:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Tuesday, June 3, 2014

CHECK UP 8 BULAN @ KMC

As salam..

Kelmarin dah check up kat KKIA.. ari ni check up kat KMC lak... wah, berderet2 jadual check up bulan ni..Rasa macam tiap2 minggu kena check up.. Sepatutnya khamis lepas tapi, sy kan balik Ipoh so postpone.. ikut tu khamis ni la kan.. tapi, khamis ni doc nak cuti lak so, dia bagi la hari selasa pulak...

Selalunya, kalau check up kat KMC sy akan amik mc.. kalau kat KKIA tak da maknanya nak dapat mc senang2 kan... tapi, bila pikirkan keja yang banyak + cuti dah tak banyak + mc swasta pun dah dihujung tanduk maka, terpaksa la cancel.. tak pa-tak pa... lepas ni leh cuti 3 bulan dah yahoo...

Pagi2 lagi mr hubby dah p amik no.. Kali ni no 3.. cam biasa kalau tak da kes (operation atau bersalin) kul 10.30am baru doc masuk.. janji ngan hubby dalam kul 10.15 cam tu baru nak p.. ntah macam mana leh terbabas sampai kul 10.30.. kelam kabut siap.. kul 10.50 baru sampai KMC.. itu sebab tak da parking.. Sampai jer tengok orang dah ramai sangat.. Jumpa doc lain kot.. Hubby masuk tanya nurse kat dalam dah panggil ka belum? nurse kata dah.. so, p amik urine.. timbang pas tu terus jumpa doc..

Berat : 60kg (mula nurse tu kata 59.5kg.. tak naik pun.. sy macam tak puas hati hahaha, kelmarin dah 61.3kg.. timbang lagi sekali.. baru dapat 60kg.. ok la tu)
BP : 120/70
Urine : Normal

Pas tu doc suruh baring untuk scan.. (excited sangat ni sebab nak tengok doc scan 4D).. mula2 doc scan biasa ja.. Alhamdulillah, semua ok... kepala baby di bawah (masa kat KKIA kelmarin kepala kat atas.. ari ni dah pusing).. Jantung, otak, air ketuban, uri, semuanya ok... Syukur alhamdulillah... Doc tengok berat.. doc tanya anak sebelum ni berat berapa? cakap la yg sulung 3.20kg.. yg no 2, 2.95kg... Doc kata kalau macam tu yang no 3 ni pun mungking lebih kurang cam tu gak.. atau pun mungkin besar sikit.. lebih kurang la..

Elok dah scan doc kata, berat baby sekarang dah 2kg.. oo, kalau nak diikutkan ngan usia kandungan sekarang berat baby sepatutnya dalam 1.98kg cam tu.. means baby ni mungkin besar sikit dari abang & kakaknya... gulp.. jangan besar sangat yer baby... hihiihi.. anak lelaki kot kan... 

Sy da bagitau kat doc dok sakit pinggang.. doc check dia kata tempat yg sy sakit tu bukan pinggang tp, muscle.. owh, macam tu pulak.. doc tanya sakit sangat ka.. memang la sakit.. macam semalam kan, sakit wooo... tapi boleh la tahan lagi.. takut doc bagi ubat ka, inject ka terus cakap boleh tahan hahaha..

Tak sampai 1/2 jam dah settle semua... senyum lebar la mr hubby... 


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::