaT cAuLaLa ::