:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Sunday, May 11, 2014

Perubahan semasa mengandung

Salam...

1st of all, Selamat Hari Ibu untuk semua ibu-ibu di dunia ini exspecially to my mom "Hjh Fauziah bt Mustaffa" juga my MIL "Hjh. Hamimah bt Omar".. I love both of you toooo much.. Thanks 4 being a wonderful mom to me & to my husband..

Actually, x der la nak celebrate secara grand ke apa.. kan setiap hari adalah hari ibu.. Juz to make the day more colourful n happening.. ecehhh...

Ok, disebabkan sy pun dah jadi ibu kan.. so, sangat2 lah terasa betapa besarnya pengorbanan seorang ibu ni.. dan yang paling bermakna Hari lahir sy tahun ni bersamaan dengan Hari Ibu.. owh, excited.. "double celebrations.. double happiness".. May Allah bless all mothers in this world..

Ok2... nak citer pasal perubahan yang sy rasa sepanjang 7 bulan mengandung kali ni.. Yang paling ketara sy rasa adalah sy ni cepat sensitif dan hot tempered.. Kalau dengan husband memang sy cepat sangat sensitif.. tak boleh salah sikit, terus nak merajuk pas tu nak nangis2... NI sy kira macam ok la.. yang paling sy tak suka bila sy jadi hot tempered ngan anak2.. Ya Allah, kadang2 menangis sorang2 bila ingat balik sikap ni.. sebab sy ni bukanlah seorang pemarah... malah sy sangat sukakan budak2.. Mungkin sebab alahan yang agak teruk, pas tu penat.. di tambah pulak dengan sikap anak2 yang agak menguji kesabaran kadang2 tu dan juga hubby yang memang busy, sy jadi tak boleh nak control diri.. MasyaAllah... Kena banyak istigfar ni kan... mudah2an sy dapat mengubah sikap ni ke arah yang lebih baik InsyaAllah...

Kepada ibu-ibu dan bakal ibu di luar sana, masa mengandung ni memang banyak perubahan dan dugaan yang perlu kita tempuhi .. Mudah2an kita semua dapat mengharunginya dengan sabar..

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::