:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Sunday, May 11, 2014

Set Bersalin Salindah

Salam...

Kali ni nak citer tentang set bersalin Salindah pulak.. set lengkap salindah ni sebenarnya terdiri daripada set Hamil dan set bersalin.. so, kalau ada yang nak loose jer pun tak da masalah.. contoh , nak amik untuk set hamil ja.. pun ok.. Kedua-dua anak sy (juga yang ke3 ni) sy memang amik salindah.. tapi, semua tak sempat nak abiskan hahaha.. 'alah membeli menang memakai, kata orang tua2'... ada orang tanya, ok ka amik salindah ni.. berdasarkan pengalaman sy, so far ok ja... anak2 nampak bijak dan mudah menerima apa yang di ajar.. mereka juga aktif since dalam perut lagi kita dah boleh rasa... tapi, apa yang sy tau tak semua orang kot yang sesuai ngan salindah ni... contoh, sepupu sy.. masa dia amik salindah untuk anak ke 2, dia kata anak dia kena g6pd.. wallahhua'lam samada disebabkan oleh salindah atau sebaliknya....

Salindah ni merupakan ubat homeopathy.. jangan risau coz produk ni berdaftar dengan KKM.. Rasa dia manis-manis buah gitu.. kita kena kemam dalam mulut.. pas tu kalau nak amik tak boleh guna tangan.. guna sudu plastik ok.. tp, jangan guna sudu besi lak.... sy guna penutup botol dia ja hihihi... cara nak makan, semua ada kat botol juga buku panduan yang di bekalkan.. setiap botol tu tempoh pengambilannya tak sama.. ada yang kena makan mulai minggu ke 28, ada yang 6 jam lepas bersalin.. sampai la abis pantang... yang tulis B tu semua untuk masa peknen.. yang tulis L pulak untuk masa berpantang..

owh. ya, kalau set tanamera tu kebanyakkan items dia untuk penggunaan luaran ja kan.. ha, untuk salindah ni pula boleh dikatakan kesemua items dia untuk kegunaan dalam.. so, sapa2 yang tak suka telan2 ubat ni mungkun ada masalah sikit.. nak lagi bagus apa kata, combine kan set ni dengan set tanamera.. hahaha, dah dapat kebaikan luar dan dalam hihihi

Kalau baca review sapa2 yang pernah guna kebanyakkan dorang suka tonic dia.. katanya pembuangan selepas bersalin lancar ja.. tapi, sy tak berapa suka sangat minum.. rasa nak muntah ja.. tapi, demi kebaikan telan la juga...

Yang paling sy suka ubat cuci luka dia tu... Masa bersalin kan adam dulu, sy tak guna pun pencuci luka ni.. sy guna iodin dan ubat yang doc bagi.. dekat 2 minggu juga rasanya baru ok... pas tu, masa dok sembang ngn cousin sy dia kata dia guna ubat cuci luka salindah. best, sat ja luka kering... Pas bersalinkan akma sy memang guna la.. Alhamdulillah, tak pedih dan tempat luka n jahit memang cepat kering..

Lagi satu, produk ni tak memanaskan badan seperti sesetengah ubat bersalin tu.. so, tak yah risaulah kalau ada sapa2 yang nyusukan anak.. Cuma kena pantang la sikit.. TAK BOLEH MINUM MINUMAN BERKAFEIN (KOPI, TEH, NESCAFE) dan MINUMAN BERGAS (tapi, sy belasah juga kadang2 tu hahaha), JANGAN PEGANG UBAT DENGAN TANGAN (guna sudu plastik atau tudung botol shj).. SIMPAN DI TEMPAT BIASA (tak panas, tak sejuk-- suhu bilik).

Ni antara kegunaan-kegunaan dalam set ni.. sy copy paste dari blog salindah.com.

Gambar
Produk
Kegunaan-kegunaan
B 1
Membekalkan zat besi mudah hadam untuk wanita hamil, mengurangkan muntah, loya serta alahan, membantu tumbesaran tian, mencegah demam, batuk, selesema, sejuk-sejuk, sakit kepala, sakit gigi dan lain-lain. B1 juga akan menghilangkan kesan jatuh atau rebah di samping melancarkan aliran darah agar terhindar masalah tersimpul urat kaki dan menghilangkan lesu.
Biokimia
MAL05092335T

B 2
Membekalkan zat untuk tumbesaran tian, menguatkan tulang dan membina otak tian, di samping menambah darah serta selera makan. B2 juga dapat menghilangkan sengal tulang dan kebas kaki tangan, mencegah serangan sejuk dan sakit gigi dan osteoporosis.
Biokimia
MAL05092336T

B 3
Memberi zat untuk pembinaan saraf dan otak anak. Menghilangkan masalah takut, cemas dan bimbang. Mencegah simpul biawak atau krem betis. Mendatangkan ketenangan bagi menghadapi hari bersalin. 
Biokimia
MAL05092337T

B 4
Istimewa untuk mengawal alamat palsu, menghilangkan sakit urat dan otot di samping mengurangkan sakit semasa melahirkan. B4 juga akan memudahkan kelahiran bayi dan menghilangkan rasa takut dan cemas pada bakal-bakal ibu.
Homopati *
MAL07021406T

B 5
Remedi ini melanjutkan tindakan B4, mengendur dan menganjalkan otot pencerut saluran peranakan dan memberi daya teranan labour sewaktu bersalin.
Biokimia
MAL05092339T

B 6
Berguna untuk menguatkan teranan, menolong mengurangkan sakit sewaktu bersalin, mempercepat dan mempermudahkan kelahiran, membuka luas saluran peranakan dan mengurangkan sakit selepas bersalin.
Homopati *
MAL08010729T

L 7
Bagus untuk menyembuhkan luka, jahitan serta pusat bayi di samping mencegah jangkitan kuman dan penanahan. 
Herba
MAL05092341T

L 8
Membantu menyembuhkan rasa sakit-sakit, menghentikan darah, mencegah sakit meroyan, demam dan sakit kepala. 
Homopati *
MAL07124635T

L 9
Menghilangkan sengal selepas bersalin dan bisa-bisa, sakit meroyan, menghentikan darah nifas, membetulkan urat-urat darah yang putus, menyusun semula alat peranakan dan menguatkan seluruh anggota tubuh.
Homopati *
MAL07021407T

L 10
Mempercepatkan kecut semula rahim. Mengangkat kembali rahim ke kedudukan asal dan mengurangkan simpul urat biru. 
Biokimia
MAL05092338T

L 11
Tonik istimewa bagi memanaskan tubuh, menambah selera, membaiki penghadaman dan melancarkan pembuangan najis. Mengenakkan tidur, menghilangkan kebas-kebas serta menyegarkan rahim dan alat peranakan
Herba
MAL05092342T

L 12
Berfungsi untuk menjaga kesihatan ibu bersalin agar sentiasa sihat; mengembalikan kekuatan, memulihkan alat pengkelamian dan menimbulkan kesegaran. 
Biokimia
MAL05092340T



No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::