:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Sunday, March 18, 2012

k.e.t.u.m.b.i.t.

Masuk kali nie, dah brp ploh kali dah mata sy kene ketumbit.. uhuk3... 
owh, itu adalah sangat tidak bagus okey..... igt lagi masa sy kecik2 dulu kan, sy always confuse bila ada orang yg kene ketumbit coz sy mmg x pernah kene...
tp, sejak beberapa tahun kebelakangan ni ka, sokmo jer sy kene...
biasanya kalau rs macam nak kene awai2 g sy tenyeh a.k.a gosok ngn bawang putih (petua org tua2).... tapi, jangan wat sekali jer... wat kerap n banyak kali sampai okey....
tapi, ni dah masuk 2x sy lupa nak wat awai.. so, dia dah merebak n membengkak... adeyy... sakit okey.. ngn gatai2nyer lagi...... arini dah masuk hari ke-4 ... surut sket jer... sib baik spek sy dapat cover.... kalau x sure EL lagi.....


sapa2 yg x pernah kene tu, jom kiter tgk apa sebenarnya ketumbit nie :


Ketumbit berlaku disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria “Staphylococcus aureus”. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria.


Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah :
  • Tekanan (ermmmm, x kot tp, sket2 ada la)
  • Pertukaran hormon (nak tykar hormom apa lagi ek?)
  • Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bakteria (jarang make-up bhgn mata.. plg2 pun pakai mascara ja)
  • Diabetis ( x da la)
  • Kandungan lemak yang tinggi dalam badan (ha, yg ni mungkin)
  • Kekurangan vitamin dalam badan (ni pun mungkin jugak)
Patogenesis – Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak. Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-Simptom
  • Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
  • Bengkak di sekeliling kelopak mata
  • Sakit
  • Kelopak mata menjadi merah
  • Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
  • Mata menjadi pedih
  • Mata berair
  • Gatal-gatal di kawasan bisul
  • Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
  • Sensitif kepada cahaya yang cerah
Ketumbit selalu berlaku pada hujung atau pangkal mata kiri atau kanan. Buat permulaan anda akan terasa radang mata, pedeh miang dan gatal di tempat yang tumbuh ketumbit. Jika dibiarkan, ketumbit akan membesar dan menghalang pandangan serta membuatkan sekeliling mata bengkak.
Rawatan Tradisional
Ambil sepanjang 20 atau  30 sentimeter benang hitam. Jadikan 2 lembar dan lilit di jari tangan kanan atau kiri. Kalau ketumbit tumbuh di mata kiri, ikat di jari manis tangan kanan. Begitulah sebaliknya, dan selawat setiap lilitan. Lakukan 3 tiga kali lilit dan ikat simpul mati. Biarkan lilitan itu di jari anda hingga mata terasa reda dan pulih seperti sediakala.

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::