:: cLiCk cLiCk ::

:: cLicK cNi ::

Thursday, May 8, 2014

Set Bersalin Tanamera

Salam...

Asyik2 dok citer pasal check up ja kan... kalau nak citer pasal alahan kena citer sampai bersalin la.. nak citer pasal barang baby memang satu apa pun tak beli lagi.. Asal jejak kaki kat shopping complex ja kena balik, kalau tak pitam kat situ.. acaner nak beli.. nampak gayanya kena shopping depan komputer ja ni.. hahahaha alasann... ok2, Nak citer pasal supplement yang di ambil semasa peknen ni macam tak da idea pulak.. tapi, dah wat sket2.. ada dalam draf.. dah siap baru aii publish k.. so, kali ni nak citer pasal set lepas bersalin atau dalam pantang nanti pulak...

Ramai orang yang tak suka dalam pantang kna.. rasa siksa nak tunggu 44 hari tu.. tapi, sy macam suka ja hihihi... walaupun tak leh makan macam2 tapi, best ooo... masa ni di manja ja kih2.. kalau yang berpantang sendirian tu mungkin la susah sikit kan.. sy, alhamdulillah la, mak masih kuat untuk jaga sy n baby masa dalam pantang... Mak ngan tok selalu pesan masa pantang kena jaga elok2.. sekarang memang ok, tp, kesan tu bila dah berumur nanti.. tp, sekarang tengok macam orang dah tak kisah kan.. dalam pantang pun boleh kuar sana sini.. sy dalam pantang lepas 45 hari baru leh jejak kaki kat luar pintu rumah (kalau tak da emergency la)... 45 hari memang berkain batik la. jangan harap nak pakai seluar2 ni semua.. itu pun, sokmo tak larat bila dah masuk 30-an ni ;(

Okey, dah terbebel pulak.. lets start.. Masa Adam dulu sy makan salindah. Beli 1 set sampai lepas bersalin.. Akma pun sama pas tu sy plus ngan ubat dari bidan kampung.. yang ni pun sy amik salindah juga tp, masih lagi dok survey yang lain2..

Kakak ipar dulu dia amik set Nona Roguy.. dia kata ok, tp, panas sikit.. ada jamu kan.. so, bila menyusu kesan kt anak tu.. Tak jadi lah kot... Sekarang macam tertarik ngan set Tanamera ni.. Bahan dia tak da jamu so tak panas.. macam best ja.. walaupun harga dia agak mahal.. tapi, bila tengok review yang dah pernah guna macam ok ja.. Lagi satu sy dah order loose set lepas bersalin dari kak lana (kzanah bonda).. dulu pernah makan jamu dia.. rasa macam ok juga.. so, ingat nak teruskan ja.. ermmmm

Untuk kali ni nak citer pasal Tanamera set ja dulu.. Lagi 2 next n3 okey.. tak larat nak taip lorrr... oh ya, pas baca ni kalau ada yang berminat boleh terus ke laman web tanamera kat SINI (TANAMERA)... kalau berkenan boleh order terus.. nak usha2 saja pun tak pa, dorang tak kenakan bayaran pun... nak order loose pun boleh.. ikut bajet dan yang mana rasa penting k.. Jom2 tengok apa yang ada dalam set ni.. owh, tak sabar nak kurus kih5.


1. Tanamera set


Set Tanamera... RM 360.00

Ada 11 items dalam set ni. walaupun ni set lepas bersalin tapi, ada 4 items yang kita boleh guna masa mengandung lagi.. ni item-item yang dalam set ni :

  1. Cold Pressed Virgin Coconut Oil (boleh digunakan seawal 30minggu)
  2. Brown Formulation Soap (boleh digunakan seawal 24minggu)
  3. Herbal Massage Oil (boleh digunakan seawal 24minggu)
  4. Lavender Floral Water (boleh digunakan seawal 24minggu)
  5. Feminine Herbal Wash (digunakan semasa pantang)
  6. Herbal Bath (digunakan semasa pantang)
  7. Herbal Tea (digunakan semasa pantang)
  8. Firming Herbal Blend Paste (digunakan semasa pantang)
  9. Abdominal Wrap (digunakan semasa pantang)
  10. Calming Herbal Blend Paste (digunakan semasa pantang)
  11. Boreh Body Scrub (digunakan semasa pantang)

 ni gambar susunan dalam kotak 

ni ha 11 items yang ada kat dalam tu setelah dikeluarkan

Buku panduan untuk cara-cara penggunaan set ni pun diberi sama..

1. Virgin Coconut Oil (VCO)
  • Membantu melembapkan dan menghalang tanda parut di badan.. Sila sapukan pada kulit yang masih lembap2 okey..
  • Dapat mengurangkan risiko terkoyak semasa bersalin nanti. Caranya, gunakan VCO dan urut di kawasan perineum.
  • Minum 1 sudu teh setiap hari, sekitar 3 atau 4 minggu sebelum tarikh dijangka bersalin (EDD).. kira masa 9 bulan tu boleh start minum dah. Ni, kira macam selusuh la kan.
Penggunaan selepas bersalin :
  • Menghilangkan tanda parut dan regangan semasa mengandung serta dapat mencegah kekeringan pada puting.
  • Dapat mengurangkan paras kolestrol dalam badan juga.
  • Untuk mengurangkan berat bada, minum 2 sudu setiap hari.
  • Boleh juga di gunakan sebagai minyak urut bayi (tak panas)

BROWN SOAP
  • Meninggalkan kulit mati/kesan hitam pada kulit seperti celahan ketiak, kelengkang.
  • Membuatkan badan rasa bersih dan segar.
  • kalau tengok review, ramai yang suka sangat ngan sabun ni.. masa peknen dah boleh guna dah.

LAVENDER FLORAL WATER
  • Dapat menenangkan minda akibat daripada tekanan dan kesukaran semasa tidur. Sesuai untuk migrain, sakit kepala dan kelesuan.
  • Caranya sembur pada wajah atau tempat tidur/rehat/bantal..

HERBAL MASSAGE OIL
  • Dapat meransangkan peredaran darah, melegakan otot juga dapat menggalakkan pembuangan angin dalam badan.

FEMININE HERBAL WASH
  • Sesuai digunakan samada bersalin secara normal atai pembedahan.
  • Membantu proses penyembuhan luka dan anti bakteria.
  • Mengurangkan keradangan dan menyahbau serta menegangkan otot2 di bahagian genetal.

HERBAL BATH
  • Menyegarkan dan memulihkan tenaga sambil melegakan otot-otot yang lesu.
  • Dapat menyahkan bau badan

BOREH BODY SCRUB
  • Ia bersifat memanas untuk menyegarkan otot dan memulihkan badan yang lesu.
  • Dapat mengurangkan air berlebihan dalam badan.

HERBAL TEA
  • Membantu menyembuhkan badan dengan merangkan peredaran darah dalaman.
  • Membuang darah beku dari rahim dan keradangan.
  • Melegakan masalah sembelit.


CALMING HERBAL PASTE
  • Mengurangkan keletihan dan menyegarkan minda akibat kekurangan tidur dan tekanan.
  • Meredakan kesakitan kepala dan bahagian mata.

FIRMING HERBAL PASTE
  • Membantu menguatkan dan menegangkan otot-otot perut serta kulit.
  • Meransang pengaliran darah ke bahagian perut
  • Digunakan bersama bengkung.


Bengkung
  • Semua dah tau kegunaan bengkung ni.. kalau rasa susah minta orang lain tolong lilitkan hihihi

Ok.. ni lah kesemua 11 items tersebut.. So, ada yang berminat? Nak review kena tunggu sy guna lepas bersalin nanti.. boleh boleh citer kesan dia cam na... Pada pendapat sy, set ni macam berpantang cara tradisional tapi ianya telah di modenkan. So, sapa2 yang teringin nak berpantang macam orang dolu-dolu boleh lah try.. sy sukaaa nie... sapa2 yang tak suka telan pil2 semua pun boleh juga try set ni.. tapi, mungkin ada 1 2 item yang agak leceh sikit untuk digunakan.. macam herba mandian tu, nak kena rebus dulu kan.. Al, bukannya selalu pun.. masa ni la kita nak try semua benda alah ni kan..kalau tak pantang tak da maknanya nak guna..

p/s : next n3, set bersalin salindah ngn Kzanah bonda lak k.

No comments:

Post a Comment

:: SaHaBaT cAuLaLa ::