:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Tuesday, June 11, 2013

jom masak memasak

Salam...

Alhamdulillah.. selesai satu hari puasa and alhamdulillah juga coz berjaya memasak walaupun penat + masa yang sangat2 terhad.. kelmarin kemain cari resepi nasi air.. kunun2 nak masak nasi air.. tp, finally nasi air dah bertukar wajah hahaha... tetiba tekak macam nak makan lain jer... 


kul 4 sebelum balik ofis call mr hubby minta tolong amikkan anak2.. ibunyer nak ke pasar nak beli barang2 masak... kul 5.15pm terus gerak ke sg kuala.. dekat kul 6 baru sampai.. kenapa ntah tetiba jer bandar aloq setaq ni super duper jammed.. sy paling x suka keadaan jammed.. grrrr boleh jadi pemarah dengan tetiba eceh... dah la sg kuala tu siksa nak cari parking.. sib baik ada gak.. lepas ulang alik 2 3x baru selesai sume barang2.. tengok list.. ok, semua cukup.. jom balik... nak balik terpkasa tempuh jammed bagai semua.. dekat kul 7 baru leh sampai rumah.. sampai jer terus masuk dapur.. baru 1 jenis masak dah azan.. ok tak per, kita berbuka dulu.. minum air kosong jer.. its ok sebab sy sorang jer yang puasa.. kalau mr hubby ngan anak2 confirm makan luar la.. confirm tak sempat kan.. pas minum sket pong pang pong pang balik.. sib baik budak2 tu " tolong' sat jer, kalau tak mau kul 10 x sudah lagi.. macam banyak nau menunya.. plan asal nak wat 4 jenis.. tapi, sebab kesuntukkan masa terpaksa wat 3 jenis jer..


Menu pertama :


sup daging.. 
daging ni beli sebab nak buat nasi air tu la... nasi air dah bertukar jadi sup.. sebab ingatkan budak-budak so, kena ada satu menu untuk dorang.. at least, kalau dorang tak makan lauk lain, sup dah ada..

Menu ke-2 :

udang goreng nestum.
Ni semua gara-gara teringat masa berbuka kat Jitra last year.. macam sedap.. tu yang nak try... tapi, silap sebab kalau nak masak menu ni pastikan beli udang yang besaq2 galah tu.. baru tertarik menarik debom.. menu ni x berapa jalan.. anak2 yang suka udang pun tengok sebelah mata jer.. may be sebab rasa mentega dia kot jadi muak.. so, terpaksa renovate hahaha.. cuci na ubah resepi.. wat udang goreng kunyit.. yang ni tak sempat nak snap picca dah abis.. ooo, kalau aii tau awai2 lagi ai dah buat udang goreng kunyit... senang pun senang.. tak amik masa lama lak tue..

Last menu :

ketam goreng sos salut telur..
Alhamdulillah, yang ni paling laku.. c akma pun suka sebab sy buat tak pedas sangat.. mr hubby nampak berselera sangat.. bila kita penat2 masak pas tu tengok orang2 yang kita sayang makan dengan berselera rasa puas & hepi sangat... pas ni boleh la mantapkan lagi skill masak memasak nie..

so, disini sy sertakan resepi ketam goreng sos salut telur kot2 ada yang nak cuba masak... sy pun x ikut exactly macam mana resepi ni.. sy olah2 sket & bahan2 semua ikut citarasa masing2.. ada yang kena kurangkan dan ada juga yang perlu lebihkan.. so, pandai2 la yer.. ari ni nak masak apa pulak yer??


Ketam Goreng Sos Bertelur

Bahan-bahan:

  • 1 kilo ketam - buka cengkerangnya dan buang insang n poket bhn buangan-potong 2 jika saiznya agak besar. Cuci bersih dan toskan.
  • 2 sudu makan serbuk kunyit
  • 1 labu bawang besar*
  • 4 ulas bawang merah*
  • 3 ulas bawang putih*
  • 2 batang cili merah*(nak pedas lagi boleh tambah cili padi)/boleh juga guna cili kisar
  • 4 sudu besar sos cili
  • 2 sudu besar sos tomato
  • 2 sudu besar sos tiram
  • 1 sudu besar sos plum(optional)
  • 2 biji telur ayam-pecahkan dalam mangkuk n dipukul sedikit
  • 1 cawan minyak masak(agak2 jer)
  • Garam dan gula secukup rasa
  • Air secukupnya
  • Tomato(optional-potong berbaji
Cara-cara:
  1. Masukkan ketam ke dalam bekas yang agak besar,tabur garam dan serbuk kunyit. Tampikan bekas supaya ketam bergaul mesra dengan garam dan serbuk kunyit tadi. Tidak perlu gaul menggunakan tangan atau senduk. Kisar bahan bertanda
  2. Goreng ketam sehingga kulitnya kemerahan untuk sekejap sahaja..jangan goreng lama2 nanti isi ketam akan keras. Goreng sampai habis termasuk kulit(cengkerang)sekali(yg bertelur)
  3. Setelah habis menggoreng ketam,gunakan minyak yang sama(jika masih banyak kurangkan sedikit sehingga tinggal dalam setengah cawan).Tumis bahan yang dikisar tadi sehingga naik bau n kekuningan.
  4. Masukkan semua jenis sos sambil dikacau sebati. Masukkan air secukupnya(dlm 1 cawan gitu),perasakan dengan garam n sedikit gula/perasa
  5. Biarkan kuah mendidih dan sedikit pekat barulah masukkan ketam yang sudah digoreng tadi..gaul rata.Jika suka masukkan tomato yang dipotong berbaji
  6. Setelah bahan2 sebati dengan ketam tadi,masukkan telur ayam dan kacau seketika
  7. Padamkan api dan sedia untuk dihidangkan..Selamat Mencuba!

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::