:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Tuesday, June 23, 2015

SUPERMOMMY PART 7




pejam celik pejam celik dah hampir 6 hari kita di bulan Ramadhan ni kan.. Alhamdulillah, berjaya mengharunginya bersama anak3 tercinta... phewww ayat kan.... Mula dulu mr hubby kata dia nak balik sambut posa sesama.. last minute, dia gtau dia ada tournament boling kat KL... uwaaaaaaaa rasa macam darah naik ja hahahaha..... Sehari sebelum puasa sy bawa anak3 balik kampung.. Kebetulan 1st Ramadhan tu bestday mak... Kira ok la, sebab family abang pun balik juga... Sy stay kat kampung sampai hari sabtu... tengah hari sabtu tu dah balik asetar sebab nak siapkan barang2 sekolah, kerja dan nursery semua... Kira, bermulalah episod berpuasa bersama-sama anok3s sahaja.... Mencabar??? phewww, tersangat mencabar hokey..

Nak nak bulan puasa sy adalah sangat tak lalu makan lauk beli.. mau tak mau kena masa.. walaupun hanya goreng telur... eii, apa ker hei pelik bebeno ni kan.. Setelah hampir 6 hari berhempas pulas rasanya pas ni sy kena paksa tekak dan perut sy untuk terima makanan luar.. rasa dah tak menang tangan..... meh2 tengok rutin sy di bulan puasa nie ;

  • 4.30-5.00 : Bangun sahur (masak @ perangat lauk yang semalam. tak pun goreng nasi. ikut mood)
  • 5.15 : Gerak Adam dan Akma bangun sahur. Bersahur.
  • 5.45 : Kemas2 dapur. Siapkan makanan Aryan ker nursery.. Jemur baju yang basuh semalam. Biasanya Adam dan Akma tak sambung tdo.. dorang tengok tv.
  • 6.30 : Mandi, solat kemas2 apa yang patut.. Kadang2 Aryan dan bangun.. Suruh Adam dan Akma mandi untu ke sekolah.
  • 7.30 : Hantar Adam dan Akma ker sekolah. Pas tu antar Aryan ke nursery. Baru p ofis (kadang2 awai, kadang lambat juga)
  • 1.00-2.30 : Amik Adam kat sekolah (Bulan Ramadhan sek Adam balik kul 1.. Adeyy awatla macam tu.. pening tau)... Singgah kedai beli makanan kat dia (baru ajar puasa sekerat2 hari). Bawa Adam mai ofis (no choice).
  • 4.30 : Amik Akma kat sekolah dan Aryan kat nursery.
  • 5.30 : Sampai rumah.. kalau rajin amik baju siap2.. kalau malas biar ja baju tue ehehehe
  • 6.30 : Masuk dapur masak. Kalau Aryan tak tdo bawa dia sekali kat dapur.. Kalau dia tdo kena lari2 masak sambik tdokan dia kat buai..
  • 7.35 : siap untuk berbuka. Dapur biarkan bersepah dulu ehehe.. Pastikan Adam dan Akma mandi.
  • 8.00 - 9.30 : Tengok tv atau layan anak3.. kalau p nursery biasanya Aryan tdoq awai.. pas bg dia tdo baru rehat sat.
  • 11.00 : Anak3 semua dah tdoq.. Baru la bangun kemas dapur, basuh pinggan, basuh baju, mop lantai, iron baju semua.. siapkan untuk sahur dan barang2 ke nursery.
  • 1.00-2.00 : baru leh letak kepala.. kadang2 baru nak zzzz Aryan dah nangis nak susu... bangun pulak.. sementara nak bangun sahur la, sekali 2 kadang2 3 jugak lah bangun buatkan susu.. So, memang tdo n rehat adalah sangat2 limited... 
Mudah2an Allah berikan kekuatan dan kesihatan untuk sy mengharungi bulan Ramadhan yang mulia ni dengan jayanya InsyaAllah... 


No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::